Salam,
Banyak gila entry tertunggak. Konvo, Teha Kahwin, Mph, Janda Baik, Gunung Rajah. Phew. Satu persatu-satu okay.
2 April
Naik Shah Alam untuk ambil jubah. Parents pergi bercuti dekat Sabah, Amin pulak kerja so decide naik public je. Plan asal nak balik hari je sebab Isnin kerja. Siap paksa Maya teman tidur dekat rumah. Jumpa Aisha dekat TBS, terus gerak ke PJ , sebab Ayu pick up dekat sana. Jumpa Cikon dekat Pak Li Kopitiam untuk lunch. Lapar dia tak boleh bawak main. Pilih nak makan mana pun boleh tahan dia punya cari gaduh. Last-last decide makan dekat Pak Li, sebelah UiTM je. Padahal masatu dah pukul 3 petang. Sementara nak tunggu makanan sampai, sibuk lah Ayu nak warnakan kuku masing-masing. Lama gila tak jumpa bebudak ni. Around 4 baru pergi collect jubah. Ramai yang dah balik, sempat jumpa beberapa kerat je.
Around 5, terus pergi SCM untuk photoshoot la sangat. Ayu hantar sampai TBS around 9. Beratur untuk tiket , sekali tiket habis. Yang tinggal tiket pukul 11.30. Memang tak lah nak mereput sampai 11.30. Terus berlari tunggu KTM balik Seremban. Call abang bagitau tiket habis. Nasib abang baru balik kerja. Tuhan je lah yang tau cemana takut nak bagitau abang tiket habis, Ini semua sebab bebudak uni baru habis midsem. Sampai Seremban, abang tanya nak makan ke tak, terus cakap kenyang padahal lapar gila vavi. Kesian Maya lah, siap dah park kereta depan rumah, terpaksa cancel plan.
20 April
Sehari sebelum konvo, tidur semalam dekat Subang rumah ucu. 4 pagi aku dah bangun mandi. Sebab sidang pagi dan Subang ke Sek 7 tu boleh tahan jem lelagi waktu orang pergi kerja. 6.15 dah berangkat keluar. Keluar pun sesenyap sebab tak nak ganggu ucu and the whole family. Sempat singgah petronas beli sandwich untuk semorang alas perut.
7.30 masuk untuk pendaftaran. Abang can't join us this time. Hantar kakak ipar balik Johor. Cuma konvo kali ni tak sebest yang diploma dulu sebab lagu UiTM Di Hatiku kena nyanyi waktu last. Tak tau ke tu lagu keramat,yang confirm tangkap melalak.
Alhamdulillah syukur, masih lagi berkesempatan untuk membawa seisi keluarga menyaksikan hari yang istimewa ini. Semoga dipinjamkan kenikmatan kedua ibu bapa dan ahli keluarga selama yang mungkin.
Till there, happy reading!
No comments:
Post a Comment