Monday, August 29, 2011

#15

assalamualaikum gojes plus hensem,

ok,hari ni last sahur,and tomorrow dah raya.wee :D,di kesempatan ini saya nak wish selamat hari raya aidilfitri minal aidil walfaizin *ustazah ajar wish raya macam ni*
puasa tahun ni macam sekejap gila,tak tipu,tak percaya esok dah raya.

so dikesempatan ini saya nak menyusun sepuluh jari terhadap ibu bapa,saudara mara,keluarga,sahabat handai,serta yang mengenali diri ini,maaf kalau pernah terkasar bahasa terguris hati,di atas perlakuan saya selama ini.

selamat menyambut kemerdekaan juga kepada semua rakyat malaysia.

persiapan raya?
saya tak rasa semangat nak raya pun sehinggalah mak memasang langsir raya semalam,and i was "dah nak raye ke mak?"serius tak tipu,mungkin dah besar,so semangatnya tak sama lagi macam zaman kecik-kecik dulu,kalau zaman kecik-kecik,bila part nak raya aku lah manusia yang akan bergonjeng sambil main bunga api.

and this year,raya pertama tanpa kehadiran makwe dan makteh,al-fatihah,semoga roh mereka dicucuri rahmat.

2010
.

and
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

akibat jalan raya sakan


harapan saya tahun ni saya nak mencari ketupat palas,dan beraya di rumah girlfrends kesayangan saya,,,hehe


moga-moga saya masih berkesempatan untuk bertemu ramadhan yang akan datang,amin

Friday, August 26, 2011

#13

assalamualaikum gojes plus hensem?

lama kan tak hupdate?busy,malas.aku tak nak cerita atau wish pasal raya sekarang ni,tapi yang aku nak cerita adalah uitm vs air.

situasinya begini:
around 7 malam kalau tak silap,on the way menuju ke sl004 untuk majlis berbuka bersama madam johara,tiba-tiba ada announcement menyuruh pelajar berjimat cermat menggunakan air,kerana kebarangkalian masalah gangguan air akan berlaku.

lepas berbuka,balik kolej intan untuk mengerjakan solat maghrib,,masuk toilet tengok still ada air lagi,tapi takde sorang pun dalam wing aku yang dah tadah air.then,ayu pesan,suruh aku tadah air,takut-takut nanti takde air,,balik tarawih tengok toilet wing still ada air,tapi toilet wing bawah dah takde air

selasa:
air dah start takde,seluruh sektor c kebimbangan.air yang ditadah aku manfaatkan sepenuhnya,untuk kegunaan mengambil wuduk dan mencuci muka+berus gigi..mandi?tak payah,tak cukup lah air untuk mandi,pergi kelas seolah-olah manusia yang berbahagia dapat mandi,padahal sedih takde air,sektor b still ada air,malah laju lagi,"jeles,dorang dapat mandi"..yang aku bengang,boleh pulak kelas tu air condnya rosak..haihh
sangat tak tahan nak buang air,mintak permission madam,lari nak dsp,dsp the one and only sektor c yang ada air.=='
malamnya,ayu mesej bagitau yang dsp ada air,malah banyak,terus text syira,dayah,ajak mandi,,sanggup jalan sejauh 10 meter ke dsp,pheww,heavan,takde orang langsung.mandi dengan bahagia,siap shampoo rambut,

rabu:
ingatkan,kalau dsp ada air,before sahur nak mandi,takut ramai,unfortunately,takde,,hurmm,tak mandi lagilahh nampaknya,,cuci muka,berus gigi je,haih,rasa menyampah pulak nampak lori angkut air keluar masuk dari sektor c,tapi airnya tetap tak ada,sampai kelas,semua orang cakap air dah takde,even sektor b &a pun takde.baju kotor memang menggunung dah,feel in mds week again :(.

petangnya ada ko,otw nak balik bilik,dekat wing dah kecoh bagitau air dah ada,so amik kesempatan untuk mandi before pergi ko,alhamdulillah sampai malam still ada air.

khamis:
sektor b dan a pulak yang takde air,,,sedangkang sektor c dah wangi....
kalaulah dekat uitm ada tasik sebegini,sudah pasti kami berbahagia


*ketiadaan air membuatkan semua pelajar bertindak di luar batasan,
-ambil air pili bomba
-setengah pelajar curi air orang(yang ni memang aku menyirap)


harap2 gangguan air ni takkan berlaku untuk kali ketiga,penatlah nak anggkut air.

minggu lepas,ada satu hari tu,tak sure hari apa,satu uitm blackout,sambil guruh berdentum,hujan lebat,serious takut,waktu tu aku dan ayu berbuka di pusat islam uitm,sudahnya satu uitm berbuka dalam gelap.dengan rasa risau sangat sebab tak bawak payung lagi,haihh,dugaan betul,stay pi sampai terawih,,haha,,korang pernah terawih dalam gelap,panas?aku pernah...

bagus jugak blackout,kerana gelas ganti sepatutnya ada malam tu dibatalkan,,haha,heaven,lepas terawih ,alhamdulillah hujan berhenti,hanya bergantung dengan lampu henpon untuk pulang ke sektor c yang jauh tu,pabila hendak turun tangga,terasa macam nyawa hujung tanduk,lol,
yang paling best,kolej lelaki mengambil kesempatan memulakan peperangan mercun sesama kolej lelaki di dalam blackout tuu,,tak sure sapa yang menang,sr atau ts,,ouh,blackout bolehlahh amik kesempatan main mercun,cuba ada lampu,silap-silap kena saman dengan unit keselamatan :D,


inilah kenangan saya berpuasa di uitm,anda apa pula?

Thursday, August 18, 2011

#12

assalamualaikum gojes plus hensem,
sekarang dah 18 hari puasa,tidak kurang lagi 2 minggu dah raya...
terawih pun boleh sangat kira pakai jari,sedihnya, :(

raya tahun ni bagi aku mungkin tak berapa nak meriah sepertimana tahun-tahun sebelum ini,,seperti yang korang tahu,tahun ni aku kehilangan dua insan yang tersayang..makwe kesayangan yang pulang ke rahmatullah pada 26 februari 2011,dan makteh yang baik hati iaitu pada minggu lepas 12 ogos 2011.semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang beriman,al-fatihah


but,i can't wait to meet,kiss & hug with my bestfrends,ourgigs,and my friendss,,aww,
teruja yang tidak terhingga menanti saatnya ituu.."hamboi,ayat tak berhingat;P,padahal lepas raya dah final"
lagu raya?hurmm,aku dah tak hairan dahhh,seminggu sebelum puasa aku dah pasang lagu raya kuat-kuat,cemana nak feeling2,,hehe,agak-agak abang posmen hantar tak kad raya untuk aku tahun ni?mimpi lah kalau ada.....
guys,aku nak wish selamat hari raya,maaf zahir batin
tak sabar nak makan segala benda ni
gigih tau bulan2 puasa ni pergi google gambar makanan,gulpp!!


Friday, August 12, 2011

#11

assalamualaikum gojes plus hensem,

guys,sekarang aku berada di rumah terchenta :D,pheww,,betapa rindunyaa,rindu dekat katil yang tak pasang cadar,sebab apa tak pasang cadar,sebab aku rimas nanti bila aku tidur,confem cadar tercabut ;-D,rindu dekat family of coz,,dan yang lagi best ,abang pun balik.at least,rumah aku meriah sikit,takdelah sunyi mana,,,even adik beradik aku hanya 4 orang...

act,abang memang plan nak balik sama tarikh dengan aku balik,at least aku merasa jugak buka di rumah,bila dekat rumah barulah dengar bunyi budak-budak main meriam,mercun,,oh,teringat zaman-zaman aku dulu,,,kalau dulu,time-time macam ni,rumah aku dah pasang pelita,dan kami 4 beradik akan beli bunga api yang batang merah tu,lalu bermain dengan girangnyaa...

now,dah tak lagi dah,dek kerana mungkin umur semakin meningkat,adik-adik aku menghabiskan malam-malam ramadhan mereka di dalam rumah sambil bermain ps2,,see!nampak tak perbezaan dia?mak cakap,sebab kiteorang balik,barulah berbuka,mak masak lauk yang meriah-meriah,,kalau tidak,mak hanya masak lauk yang ala kadar untuk dimkaan berempat,,,so adik-adik,harus berterima kasih kepada kakak dan abang ni :D


bila,tolong mak menyediakan juadah berbuka,mak cakap barulah ada kawan nak masak sama-sama,aduh,sebak sungguh,,aku terbayang,macam mana lah nanti bila aku dah ada keluarga sendiri,dan duduk jauh dari keluarga,,uhhhuukk :(
dan sampai sekarang,aku still belum decide nak pakai baju raya warna apa?haih

Sunday, August 7, 2011

#10

assalamualaikum,gojes plus hensem

alhamdulillah,almost one week,i need to sacrifice my time,dalam seminggu ada 3 test yang menanti, and now,i feel relief,,ouhh,thanks to Allah,bcoz give me a lot of strength to face it,:D,

hopefully,this week gonna be a free week to me,coz,i want go back homeee,,after 3 weeks spend time in segamat,ouhh,,rindu gilaaa dekat mak,ayah and family...nak berbuka,sahur with them,,and yesterday,,ahaaha,,thanks a lot to ayu,hajar,fatin,marina,yana dan pikah kerana buat malam aku,tak seperti malam-malam yang selalu..

thanks to makcik pikah yang bagi kiteorang tumpang rumah warden dekat kolej zamrud...konon-konon,lah nak overnight dekat rumah tu ramai-ramai while cik mawar takde dekat rumah,,konon-kononlah mudah nak study sesama,untuk jawab cataloging hari ini,,hurmmm,tapi bila astro depan mata,laptop depan mata,kerepek depan mata,,,haihh,jangan cakaplah nak belajar...setelah ayu membuka cerita yang boleh mengalirkan air mata marina dan hajar.setelah puas stalk fb orang bersama,setelah aku dapat layan kpop mv chanel 705 for one hour tanpa sebarang gangguan,,what a day :D,,,

bila jam dah tunjuk pukul satu,barulah terkulat-kulat nak baca buku..bangun pagi seawal 4.30 pagi kerana terbau masakan nasi goreng ayu ,,ayu tak ubah seperti emak yang beranak 6,mengejutkan kawan-kawan yang liat bangun,haha,,,7.45 pulang ke bilik dengan rasa yang sangat cuak,sebab baru menyedari yang aku lupa di mana aku letak kunci bilik,jam 8 pagi,baru dapat mandi,,terima kasih anis,,muah,



thanks a lot to kak yong sebab tinggalkan buku chicken soup for the teenage soul atas meja,,now,kite dah suka nak baca buku tu,,

k,bai,selamat berbuka :D

Tuesday, August 2, 2011

#9

assalamualaikum gojes plus hensem,

alhamdulillah,hari ini dah ramadhan kedua,semalam,kawan-kawan lama bertanya"macam mana berpuasa dekat sana"?,,hurmm,so far ok lah,biasa-biasa je,,,satu markah bonus buat aku,semalam,aku dapatberterawih dekat sini,,sementara awal-awal ni bolehlah join,lepas ni sure dah busy.

sahur?sahur pagi tadi dengan kak yong,,makan kurma plus air kosong,,kira ok lah tu,aku bangun sahur,kalau ikut hati,memang aku nak bantai tidur terus,,haha,,sebab terlampau mengantuk,sampai aku terlajak tidur sehingga terpaksa ponteng kelas bel,sorry madamm

ok,dah bai,,jap2,untuk budak2 matriks,gud luck for ur ups