Assalamualaikum,
Pernah tak korang imagine, benda yang korang nak sangat buat, minat sangat nak buat menjadi kenyataan? I was the only girl in my siblings, so minat tu lebih ke arah not so girlish, feminin gitew. Benda yang terpaling minat sekali something yang adventure, nature, bukan shopping mall.
Dulu teringin sangat nak camping yang bebetul camping. I mean yang bebetul macam surviving camp,ikhtiar hidup. Bukan camping yang dekat padang sekolah, since camping, outdoor are my passion. Maka memandangkan Kampus Puncak Perdana ni kecik, dan hado lah kalau nak expect memacam, jadi I decided to find my own happiness. Tapi sebelum tu kena cari geng dulu yang sama-sama minat, bukan yang baru kena gigit nyamuk sikit dah menggelabah, tak boleh penat sikit yada yada .
Jadi, bermula semester lepas, masa join panjat Gua Tempurung, masa tu berdua je dengan Kep, then baru tau Una, Adah , Qurra pun sama kongsi minat dengan aku. Jadi cun. Senang nak gerak since kiteorang semua classmates.
Dijadikan cerita, masa cuti semester haritu, terbaca dekat twitter ada orang yang bernama Ajid ada organize shooting star camp di Berkelah, Maran Pahang. Harga pun affordable, include meals, aktiviti menarik, ada guide, and why not we try, since we are the beginner. Roger bebudak ni, and the rest is history.
Jumaat petang, kelas sampai enam. Rushing kemas apa yang patut. Mintak Tira hantar sampai KTM Batu 3. By 11 dah kena ada dekat LRT Gombak sebab tu check point pertama. Oh ya, kiteorang pergi sana carpooling. Tumpang kereta orang, convoi reramai. Then nanti kita bayarlah sorang 25 merangkap harga tol, minyak, tenaga driver.
From left : Qurra, Una, Yours Truly, Kep, Ada, Aten, Dayah
We were split into 2 teams. Aku, Qurra, Dayah, Kep naik Luqman, yang the rest naik Abang Din. And this is our first time jumpa semua orang. Almost 7 kereta semua tak silap yang dari Gombak, kereta Nawi tunggu di Genting Sempah, kereta Aiman gerak sendiri. Total line up termasuk crew 30 ++ kalau tak silap.
Sampai Maran around 4 pagi. So, tidur dulu sebab lori datang pick up pukul 8. Tidur dalam masjid. Ada yang dalam kereta je. Yang paling kelakar, bila subuh dok lah tertunggu- tunggu nak bangun masa azan subuh, tapi tok imam takde. Pukul 6.30 takde pun tok siak , tok imam ke yang masuk. Sudahnya Ajid yang jadi imam.
Lepas breakfast, memasing diberi ration untuk dibawak. Sebab kiteorang lambat ambik, dapatlah bawak kuali, dengan apa benda entah.
Duduk macam ni selama setengah jam. Kebas gak ah vontot.
So, we are here, lets start the journey.
Almost 1 hours and half kot baru sampai dekat camp site.Kalau tak silap. Kiteorang group belakang sekali. Malas nak rushing. Since Ajid yang jadi sweeper kiteorang , banyaklah yang aku korek dari Ajid, belajar banyak benda. Sebenarnya, kiteorang join Outerrange Adventure punya event. Dorang ni memang organize camping , diving since 5 years ago. You name it, nak join yang hard core?yang leisure semua ada.
Luqman, abang Din , Kak Yaya. Our drivers, kawan baru.
Sampai campsite, set up fly sheet, set up tempat. Oh ya, perempuan tidur reramai bawah flysheet tent, Flysheet tent,dibahagi kepada dua, sebelah hujung tempat memasak, yang lagi sebelah hujung untuk tidur. Khemah yang biasa orang camping tu, dipasang untuk kegunaan salin baju sahaja.
Lebih kurang macam ni lah (sumber dari gugel)
So aktiviti bebas. Ada yang dah selamat terjun, yang dah pro tolong masak nasi, kiteorang tolong setup khemah dengan tolong goreng sayur, sebab tak tau nak buat ape, dan awal lagi kalau nak mandi.Baru aku tau, kalau camping dalam hutan macam ni memang akan masak sedap. Lunch haritu, kari ikan, acar timun, sayur goreng, air teh lemon. Sepanjang trip ni memang minum teh lemon. Sedapnya.
Separuh dah naik ke atas untuk buat waterfall abseiling, kiteorang tunggu lepas zohor. Senang. Memang rezeki agaknya, lepas zohor semua buat hal memasing. Tido, makan, mandi, kiteorang je lah yang baru nak abseil. Takde lah segan sangat kalau jatuh ke apa.
Abang bad, abang amir & Ajid.
Memula tu macam cuak kot. Sebab air terjun pun tinggi, dan kau akan abseil di tengah air terjun. Memasing takut jatuh je lah. Tapi dalam masa yang sama, rasa excited kot. Kali ni abseil dekat waterfall, dulu abseil dekat gaung. So kesukaran yang berbeza, pengalaman yang berbeza.
Nasib abang bad pandai hilangkan nebes. Dia boleh ajak bergurau dekat situ. Orang dah cuak dia boleh buat lawak. HahaSo, sebab saya ikut segala tips yang diajarkan Abang Bad, dari segi posisi badan, gerakan tali, weeee selamat turun dengan selamat tanpa jatuh.
Ini antara insiden jatuh Qurra. Padu kot, lebam teruk katanya.
Turun bawah tersengih-sengih cakap dengan Ajid nak buat lagi boleh?haha. Pastu terus Ajid buat muka malas nak layan. Haaha
Second time abseil, turun dari batu besar ni. Tapi kita bertujuh tak sempat buat sebab, dah seronok mandi. T,T
Lepas salin baju, memasing berjemaah tidur lepas Asar. Segan lah jugak, sebab sedap kiteorang tidur, budak lelaki tengah sibuk setup untuk BBQ. Minum petang makan mee bandung uolls.
Almost 10, yang geng lelaki dah lepak bawah. Main gitar, separuh dah masuk tidur, tinggal lah aku, kep, qurra, duduk layan borak Abang Bad , Abang Amir.
Oh ya, kat sini memang takde toilet, so nak membuang ke apa, pandai2 lah cari port. Phew nasib baik, perut tak meragam .
Pagi esoknya, sementara menunggu sarapan siap, kita layan view air terjun. Rendam kaki. Qurra pagi2 lagi dah selamat terjun dalam air, sebab tergelincir masa nak amik wuduk. Adah, hp rilek je jatuh dalam air. Aiman dah menyelam, pun still tak jumpa. Teruk kena bahan dengan semua lepasni ikan yang akan main intagram. Hahaah. Semalam je, dua gopro team uia hilang. Untung ikan.
Sarapan nasi lemak uolss. Sedap betul. Thanks team dapur, Kak Sha, Abang Amir. Sedap. Lepas breakfast, hiking ke air terjun Kolam 7. Bila haus, minum air terjun. Serius rasa macam air Spritzer. Sedap betul.
Kolam 7. Yang air warna gelap tu dalam dia 7 meter ke bawah. Yang pro ni bolehlah buat tiruk bagai.
Kita yang berenang pun tak pandai, main dekat sini je lah. Itu pun kena bahan jugak lah. Hhaaaha. Kuajaa
Turun bawah, mandi lagi, tengok Meehun sup dah menunggu. Sedapnya . Patut Ajid sibuk berzikir dekat telinga sedapnya kalau dapat meehun. Oh ya, sepanjang makan dua hari, kiteorang makan share 7. Sebab tak bawak pinggan. -,-
Around 3 kemas apa yang patut untuk balik.
Generasi Y. Mostly sebaya. Yang lelaki depan ni semua otai. Yang baju merah tu, Paan dah selamat sampai Annapurna Base Camp Nepal, yang kanan sekali depan tu Naqib admin Kelab Hiking UIA, tak kurang juga Aiman (kuning). Syafik(Putih ), Lukman ( baju tak berlengan). Hebat anak muda bginilah yang patut kita contoh. Dari membuang masa tak tentu hala, katanya lebih baik berjalan tengok nature. Salute. Kak Yaya yang sedang memeluk saya tu, boleh percaya tak umur dia dah 31, tapi muka langsung tak nampak tua. Macam sebaya kiteorang je. Yang tu pun tak kurang hebatnya.
Line up Air Terjun Berkelah, Maran
Thank you Ajid, Kak Sha, makanan sedap, Abang Bad, Abang Amir dan semua. Cukup kasih sayang korang. Terima kasih bagi tunjuk ajar untuk kiteorang yang newbie ni. Baru paham apa tu GoGo, Sweeper, Ration dan banyak lagi term hiking. Mostly dorang ni keje hebat-hebat, join outdoor sebab minat. Thank you kawan2 UiTM, korang enjoy trip kali ni, ada yang dapat jodoh ;p. Next time kita cari lagi.
Tips
- Cari geng yang satu kepala, kongsi minat, baru have fun
- Bawa baju, kasut, seluar yang sesuai
- Bawa pinggan mangkuk cawan sendiri, takde orang nak sediakan untuk korang. Kiteorang ni pun terpaksa tebal muka pinjam tau.Nasib abang-abang baik
- Solat jangan tinggal. Takde tempat nak solat bukan alasan. Islam itu mudah
Tu je lah kot, ceh dah pandai bagi tips;p . Last but not least, cubalah try benda macam ni. Kita lagi banyak develop skills kita, improve tahap independent kita, kenal kawan baru, mengkagumi ciptaan Tuhan. Next entry, kalau rajin kita up Bukit Tabur.
Rindu suasana Berkelah. Rindu semua. Dah lah trip hiking Tok Nenek next week tak dapat join sebab busy . T.T.
Till there, happy reading xoxo
1 comment:
best woi! lain kali ajak lah weh :(
Post a Comment