Tuesday, April 28, 2015

Another bucket list unlocked

Assalamualaikum,

Just came back from midterm break. Back to the normal routine, classes, assignments, tests, procastination, yada yada. Isnin baru jejak kampung halaman , busy dengan final projek  CL ke Besut. Will update later about Besut. Now, lets focus about this.

Few weeks waktu tidur tunggang langgang. Bangun tidur hadap product, assignments, article semua. Actually, plan untuk water rafting ni dah lama. Memang dah plan baik dah dengan bebudak BGB. Siap mintak Ajid yang arrange kan dan plan asal nak try yang Gopeng punya. Tapi sebab busy dan duit banyak dah spend ke product, bebudak BGB mintak pospon ke next sem.


Nak jadi cerita, tetiba Aslam bagitau, Tada ajak pegi rafting. Maka weolls yang muka-muka tak boleh duduk diam ni, terus deal dengan Tada. This time, Tada yang lead. Dia arrange dari A-Z. Weolls bayar je haha. 

Maka, balik dari Besut, Isnin balik Melaka untuk midterm, then Jumaat shoot balik Puncak sebab rafting hari Sabtu. Tahan telinga gak ah dengar mak bebel sikit sebab kata cuti seminggu tapi sekejap bebeno dah balik Shah Alam.

Kiteorang pergi yang Slim river punya. Kata Ajid, untuk beginner better pergi Gopeng, tapi Tada kata Slim River sungai dia best. Tak silap, dekat semenanjung water rafting ada dekat Slim River, Gopeng dan Kuala Kubu Baru. You may google the information. 

Pergi dua kereta, sebab kawan Ada bawak Exora. Kalau tak naik Tada je. So total semua 8 orang. Kiteorang naik Exora, Tada, YB dan kawan dia shoot dengan Myvi. Plan asal nak gerak pukul 6, sebab pukul 9 dah kena ada dekat sana. Well kalau dah driver dia lelaki, harapan. Tertidur lah apa lah. So, by 6.30 kawan Ada came all the way dari Sg. Buloh datang pick up depan kolej , dan breakfast dulu dekat Bistro belakang Shell. Shoot terus pegi Slim River.

Rupanya, ada satu lagi kereta yang amik pakej dengan Brader ni. Since bukan aku yang deal, so nama brader ni pun aku tak tau apa.haha. Padahal satu boat, dia jugak lah yang tolong sapu, balutkan luka. Let make it short, kita panggil dia brader X bukan nama sebenar. Jadinya total semua 14 orang.






Yours truly, Una, Tada, Qurra, YB, Ada, Maher.




 Excited campur nebes. First timer plus aku activity yang melibatkan air ni trauma sikit.
Kita gerak ke dalam by 4 wheel. Lagu cun , four wheel ni semua geng kiteorang so takdelah krik-krik sangat. Almost 15 minutes dengan jalan yang naik turun dan tak berturap untuk tiba ke check point.


Briefing. Masa ni gila fokus. Yelah, buat karang satu bot terbalik takdelah panik sangat tak tau nak buat apa. 

Kiteorang berlapan split 3. Adah dengan aku plus 3 stranger dan brader X. While Qurra, Una dan 3 lagi stranger dengan Brader Bobo, YB, Tada, Ijan , Mahir dengan Brader Mi.
 

Praktis dulu mendayung dengan command seperti reverse, forward, bombom, etc dari guider memasing.

So, lets the journey begin. Bismillah.



Nak dijadikan cerita, aku rasa muatan dalam bot aku paling tak stabil. Sebab ada sorang brader stranger ni yang paling berat antara kiteorang semua. Lepas tu, asyik tersangkut atas batu maybe belum dapat rentak lagi. Padahal jalan dulu, boat yang belakang yang forward meninggalkan kami terkapai-kapai. Haha. Sorry, guider !

Ada satu part tu, tersangkut dekat jeram yang deras. Boat dah stuck. Air dah naik masuk dalam boat. 3 brader depan aku dah accidentally terjatuh keluar. Then Brader X suruh kiteorang terjun. Nebes dia jangan cerita lah weh. Dengan tak tau berenang, kena terjun dalam jeram yang air dia deras. Luckily ada life jacket. Tapi memang panik gak ah 5 minit. Lama-lama, cuba cool down, biarkan je air hanyutkan ke tepi. Dengan tangan memegang pedal, nasib ada brader ni tolong tarik ke tepi. Alhamdulillah, we survived safely. Cheers team mate !

Kata Brader X, tak thrill lah main rafting kalau tak experience benda-benda cemni. Barulah ada benda untuk dikenang. Break kejap dekat checkpoint berapa entah. Minum air, recharge energy. Masa midterm haritu, jari telunjuk ni injured. Balut dengan handyplast je. Masuk air, handyplast kemana, tambah lagi dengan tergesek dengan pendayung, maka dia makin teruk. Tersiat lah gitu.Ingat nak diamkan je, tetiba cemana entah guider2 ni dapat tau.
Tengok, keji betul. Iolls tengah begelumang sakit apabila iodine terkena kulit,mereka riang ria gembira.
Spot me at that corner. Ala-ala skuad kecemasan sedang merawat mangsa. Malu aku semua guider hadap je jari aku. Hahah. Lagipun kata Brader X, kalau tak letak iodine takut infection since ni air sungai. Terus seram, terus hulur je jari buat muka cool. Lewls

Jejaga I'm back !

 Dengan jari berbalut. Gasak ! Haha. Iolls dapat pengecualian. Kata Brader X "Fatin duduk je tengah tak payah dayung, duduk je diam-diam. Kalau larat, baru dayung". Tapi kesian lah kat team mate. Walaupun duduk tengah, but still tolong. This time rentak dah dapat. Sangkut dekat batu pun dah reti nak handle. This time dah takde dah sangkut. I love the cooperation among us, the sprit dan kesabaran guider !Hahaha



 Sedih betul dah habis. Tau-tau dah dekat last check point. Dengan muka innocent dan tak puas hati cakap dengan Brader X nak repeat lagi. Hahaha. Bak kata Brader X, boleh tapi bak sini duit. Hahaha.








       
Brader X yang banyak sangat tolong. Sabar layan kerenah kiteorang yang asyik sangkut dekat batu, haha, yang paling concern dan risau dengan jari yang agak kronik ni. Dialah yang tolong sapu iodine, balut semua.Thank you, May Allah bless. Doakan dia, katanya nak sambung master dalam sport rec untuk water rafting. Bukan calang-calang guider ni.



Muka dah penat, energy dah drained habis. Salin, mandi dan lunch. Sempat borak lah jugak masa makan dengan guider ni. Teruk kena bahan sebab punca tangan luka. Haha, sebelum berangkat pulang, sekali lagi Brader X cucikan luka balut semua sebab memang tak expect pun akan teruk macam tu sekali dengan segala ubat tak bawak. T.T. Pulang ke Shah Alam dengan hujan yang selebatnya.


Thank you geng. Another bucket list unlocked. Dan ni macam reward untuk diri sendiri setelah busy bermingu-minggu dengan final projek. Sorry tak dapat share bajet since bukan saya yang lead dan terlupa nak tanya Tada. Korang gugel je k.

Happy reading !


No comments: