Sunday, May 21, 2017

Rajah Daypack: Kerja Gila

Salam,

Terimalah dua post berturut. Seminggu balik dari Janda Baik, ada trip masuk hutan ke Gunung Rajah via Bentong. Oh ya Rajah ada dua pintu masuk, satu dari Bentong, satu dari KKB. Dengar yang via KKB dah tutup. Sumpah trip ni buat aku tak senang duduk. Serba sedikit tentang Gunung Rajah.

  • Height : 5528 feets (1685 meters)
  • Location : Bentong, Pahang
  • Duration: Usually takes 6-7 hours from car park to reach the peak
  • Distance 16.3 KM
  • GPS Coordinate: N3.54959 E 101.80580
Trip ni Adaviah yang ajak. Under HSC. Tak kenal sesapa pun melainkan Ada, dan Ejad. Ejad ni pun pernah hike sekali dekat Bukit Kutu dua tahun lepas. So a week before, gatal pergi gugel. Hati dah tak sedap sebab trek dia boleh tahan jugak.


Jai kata, ikut pace sendiri insyaaAllah sampai. Maka pagi sebelum bertolak, pergi training dekat Bear Hill tu. I mean yang bebetul training dengan situasi hutan yang sebenar sebab before this sempatlah jog yang on off, pace pun  tak sempat setting, dan berbekalkan training panjat tangga ke bukit St Paul masa bawak Qila & Ain jalan Melaka. Belum pun sampai puncak lagi, dah mengah. Dalam kepala dah fikir nak tarik diri T.T.

Tapi Amin pujuk, kata dia rugilah dah bayar walaupun 10 ringgit untuk permit. Setiap kali panjat gunung tak pernah lagi berperasaan begini sebab cukup training.But not this time. Mix feelings all the way since Melaka lagi. Dengan tak kenal sesapa lagi melainkan dua orang tu je, dan of courselah kau taknak susahkan orang yang kena sweep kau all the way in case kau injured.

Sampai Tbs pukul 8, pukul 10 gerak ke LRT Gombak by LRT. Sempat kenal Aiman, founder HSC yang kebetulan turun TBS sebab baru balik kursus. Sampai LRT Gombak, sempat kenal HM, Ejad yang memang dah kenal, dan Kak Tikah. Kitorang semua satu kereta kecuali Aiman. Gerak sekali dengan yang lain. Oh  ya line up kali ni 41 orang. Ramai bukan?

Tiba ke Bentong pukul 2, dan terus cari kedai makan sebab ada a few yang tak makan lagi. Rezeki ada satu kedai ni terima kunjungan pelanggan seramai 20 orang di saat kedai nak tutup. Makan kekenyang. Tiba di hutan lipur Chamang pukul 3. 3.30 pagi start daki. Rupanya ramai jugak group yang mendaki pada pagi ni.

Dua jam yang pertama okay lagi. Masuk jam yang seterusnya, dah mula menyumpah dalam hati. Apesal lah kau join trip ni sedangkan tidur lagi baik. Menyumpah jugak sebab tak training. Trek mencanak mulalah stress. T.T. Nasib jalan sekali dengan Kak Tika, ada geng nak berbual. Tapi tak lama lepas tu terpisah. Tak mampu nak kejar pace Kak Tika.


 6.30- 7.30 berhenti solat subuh dan breakfast
 Bebudak perempuan yang power berdesup ke depan kecuali seketul Fatin Syahirah yang tak cukup training T.T
 Dari kiri Kak Tika, aku dan Ada
 Selepas 5 jam mendaki sejak pagi, tibalah ke Lata Naning.Checkpoint yang indah sebelum trek mental. Nak dijadikan cerita beberapa minit sebelum ke Lata Naning baru perasan tapak kasut dah hampir tertanggal. Peracangan Allah yang sangat indah. Mungkin Dia tau stamina tak cukup untuk mendaki lagi 5 jam ke puncak, makanya sampai sini sahaja lah gakmaknya. Ejad dan Zati memasing offer nak bagi pinjam kasut, but nope I wont take any risk. Kasut pun ikat dengan tali wisel dan getah.

 Family potrait di Lata Naning. Nasib abang ni memahami
 Muka yang mereput di Lata Naning. Dari kiri Zahirah. Zati, Ejad dan aku. Zati dah injured dari bawah, Zahirah sebagai crew HSC volunteer nak temankan. Ejad tak tau lah pasaipa dia nak tinggal, mungkin risaukan kiteorang ataupun dia nak mandi, makan, tidur.

Berjemaahlah melintas sungai untuk pacak khemah. Nasib sampai awal sikit, dapatlah space yang selesa. Khemah siap terus tidur. Pukul 11 bangun sebab lapar, nampak Ejad tengah rancak bersembang dengan jiran sebelah. Bangun masak maggi dan buat teh o. Ejad datang join sekali. Lepas makan sambung tidur sampai khemah basah pun tak sedar. T.T. Dah puas tidur, bangun pergi mandi, dan malangnya tak bawak baju tukar. Air sungai dia punyalah sejuk. Sambung tidur dengan baju yang basah. Sejuk dia tuhan je tau. Alhamdulillah hujan tak lebat, kalau tak confirm terkandas dengan kepala air.

Wajah yang berjaya ke puncak

First group yang turun dari peak pukul 7.30 malam. Lepas dorang solat dan makan, dorang decide nak turun ke parking terus. Aku tunggu group yang kedua turun. Sempat stargazing kejap. Subhanallah cantik gila. Second group turun pukul 9. Tunggu dorang habis makan semua, 9.45 baru gerak turun. Oleh sebab tenaga dah cukup, makanya kita duduk depan. Kahkah


Pukul 1.15  pagi sampai dekat check point pintu gerbang. Sementara tunggu yang lain, sempat tidur kejap. Pukul 2 gerak turun ke parking. Terpisah dengan Ada yang entah ke mana, nasib ada Kak Tika , Mahirah, dan Linda. Kitorang tak perasan signage turun ke parking, makanya terus lajak ke depan. Bila sampai ke penghujung yang semorang tak pernah perasan kewujudannya, terus patah balik. Penat dah satu hal,mental dah koyak. Air dah habis. Yang ada tu lah kongsi sorang sikit. Lampu dah malap, dengan jalan yang agak mencanak sedikit, memasing dah tak larat nak marah ke apa. Kaki, kelengkang,ketiak semua habis melecet. Nasib ada wisel. Terjumpa satu tempat yang ada signage untuk turun ke parking, tapi memasing tak berani amik risiko, takut sesat lagi.

Tiup lah wisel sekuat tenaga, dengan harapan ada yang membantu. Dengar sahutan dari bawah, but nobody come up to us. Ada lah dalam 15 minit tiup wisel tak henti-henti. Tak lama lepas tu, muncul team sweeper dari belakang, Aiman, EG, dan Ejad. Mujur ada dorang. I thought kiteorang yang paling last. Ejad turun dulu to ensure jalan betul ke tak.

4.30 pagi semorang selamat turun. By 5 a.m memasing farewell dan bawa haluan masing-masing.Total perjalanan 23 jam. Gila betul. Balik naik dengan Zahirah, while yang lelaki semua naik Ejad. Berhenti dekat RnR genting sempah untuk solat dan breakfast. Memasing dah rupa perempuan habis pantang. Jalan terhuyung hayang menahan sakit.

Zahirah dropkan dekat rumah Adah. Mandi sesiap, sempat tidur kejap, by 11 amik cab pergi TBS. Nasib tiket terus dapat. Double sit, dan sebelah jejaka tampan. I slept all the way. Tak ku peduli aku tidur macam mana. T.T.Sampai Melaka by 1. Balik rumah terus pengsan.

Such a great experience with variety of unexpected incidents and feelings. Thank you gogo and everyone. Kempunan nak ke peak. Akan repeat balik tapi bukan daypack. Taubat.I met new circle of friendship.

Till there, happy reading!

No comments: