Saturday, March 28, 2015

Bukit Tabur


Assalamualaikum,
Phew rajin gila dalam seminggu update dua post terus. Kali ni, kita panjat Bukit Tabur. Dah lama rasanya plan nak panjat Tabur. Tapi sebab takde guider hasrat terus dilupakan. Tetiba last week, Qurra bagitau yang Aiman ajak panjat Tabur, bagai orang mengantuk disorong bantal, maka bring it on.

Ikut plan asal, Hari Ahad , 4 pagi berkumpul di Mamak Gombak. Maka, kami berlima dari Shah Alam, malam sabtu dah keluar dari kampus. Untuk membuang masa menunggu 4 pagi, mari isi perut. Supper di mamak, then tengok Insurgent tiket midnight. Line up kali ni dari Shah Alam, Qurra, Yours truly, Farah, Dayah, Una. Rabak mata tak tidur. Nasib abang Four hensem sangat. Eh tiada kena mengena ;p.


Around 4 pagi, baru tau Luqman pun join. Bayang sorang pun tak nampak. Hampeh betul. Beria kata nak kejar sunrise. Hampeh. Cokelat rise yang dapat gamaknya kata Farah. 4.15, baru nampak Luqman datang dengan kawan dia. Si Aiman yang beria 4 pagi ni batang hidung tak nampak. Call tak angkat. T.T. 4.45 barulah tersengeh-sengeh dia tunjuk muka. Bebudak lelaki ni breakfast dulu.

muka puas lepas tatap muka abang Four

Line up: Dari kiri Afiq, Aiman, Luqman, Hadri, Farah, Qurra, Una, Yours Truly, Dayah

Berbekalkan headlamp, kami memulakan langkah.

Bukit Tabur, terletak di Bukit Tabur ni terletak di Taman Melawati, Gombak, Selangor juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Hangus dengan ketinggian 396 meter. Bukit Tabur ada dua, East and West. Memandangkan line up kali ni ramai beginner, Luqman decide kita panjat East.

Bukit Tabur sedikit mencabar kerana treknya berbatu-batu dan kawasan sekelilingnya dikelilingi gaung. Dinasihatkan bagi beginner, better korang ada orang yang guide. Mental fizikal kena kuat, dan pergerakan banyak memerlukan kekuatan tangan dan kaki.

East mengandungi 5 checkpoint

sumber dari google 

sneak peak Tabur. Sumber dari google

sumber dari google

Jadi, seawal 6 pagi kami memulakan perjalanan. Selain ingin mengejar sunrise, kata Luqman bagi mengelakkan bertembung dengan para pendaki lain sebab kiteorang naik hari weekend, confirm ramai. Berbekalkan headlamp, permulaannya agak sukar, memandangkan majoriti dari kami tidak familiar dan jalan agak gelap. Weh aku tersangkut dekat batu kot sebab gelap dan tak dapat langkah nak panjat batu besar. Tapi, lama kelamaan, kami dapat menyesuaikan diri dengan trek.




Dari atas nampak empangan Klang kalau tak silap.


Take 5

Kita belanja satu gambar Aiman, sebab dia baik tolong bawakkan beg. Kata dia baru nampak macho tolong bawakkan beg. Phui. Inilah orang yang beria konon nak beli kepsi makan dekat atas, tapi dia yang paling lambat sampai.pfftttt. Sebab beg ni jugak, salah satu faktor tersangkut ketika mula memanjat. Haha.


Selamat sampai ke puncak around 7 kot.
Gambar sunrise katanya, walaupun matahari dekat belakang tak masuk gambar


















Around 10 kami mengundurkan diri. Kasi can dekat orang lain pulak nak bergambar di puncak. Perjalanan turun lebih mudah. Hanya mengambil selama setengah jam sebab kita cut jalan. Turun ikut jalan kebun,  Pendaki dah mula ramai dan bertali arus, sehingga nak turun pun bertembung. Tapi dorang dulukan orang yang nak turun. Benda yang best masa nak turun, dorang tolong bagitau step, walaupun kita tak pernah kenal. Masa ni Farah, dah takde daya. Kaki shaking habis. 

Sampai bawah, Aiman ajak lepak minum cendol dan mandi dekat Sungai Pisang. Tapi malang, kiteorang tak bawak baju spare, dan Farah dah injured. Jadi kita lepak minum cendol reramai sebelum kami berlima shoot balik Shah Alam, while bebudak lelaki tu pergi terjun Sungai Pisang.

Tips
  1. Tak perlu bawak beg yang besar. Trust me, sukar nak panjat
  2. Amik breakfast, sebab memang pakai banyak tenaga
  3. Bawak air secukupnya, sebab haus lah jugak
  4. Bawak lah coklat atau pisang, in case korang rasa nak pitam ke apa macam Farah, muka dah pucat habis
  5. Better untuk first timer, cari orang yang boleh guide
  6. Bawak lah baju spare, sebab peluh jantan yang keluar, Haha, nanti boleh terus terjun Sungai Pisang

Balik dari Tabur, kalau tak silap Rabu lepas ada kes budak perempuan jatuh. Sebenarnya, Tabur ni memang dah banyak kes orang mati , tergelincir jatuh di gaung. Rata-rata yang jatuh di Tabur West. Katanya trek lagi sukar. Korang boleh google. Tapi kalau nak panjat, pertama sekali, jangan suka-suka sangat, cari orang boleh guide, berhati-hati dengan trek dan yang terakhir berdoa, dan niatkan untuk melihat keindahan. Kalau korang kata Broga tu scary, cuba panjat Tabur.Rasa pengalaman dia. Kata Naqib, tabur ni dah macam breakfast dia dah hari-hari. T.T.

Thank you Aiman & Luqman jadi guider. Next time, kita panjat Gunung Nuang pulak. Lewls

Till then, happy reading. Xoxo.




No comments: