Tuesday, June 28, 2011

hey pepps

assalamualaikum gojes plus hensem,
how ur day?sorry guys lama sangat tak berusik blog ni,minggu ni memanglah tersngat super busynya.even,i can't manage myself,,teruk kan?

serius,aku rasa nak baling pinggan dekat dinding,,heaven kan kalau dapat buat macam tu..
assignment yang melambak-melambak gila,yang nak kena submit lain,yang nak baru dapat lain,
ok,yang tu fine lagi,,jumaat malam,aku ada test paper mgt162,,,ok fine malam tadi ada latihan untuk perkad,,yeah memang la sangat fine,,penat yang amat,dari pukul 9 sampai 11.30 malam,,memang aku banyak gila buat mistake time kawad


selasa pagi pula kelas mgt ada kuiz,aku yang memang tak sempat study pape langsung,,ptfff,,
cuak kot,madam tu macam serius je,,setelah pikir panjang sebelum tidur semalam,aku telah pikir semasak-masaknya,yess dengan jayanya aku quit dari perkat,,oh yeah,,but,,,.qila,,,really sorry tau,sebab lepasni aku dah tak pergi latihan perkat,,sian kau pergi sorang2,,takpe,nanti aku carikan kawan untuk kau,,

dan quiz mgt pun selesai lah sudah,,aku dapat 8.7,,yeah,gila jeles dekat budak yang dapat 9 and above,,mukhsin teror gila,,,takpe,sempat study before test jumaat ni,,,dan aku dengan gembiranya,sempat mengonline,tanpa risau nak study petang ni,,apakah?

yang aku lagi pelik,this week aku jadi rain,,tiap-tiap hari aku basuh baju,,,mungkin taubat dah tak nak derma duit dekat mesih basuh kot:D
k,bai



Friday, June 24, 2011

malas belajar

assalamualaikum gojes plus hensem,
ya Allah,kau permudahkan lah segala urusan ku,,sesungguhnya sifat malas yang menguasai diri ini,sungguh tinggi,,

hey pepps,next week,i'm gonna have to sit for mgt 162's test,,oh man,,,i feel really nervous because this is the first exam in uni life,,khmais petang punyalah semangat angkut sekali fail-fail mgt masuk dalam kereta,,

padahnya,baru cover 1/2 chapter 1 dah terpesong ke tempat lain,,facebook ni mengganggu betul lah(salahkan org lain pulak),,ada lagi 3 chapter yang perlu di cover,,
oh ya,,this week group aku present untuk mgt chapter two,,phewww,sumpah nervous,,tapi benda dah lepas,malas nak ingat lagi


wish me luck guys,

Thursday, June 23, 2011

Friday, June 17, 2011

burp,....alhamdulillah

assalamualaikum,gojes plus hensem...

burp,kenyangnya semalam,khamis 17/6/2011 memang murah rezeki
baru je petang tu call mak,mengadu duduk uitm ni cepat lapar,,konon-konon buat cerita sedih laa,,padahal nak pancing mak suruh datang melawat aku dekat uitm segamat next week(muka jahat)


petangnya,pergi ptdi,,konon-konon la nak study mgt 162,,padahnya qila hasut aku tengok secret garden..dan aku mengguna kuasa veto aku,paksa qila tengok yang ending,,masak tengok korea dalam libry,,brother blkang meja aku pandang2 paiseh je,,

keluar je ptdi terus pergi pasar malam,,fening jugak,tak tau nak beli apa untuk berbuka nanti,,ikut aku,aku nak je beli kueh teow goreng,,tapi qila melarang sekeras2nya,,sebab hari2 aku akan order kueh teow goreng dekat pak cik uptown,,memang weyh,,aku dah macam ketagih dekat kuew teow goreng..


last2 ambil nasi lemak berlauk,,qila buka dekat bilik aku,,well,bilik aku memang bilik santapan qila dan hanis,,sibuk nau bercakap je,sampai tak dengar bila azan berkumandang,,hambik,7.30 baru buka,,malamnya pula ada yassin wings,tapi aku tak pergi pun,,aku pergi ajm rekreasi

lepas habis je agm.terus amik cop,apa lagi,cha alif ba wau ta,qila ajak pergi uptown,dia nak belanja air,,sambil tunggu pak cik tu bungkus,qila cakap lah bisnes pak cik tu maju,terus pak cik tu amik nasi minyak 3,terus bungkus masuk plastik..boleh pulak pak cik tu kata"sebab korang puji gerai pakcik,amik ni pak cik bagi"waa,rezeki,,,sebenarnya,mungkin nasi lebih tu,,sebab malam ni uptown orang tak ramai,,


terus lepak bilik hanis,makan sambil tengok cd plkn,,balik je bilik,kak yong kata ada burger untuk aku,dia ambilkan untuk aku ,,makan lagi,,uhh perut dah kembung gila,,,ikut hati kalau hari ni khamis,aku puasa terus,sebab makan banyak kan,,,hhaha,,then kak yong masuk,,kak yong bawak lagi setapau nasi tomato,,ya allah,mkanan lagi,,jam dah pukul 12.30 malam ni,,kak yong kata sambil2 online,kalau lapar boleh makan,,haha,sudahnya nasi tu terbiar basi tak terusik sebab terlampau kenyang,,


Sunday, June 12, 2011

alkisahnya

assalamualaikum gojes plus hensem,
alkisahnya,pada hari khamis,seluruh uitm digemparkan dengan ketiadaan air ,dah satu uitm ler tak mandi,,tapi aku sempat mandi guna air tadahan semalam,
nak jadi cerita tambah hot,hari kamis kelas bell je,pastu kol 10 lak tu,,,satu kelas laa,datang berbondong-bondong dengan muka yang sepesen,sempat cuci muka,gosok gigi,,,
tapi apa kesah,semua orang tak mandi,,


lecturer masuk pulak lambat satu jam,,memang bising lah kelas JIIM1101A dengan suara-suara penghuninya,"weyh sapa tak mandi?"weyh sapa balik hari ni?""sapa yang tak balik""weh,,,,,"
untunglah sapa yang balik,sebab lepas kelas boleh terus balik,yang sadisnya aku lah,antara muka-muka yang setia menunggu di uitm segamat,dah kata uitm di hatiku,lepas kelas,terus pergi dst,sebab ada amik gambar class,,kena pakai blazer besar gedebos,pastu dia letak aku paling depan,atas alasan,sapa yang rendah duduk depan,,pstttt,


malam khamis,pergi dst,semula sebab ada titian ukhwah kot nama dia,kesian budak sektor c,tak dapat balik awal,kena balik pagi jumaat,,yup,petang jumaat,uitm semakin lengang,memang tak ramai dah umat yang ada,macam orang balik raya pun ada,luckily,air dah ada balik,yuhuu,,
malam jumaat lepak libry,memasing bawak lappy sebab ingat wireless boleh guna,tapi harapan tinggal harapan ah,,duduk jelah melangok ramai2 dalam libry sebab wireless tak dapat bukak,,

malamnya,aku tido bilik anis,sebab wing aku bape ketul je yang tinggal,kak yong pun balik,roomate anis pun balik,pagi sabtu anis keluar pergi melaka,,fuh,jalan sakan dia,tinggal aku terkulat-kulat sorang-sorang dekat uitm ni,,qila pun balik,,,pergh sumpah bosan,,aku jalani pagi sabtu yang bosan ni,dengan membasuh baju yang berlonggok-longgok yang aku kumpul selama seminggu,,mana ada masa nak basuh hari-hari.busy dengan kelas,aktiviti,
gua basuh pakai tangan der,tak mainlah bazirkan duit syiling sebanyk 3 ringgit,semata-mata nak basuh pakai mesin ,


sarapan pagi pun aku makan megi ngan air milo instant,nak turun uptown malas,macam stranger je jalan sorang2,anis jejak uitm malam,terus lepak bilik dia,
yang ni sumpah jakun,anis lappy baru,tak tau kat mana letaknya webcam dia,masa lepak libry nampak wawan main webcam kat lappy aku,nak tanya malas,,bila dah jumpa kat mana webcam lappy anis,nilah hasilnya......



abaikan kami manusia jakun
dak anis punyalah eksaited,letak segala tok nenek punya corak.....


sampai sini je kot,buat masa ini,,aduh malasnya esok kuliah dah mula

Thursday, June 9, 2011

tiba-tiba hati dipagut rasa kesedihan,kesayuan,kerinduan yang amat menggunung,air mata sukar untuk berhenti dari mengalir acap kali teringatkannya,makwe,akak dapat masuk u,kalau makwe masih ada lagi mest makwe dapat hantar akak masuk u macam makwe hantar abang dulu, makwe akak rindu sangat-sangat makwe


maaf ,tidak dapat mengawal emosi

aku tak tau nak bagi tajuk apa

assalamualaikum gojes plus hensem,,
finally dapat gak aku online malam-malam buta ni,,well,wifi uitm johor ni jangan harap ah,,
now,almost 2 weeks sudah,aku dekat sini,,so far ok laa,,

today was a tiring day,,psttt,kalau isnin memang boleh terima coz kelas dari seawal 8 pagi hingga 6 petang,tapi hari ni,kelas habis pukul 1,tapi lecturer baik hati,keluarkan aku pukul 12.30 sebab aku dapat jawab kuiz dia,rush balik bilik,,nasib baik dah pesan awal-awal dekat qila ngan anis tapaukan makanan untuk aku,kalau tak,kebulur la kawan kau sorang ni,,,

makan laju-laju,terus angkat wuduk,masuk waktu terus solat,then rush pergi teman hanis jumpa abang dia,pukul 2 masuk lt 1 sebab ada program wajib untuk budak-budak( diim part 1)just a brief introduction about the ims group,their president,lecturer,their event,,pukul 4 rush balik bilik,solat asar,and get ready for KO,,kene pakai scarf putih segala bagai,,aku nampak macam alien sebab pakai scarf putih,,oh apakah!!


kesatria pula jangan cerita laa,kawad jela memanjang,,pukul 7 habis kesatria,naik bilik,,nasib baik kirim kak yong belikan benjo segamat for our dinner,kalau tak memang aku kebulur tahap cipan,lepas mandi ,solat turun dekat blok apa tah nama,sebab ada unifest,kena dapatkan cop mpp,,tengok persembahan bagai,singgah unimart beli aiskrim,terus naik bilik lepak dengan qila,hanis,lepastu memasing balik bilik tidur


entry aku ni bosan ,sebab aku mengantuk sangat,,bye

Sunday, June 5, 2011

merambu-ramba di melaka bumi tercinta

assalamualaikum gojes plus hensem,,
what a great day,aku kan sedang beronok-ronok di rumah tercinta sekarang,,semangat bila nyanyi"i'm coming home,coming home,tell the well i'm coming home"
kemain lagi,,kali ni aku import hanis pulak balik rumah aku,,katanya rindu nak jalan jalan melaka,,ha,gasak,,


so plan punya plan,aku decide nak berhangin out di mahkota parade,dataran pahlawan,,yup,surelah aku akan angkut maya sekali,mana boleh tinggal,,nasib baik lah dila tak balik,kalau dia balik,memang cmfom aku angkut dia sekali,2 makhluk ni mana boleh tinggal,,rinduuu


nama je orang melaka aku ni,tapi nak jalan mp,dp pun aku tak reti,,yelah aku selalu lepak melaka mall je,sebab orang tak ramai,nasib baik ada hanis,,malu doe orang segamat yang jadi tourist guide aku,tapi ada aku kesah,,haha


background nak best

plan asal,nak jalan,bila penat kiteorang duduk,bila lapar pegi makan,agak dah boring kiteorang balik
singgah bazar kraftangan sebab dak hanis ni sibuk nak cari somting for mr w,,kononnya la,nak bagi dekat tempat no 2,sebab nama aku no 1 dalam hati anis

hanis cakap aku macam sesumpah bergerak,,memang bengong gila
singgah lah gerai no 48 ni,,sumpah terbaik,owner dia sempoi,puas hati,service dia cepat(aku tengah promote ni sebab dah janji ngan pakcik tu nak promte gerai dia)

aku pun sempatlah rembat keychain sebab nak bagi dekat roomate,alang2 jalan melaka,belilah seveniour

bila perut mekak-mekak bunyi,decide nak makan dekat kaizer,,sebab dekat segamat dah 2 kali aku makan kepsi je,,tapi AKU BAGI WARNING DEKAT KORANG,JANGANLAH PERGI KAIZER,sebab apa?sebab tak best,,tak payah lah korang buang duit makan dekat situ

ni hanis punya,,nasi dengan rendang,,rendang ciput la sangat

aku dgn maya amik yang ni..daging memang keras nak mampos,pastu kentang goreng boleh pulak dia kata dah habis,tapi charge harga sama jugak,,,



memang tak plan nak tengk wayang,tapi ada kawan dak hanis beria-ia ajak tengok wayang,sampai sanggup belanja,aku dengan maya sekali,,tiket free kan,sapa tak nak,so tengoklah xman,,mula-mula masuk wayang aku decide nak tido je,sebab intro dia bosan kot,lagi satu muka aku ni bukan orang yang tengok genre filem cam superman la,batman la,gua layan cerita seram,komedi,love,tapi don't judge a movie from it's intro,,walawei ..haha..

ok lah,not bad,,aku bagi 4 bintang,,habis movie,terus amik bas balik mc,,ni yang menyampah kalau nak pegi mp,,dahlah balik naik bas,,perghhh nyirap2 aku lelaki2 yang ada dalam bas ni,,kau ingat kau je bayar tiket?nak mekak2 suke hati?tak payah nak tarik perhatian orang lah,,perempuan tak pandang pun,,,urghhhh bengkek je hati aku,dengan jalan yang super jammed,,sampai mc abang maya dengan baik hati sudi datang jemput,


7.30 sampai rumah,malam lepas dinner,berskype dengan meera qila,mery,wawan,,yang part mery tu memang jakun,,bilik aku paling bising,nasib baik mak ayah dah masuk tido,anis memang bantai gelak je keje dia bila skype dengan mery

ok,sampai sini dulu,,*sigh*hari ni balik segamat,,tskkkk,,uhuuk :(

Saturday, June 4, 2011

uitm segamat

assalamualaikum gojes plus hensem,

ni sambungan entry yang lepas,mule2 cerita pasal bilik dulu,,aku ditempatkan di kolej intan,bilik i 226 a,so far best,sebab satu bilik ada 2 katil,,best gila kot,wahaha
roomate aku,senior part 3,accounting,,kak yong,,sumpah roomate aku ni best,sempoi,sporting,kawan dia kak as pun 2 kali lima je


hanis,qila pun memang dah anggap bilik aku ni bilik kedua dorang..sebab dalam bilik ni memang bising,kalau kak as,&kak yong ada sumpah lagi best


meja study aku,,kosong kan?


katil kesayangan ni





dak hanis,,kan aku dah kata dia tinggi,,hahaha



qila

aku,qila hanis,sama kos,sama blok,tapi aqila dengan hanis satu class,,ciss,,aku je yang merempat jauh




ni classmate aku yang agak sengal









bangga tu tayang metrik kad uitm,,tali uitm lagi










so far,life dekat u memang best,,dapat kawan baru,xplore bende baru,,banyak lagi la,,sampai sini dulu,,k.bye











minggu destini siswa

assalamualaikum,gojes plus hensem.
pheuwww,lama gila kot tak update,,,jeles tengok blog orang cerita pasal mds,aku pun nak,,,jap2,,aku baru je jejak kan kaki dekat bumi tercinta melaka,,


so far,life dekat u memang beza gila,,,semua kene buat sendiri,,tapi syok,,kelas tak macam sekolah,,,minggu destini siswa,pada aku tak ubah macam pergi kem kepimpinan .tido tak cukup,makan jangan cakaplah,,tak menyempat,,pastu kene lari-lari,,rush sangat-sangat,,tak ubah macam masuk the biggest loserr wey,,melecet sana-sini(anis part melecet ni memang die paling tak boleh bla,,bantai gelak je)


dalam solat pun aku tak khusyuk,,orang dah lah mengantuk,boleh pulak abang pm ni nak buat solat tahajud,,perghhh aku dah begini-begini dah,,masa sujud,jangan cakap lah,,aku mimpi wey,,bukan nya khusyuk semayang,,orang bagi salam,aku bagi salam,tapi mata still terpejam ,
tu pun nasib baik aku sedar orang dah bagi salam,,buat nye orang bagi salam,aku stay je tido cemane?tak ke aku jadi pemes dalam pusat islam tu?wahaha


tapi sumpah wey seminggu ni memang solat tak khusyuk,,banyaknye dosa aku dekat Allah



ni dak hanis,aku tak tau le die tido ke beerzikr?atau die tertido sambil main mesej

ni lah kawan aku sepanjang dekat u ni(kami tiga sekawan,berkaca mata.tapi dak anis paling tinggi la)hahaha






ni pula time sukanneka,aku rasa sepanjang mds,sukaneka kot yang paling sempoi



kau bayangkan lah,nama group ikut nama maharaja lawak,,nak lagi hot,aku dapat group jambu,,dengan abang ,akak pm yang super havoc,,tagline kami "apa pun tak boleh"menjerit bagai nak mati,,boo kan group orang memang keje jambu,hahaha,,paling kesian group amir,,memang kene boo betul lah,,i'm sorry gituuuu











hari last,perasmian yang sangat bosan,,semua bantai tido,,datang lah pulak abang pm yang macam paparazi,pantang nampak orang tido,dia memang suka amik gambar,,nasib lah kalau kau tido mulut ternganga,lagi lah dia memang suka,,so far aku tido masih dalam keadaan terkawal,,,belum lagi mulut ternganga





tu je kot buat masa ni,,nanti aku sambung lagi,dengan life aku dekat u,roomate aku,classsmate aku,video mds






to be continued........