Tuesday, February 26, 2013

makwe dalam kenangan

Assalamualaikum people.

Selain,birthday diri sendiri, mak ayah, abang, adik,bestfriends, 26 februari are the most memorable date for me, very important much.


Makwe,
Tiap 26 februari,akak akan ingat tarikh ni,
Akak akan tulis dalam belog,
Kadang-kadang2 akak tak tulis,
Akak simpan dalam hati,
Akak tak nak orang tau akak sedih


Makwe,
Akak rindu sangat,
Rindu makwe masak yang tersangat sedap,
Rindu tengok drama P-Ramlee dengan makwe,
Rindu nak tengok drama indonesia "Intan" dengan makwe. Nanti makwe bila tengok Intan,makwe akan mengomel tak puas hati,salahkan jalan cerita dia kenapa macam tu,hehe
Rindu nak teman tidur rumah makwe setiap malam,
Bila,malam kalau ada cerita hantu dekat tv,makwe tak bagi tengok,sebab makwe takut
Rindu nak dengar makwe membebel,hehe

 Makwe,
Kecik-kecik ayah selalu cerita yang kiteorang adik beradik rapat dengan makwe,
Makwe selalu cerita masa kecik-kecik akak suka tolong makwe dekat dapur,
Tapi bila menengah akak dah mula tak rapat dengan makwe,sebab akak dah tak duduk rumah.
Akak jarang balik,
Kadang-kadang ayah cerita makwe selalu tanya,bila akak nak balik,
Akak tau makwe rindu.


Dekat sekolah,kawan-kawan selalu tanya,kenapa panggil makwe,kenapa tak panggil nenek?
Tapi akak rasa panggil makwe lagi best,unik sangat.
Makwe selalu pesan,belajar pandai-pandai,
Makwe,sekarang akak dah masuk universiti,
Insyaa Allah,akak cuba mendapatkan ilmu selagi termampu,
Tapi satu je akak tak dapat tunaikan permintaan makwe,
Belanja makwe dengan gaji pertama akak,
Makwe pergi dulu menghadap pencipta,


Hari ini genap dah 2 tahun,
Akak dah janji tak nak nangis,tapi akak nangis jugak.
Tapi kali ini,akak lagi kuat dari dulu,
Gambar makwe akak tampal dekat board meja study,
Sebelah gambar mak ayah,abang,adik,
Sebelah gambar  kawan-kawan baik akak,
Biar akak rasa makwe macam dekat dengan akak.


Allah ambil makwe,
Tapi dia tinggalkan mak ngah,
Tiap kali akak rindu makwe,
Akak pandang mak ngah,
Perangai mak ngah saling tak tumpah macam makwe,
Allah tinggalkan mak ngah untuk kiteorang semua,
Mak ngah lah pengubat duka semua orang


Akak tahu makwe kat tempat yang jauh,
Akak hanya mampu hadiahkan al-fatihah, bacaan yassin dan doa yang tak putus untuk makwe,
Semoga arwah makwe ditempatkan dikalangan orang yang beriman,
Dan rohnya dicucuri rahmat.
Andai ada rezeki,insyaa Allah kita berjumpa di syurga.

"Dari Dia kita datang,kepada Dia kita kembali"


AL-FATIHAH kepada Allahyarhamah SITI ABSYAH BT HJ TAIB


yang merindui ;'),
 akak       

Wednesday, February 13, 2013

Belihoi part 2

Assalamualaikum, people. Perhaps u guys doing well

Last week,aku  dan beberapa teman seperjuangan yang lain telah secara ikhlasnya menginvolvekan diri dengan satu program  khidmat masyarakat. And the best thing with this program,it was held at perkampungang orang asli di Belihoi, Mantin N9. Selalu join program untuk felda, ad this is my first time involve with orang asli.

Before that, kita skip terus part 2 okay,sebab gambar part 1 semua dekat Ayu,. Part 1 kiteorang pergi 3 hari 2 malam, aktiviti dia gotong royong,mengecat. And part 2 ni sehari je, lagi ringan sebab majlis perasmian. Kiteorang datang kali ni jadi urusetia je. Hehe

Pukul 6.30 dah berkumpul dekat admin, around 7 somthing gerak ke Mantin. Sampai sana dalam 10 pagi, then terus minum pagi.


 ni paper BH kalau tak silap

 half of my classmates 

kali ni yang pergi around 23,compare yang first 29. most of them ada kuiz,test,. Yang lagi best perempuan kali ni 4 orang je . Pagi tu,jadi juri,pergi ke rumah-rumah penduduk, tinjau kebersihan dan kecantikan rumah.
 from left, haikal,hisyam,me,junior part 2, dan pegawai kesihatan
satu team kena pergi 6 buah rumah,untuk bagi markah.
 that girl tu penduduk kg yang bertanggungjawab menjadi tourist guide dan melindungi keselamatan kami semua dari serangan anjing-anjing yang garang. Difahamkan, 4 buah keluarga, yang beragama islam, yang lain kristian dan tidak beragama. Menurut Ayu, their fav food is KARI MONYET.
 dorang ni semua tinggal atas bukit, penat jugak aaa nak mendaki, tapi best keluar peluh. Nak lagi best aku tak pakai sport shoes, tapi pakai flat gi kelas, nak turun bukit,panjat bukit hazab gila, risau tumit tertanggal je, haha
 rumah ni anjing dia jenis yang mengejar dan manggigit orang, so tak nak amik risiko, bagi markah dari jauh
 setiap rumah ada anjing,bukan satu, tapi 5, dan diorang ni jenis yang tak friendly dengan orang lain selain tuan rumah


 ni air terjun yang dekat bawah. Tak berapa elok untuk digunakan airnyaa


around 1pm lunch,solat. Around 2 jadi urusetia untuk drawing & coloring competition. Coloring untuk sek rendah, and drawing menggunakan bahan2 semulajadi untuk secondary school student




 setel dengan coloring & drawing competition, we move to the most excited competition. Ditunggu-tunggu oleh semua. SUMPIT Competition. Ada dua satu professional,satu amatur
 ni semua yang otai-otai, memang legend habis


 kuning to target dorang
 ni untuk amatur, the boys tak lepaskan peluang mintak tips dari otai-otai

 sebab dorang amatur,jarak kasi dekat sikit. hmmm not bad, big claps ,hhaha

 Afiq kena interview, kemain kembang dia,;p
le VVIPs. Left, Timbalan Rektor, Tok Batin, Akzonobel's Vip, Rektor Uitm,

Perasmian,Pemberian hadiah to the winners, minum petang. Around 5 gerak balik, Around 10 sampai Uitm. Esok tu kuiz, & submit assignment. phew tak cukup tangan



Great experience , great people,being part of MPP team, meet new friends. Junior senior takde hal. I'm blessed.

Sunday, February 3, 2013

An evening at KTUJ 2013

Assalamualaikum,hi people! how are u?lama tak jenguk blog *tiup habuk*

Sebenarnya,cerita memang banyak sangat,tapi kekangan masa yang membatasi. Lately aku sibuk sangat.
Sekarang ni tengah demam KTUJ2012 which formerly known as Karnival Terbuka UITM or before this known as MITEK. This event held every year. Lots of activity were organised and most of the important things u should prepare is your MONEY. Heheh, There are lots of stall selling clothes,tudung,shoes,food, books & etc.

Kalau nasib korang baik dapat jumpa Fizuan Masterchef. KTUJ ni berlangsung selama 4  hari,tapi aku baru nak pergi semalam. Sebab sem ni memang pemalas betul nak keluar jalan-jalan. Rutin aku pergi kelas balik kelas,kalau takde kelas memang memerap dalam bilik. Call me forever alone. Hahah. Since my partner in crime Qila takde sem ni,so kaki ni dah jarang jalan. 



 Convoi motorcross yang terdiri daripada beberapa buah negeri & negara. From Pahang,Malacca, Singapore & etc. Engkorang boleh ambil gambar,boleh test power tunggang keliling kolej,boleh naik dengan brader-brader tu pun boleh.

 Riding le horse. Sekali tunggang Rm 3. Tapi aku tak bernasib baik sebab dah tutup.
 To those yang terror counter strike tu,boleh test power main paintball

Yang paling stress semua benda yang nak main/try semua dah tutup lah,dah balik laaa, at the end masuk exotic pet ni,jadi manusia pencinta haiwan.Dapat diskaun sekali masuk RM1 instead of RM2.
 ular ni pemalu,dia duduk dalam gulungan. Aku ni takde lah berani mana, Penggeli habis,pegang ular ni pun alas tisu. Nampak tak kertas pink tu. Serius dia lembik macam katak. pfffttt


 le rabbits

le sugar glider. Manjaa sangat ya ampun.
last sekali,ada hati memasing nak pegang ular gemok ni tapi penakut. At the end panggil jpk,suruh pegangkan.