Friday, September 21, 2012

seminggu yang hectic

assalamualaikum,bismillah.

Yeay hari ini jumaat. bye2 hectic week. Oh Allah je tau azab dia cemana .seriously. Selain minggu ni adalah minggu yang hectic,minggu ni jugak sedang demam PRK *pilihanraya kampus. dan seperti yang telah dimaklumkan,kesayangan saya masuk bertanding. haha. Selama itu juga status di facebook mahupun tweet di twitter wajib ada perkataan #VOTEAYU. Lagi assabiyah,four of us termasuk ayu telah menukar DP facebook kami  semua kepada poster kempen ayu. Lagi assabiyah lagi,cover photo facebook,kami crop menjadi UNDILAH HIDAYU. haha nampak tak keassabiyahan dia





 cer kau tengok.aku pun pening mana satu coment aku,dayah,aisyah,ayu.
 malam pertama berkempen. Classmates yang lain bersengkang mata siapkan assignment,tapi kiteorang rileks siapkan flyers ayu. Yang penting ayu dulu. hahah. Pagi esoknya baru kelam kabut assignment ini tak siap,itu tak siap. Janji ayu dulu. haha
 Acap,calon yang pertama gantung flyers. Budak ni,gila hardcore dengan banner yang banyak dipasang sana sini unyuk meraih undi,flyers?jangan cerita, satu UITM muka dia. Masa pembentangan manifesto,salute gila ini budak,penyokong dia ramai nak mati,dan assabiyah dia sangat tinggi.
 mari fotostat muka Ayu bebanyak,
 chill sekejap dengan kesayangan.
 taraaa,sekarang muka dia ada di mana-mana, Muak tengok,tetiba ayu perasan retis. haha ;p


kempen-kempen juga,study tetap tidak dilupakan.Syukur sesangat final project html tak perlu present,term paper dilanjutkan waktu submit. presentation promotion yang sempoi habis. kau dengar classmates kau bercakap di depan,pastu main game,jawab soalan dapat hadiah. terus laju-laju masuk mulut ,makan dalam kelas.

 habis kelas promotion,berjemaah satu kelas pergi membuang undi, 2 orang classmates bertanding,ayu & farishah,budak yang sedang bercakap di atas. Setiap orang boleh undi dua calon sahaja.
classmates

malamnya pula common test html. What can I say disaster. Susah even sir pun admit susah. Mohon aku tak jumpa HTML lagi sem depan. Amin.  Dan keputusan PRK sudah diketahui. Acap seperti yang dijangka,memegang YDP,Ayu setiausaha utama,Farishah exco kebajikan. Yang lain aku tak tau dan tak amik tau. Congrats Ayu & farishah


*hari ini submit final project html, term paper,petang test KO. phew beban kurang sikit.

salam jumaat ;)

Wednesday, September 19, 2012

#VOTEAYU

Assalamualaikum,bismillah
Sekarang,sedang demam PRK (Pilihanraya Kampus). Kesayangan saya masuk bertanding. Pray for her people. Doakan dia menang kerusi. #VOTEAYU.

Saturday, September 15, 2012

trip orang US

assalamualaikum,bismillah

actually ni entry basi. Seminggu lepas raya tu,kiteorang decide nak buat muzium ni untuk  final project subject promotion. Ayu yang cadangkan. Bila aku tanya eh ada eh?kat mana muzium al-quran? Even aku orang melaka pun baru tahu ada muzium ini. Aku kira pemilihan kiteorang untuk buat muzium ini satu pilihan yang tepat. Sebab,sayang gila, muzium yang banyak sangat maklumat,tapi lack of promotion,orang tak ramai tahu.

Book kereta sewa,amik viva je,selesa untuk 4 orang,sewa 9 pagi -9 malam just only RM60. Berbaloi sangat. Bawa segala bekalan. Excited gila sebab this is our first trip dengan kesayangan. Trip yang jalan jauh gitu. Ayu drive,sumpah macam pelesit. Laju nak mati,tapi aku cool je,sebab ayah pun memang drive laju. Yang aku risau aisyah,sure dia mengucap bebanyak duduk belakang. Paling tak boleh bla,ada satu tempat tu,lampu bertukar merah,apa lagi break emergency la,yang paling sadis aisyah terjatuh dari seat. Hahaha. 

Around 10.30 sampai lah kami dekat muzium al-quran. Almost one hour kot dalam tu,catat segala maklumat yang boleh catat,sebab we are going to promote this museum to US's students and staff.



 Seriously,jadi orang jakun,excited gila. Dalam ni ada satu alquran yang ditulis atas kulit kambing,selama ni dengar je,tapi hari ini dapat tengok sendiri. Al quran atas ini ditulis sendiri dari acheh



  macam-macam lah korang boleh dapat tau,penggunaan warna dalam hiasan al-quran,pen apa yang dia guna,macam mana diorang lukis ukiran dan banyak lagi
 ini lah orang yang bagi info-info tambahan,terima kasih banyak-banyak


those yang nak pergi muzium ni,dia terletak disebelah masjid al-azim melaka,dan dalam kawasan masjid. Dibuka hari selasa-ahad. hari raya pertama je yang dia tutup,lain-lain perayaan,even public holiday tetap buka. Bayaran sebanyak dua ringgit kalau tak silap.


keluar je muzium ni,ayah ajak pergi sebelah iaitu masjid al-azim. Dorang ada buat jamuan hari raya,alhamdulillah langkah kanan,makan sedap ohhh. Lepas zohor,semua kata nak jalan bandar Melaka,terus shoot pergi bandar hilir. Lama betei tak jejak sini,sampai tak ingat jalan. Dayah yang jadi tourist guide. Malu betei rasa macam nak nyorok dalam jubah.


kelas uolls, panas-panas terik pergi A Famosa pakai jubah.  Tapi apa kisah,on je. Masa masuk DP,semua pandang pelik. apa tak pernah tengok orang masuk mall pakai jubah. Paling lawak,ada sekumpulan lelaki tabligh dekat depan. Bak kata Dayah,ni baru kena. haha,sengal










 tatap mata oma beta. haha
dari kiri,aisyah,ayu the drifter,
  yang kuang hajo sangat,kiteorang kena saman,dia tak state pun kena pakai kupon, memang cuak habis,call ayah tanya mana nak bayar, phew nasib dapat diskaun,kalau tak melayang 30 ringgit duit saman. -,-

alang-alang dah sampai MBMB,singgah JJ jelah untuk makan. Aisyah lepas gian terus beli ABC, masa dekat bandar hilir tu kemain kiteorang nak cari cendol,fengfeling makan masa cuaca panas tepi sungai melaka.



dan makan yang diorder sangatlah tak memuaskan nafsu lapar. hampeh gila,tak sedap dan daging dia tak de nak merah lagi agaknya. Nak makan pun takut,takut jadi raja bersiung. ABC aisyah yang laku.

Around 6,singgah rumah mak ngah kejap,sebab rumah tak ada orang. ayah belikan roti canai,phew laju semua makan. 6.45 gerak balik US, sampai sana sharp pukul 9. Alhamdulillah,selamat sampai,banayk maklumat dapat, can't wait to promote this museum during the exhibition. ;)

Thursday, September 13, 2012

aku

rasa nak give up on everything,
 rasa macam biarlah aku hilang seketika
rasa macam teringin nak jadi kanak-kanak semula ,
rasa macam nak pergi jauh hujung dunia.

      tapi aku lupa aku punyai tuhan yang satu,
tapi aku lupa aku menggalas amanah ibu ayah
tapi aku lupa aku punyai impian yang perlu dilaksana

       wahai diri teruslah bertahan,bangkit dari hasutan syaitan
wahai diri   ikhlaskan hati menggalas amanah
wahai   diri laksanakan lah impian yang telah lama di bina

Rabbi Yassir wala tu’assir







Saturday, September 8, 2012

Wednesday, September 5, 2012

terima kasih syasya

assalamualaikum ,bismillah


hello pathetic week,and of course pathetic month. This month and the incoming month gonna make me totally sick. We are the zombies, Kalau mamat khalid nak shoot zombi kampung pisang the series,dia boleh hire kiteorang. yes, kiteorang. Tak perlu bazirkan make up artis,memang muka semula jadi untuk beberapa  minggu ni until october dah macam zombi.

DIIM memang ceni. Awal sem dia biarkan kami bersenang lenang,no test or quiz,just assignments. So sambil buat assignment bolehlah kau buka tab lain,main fesbuk,twitter even nak layan running man pun sempat je tanpa rasa berdosa. Naik je midterm break,atau naik je raya,dia mula menggila. Assignment yang perlu disubmit seperti tidak mahu menunggu kau. Kejam oh kejam. Test,common test  beratur seperti ingin beratur mendapatkan duit raya woi. Aku stress,memang every sem bila final nak dekat aku akan ada entry khas untuk pathetic week ni,tak caya kau cari balik entry-entry lama aku.
 Setiap malam,keluar pergi bilik tv zamrud with kesayangams untuk siapkan assignment,bincang pasal assigments.ini asignment,itu assignment. Woi aku stress. Lewat malam aku keseorangan mendaki balik bilik yang berada  di tingkat tiga. Balik bilik,terus tumbang atas katil,memang tak larat nak stay up lagi hadap lappy,buku. Kekadang tak sempat pakai socks,tarik selimut dan terkadang aku lupa nak baca doa tidur.

Dan keadaan ini akan berlarutan sampai bulan depan. Balik bilik tiap malam,hari-hari aku tengok syasya akan hadap running man sambil buat calculus,math logic atau nota mungkin. Dia gelak keseorangan. Oh terasa bahagianya dia. Those yang pernah sebilik dengan DIIMian hanya akan paham cemana kami.

Semalam,balik je dari kelas,ketika buka laci aku terjumpa sesuatu.Ternampak sehelai nota. Rasanya tu kertas aku dan pen tu pun dakwat pen aku. Siap ada love bagai hehe.Sehelai nota yang mampu buat aku senyum,buat aku melupakan stress yang aku alami seketika.
*





*




*







*










*













*
taraa!
ini dari roomate kita,mungkin dia mengerti roomate dia ni emosi tak stabil ;*)

So untuk minggu-minggu yang mendatang ni,May Allah ease everything,lend me His strength.

#sekarang saya sedang menjalankan misi mengganti puasa dan menghabiskan puasa enam.Moga-moga sempat.

till there folks,pray for me ;)