#Edisikakpatenjalan-jalan
Februari haritu, group whatsapp Housemate Puncak yang jarang-jarang aktif tiba-tiba meriah. Rupanya tengah plan untuk bachelorette Ayu. Plan punya plan dari Cameron ke Perak, at the end Port Dickson telah dipersetujui. Tempat yang paling senang nak access. Dan antara ramai-ramai, tiba-tiba 4 je yang boleh commit. Tak kisah lah. So decide untuk check in PD lepas majlis rumah Kep di Muar.
Ayu & Cikon dari KL datang pick up aku dekat Tol Ayer Keroh before ke rumah Kep. Aishah pulak malam nanti baru sampai.
Cantiknya Kep. Sampai Muar dah 2 lebih, tak expect langsung akan jumpa Hazirah & Q. Budak dua orang antara testimoni bercinta dari zaman diploma membawa ke jinjang pelamin. Perut tu masa ni dah 8 bulan. Rasanya sekarang dah selamat bersalin.Setel rumah Kep, terus rush pergi PD. Sempat pi borong durian pulak budak-budak ni.
Sampai PD around 4 petang terus check in Win Win Boutique Hotel. Aku sangat recommend hotel ni. Tak mahal and spacious.
Gambar dari google
Lepas asar macam tu baru keluar. Nak tengok sunset sambil makan durian la kononya
Nasib pandai cari tempat tersorok
Puas layan perasaan tengok sunset, terus singgah pasar malam PD. Ayu kata nak cari pewangi kereta,sudahnya dia pancing ajak beli kambing bakar, nugget, ayam gunting.
Dinner dekat the famous King Char Kueh Teow sambil layan busker. Weh yang menyanyi ni betul-betul tak relax. Dia buat macam konsert AJL tengah bertanding vocal terbaik😛
3km dari kedai ni ada bundle yang boleh tahan besar. Sanggup jalan kaki nak pergi menyelam bundle. Masing-masing konon nak tengok je. Eh elok pulak sejam dalam ni dengan baju sorang 3-4 helai.
Bangun pagi, Aishah bukak cerita dia nampak Ayu tengah solat subuh walhal Ayu uzur. Masing-masing cakaplah either yang aishah nampak tu aku. Tapi Aishah kata memang dia nampak Ayu. Jadi siapa yang solat tu?TTTTTTTTTTTTT
Keluar breakfast dengan muka tak mandi,hahah. Sempat lagi pi singgah pantai celup kaki dan wah confident masuk tesco sebelah hotel.
version tak mandi lagi.
Sebelum pulang, version elok sikit selepas mandi
Thank you semua. Almost 2 years tak jumpa. Thank you husband Aishah,kasi kitorang pinjam Aishah, till next bachelorette staycation.
Dan, tanggal 7 March haritu, Ayu & Amir selamat diijabkabulkan. 8 tahun beb bercinta dan akhirnyaa. Cantik gila Ayu,pelamin cantik,makan sedap, dapat reunion dengan kawan-kawan diploma & housemate Puncak #done puji
Sumber:Facebook Ayu
Qila yang paling lama tak jumpa
Housemate Puncak yang tak cukup korum
Reunion classmate diploma UiTM Segamat
Aku sampai rumah pukul 11 malam masa majlis Ayu haritu.Happy betul dapat small gathering dengan familiar faces of mine.
Till there,happy reading !
2 comments:
wahh sedappnyer duriann., ;p
Assalamualaikum hai kak. Macam mana saya nak contact akak secara personal ye?
Post a Comment