Sunday, September 21, 2014

Farhana off market

Assalamualaikum.

Tetiba macam rajin nak update banyak-banyak entry.Padahal subject heading tak usik lagi.

Tahun:2010
Lokasi: Bilik study

4 tahun lepas, dalam bilik study. kalau rasa macam malas nak buat homework,malas nak buat latihan, malas nak study , mula ah syaiton nirrajim hasut bebudak gigs yang iman x berapa nak kuat ni untuk bersembang dari belajar. Pastu topik yang bakal menjadi bualan mesti lah pasal kawen selain dari lepas spm nak sambung apa. Nanti mulalah engkorang akan dengar dalam bilik study tu suara 

"kau agak eh nanti dalam ramai-ramai gigs sape yang kahwin dulu?" takpun
"kau nak kahwin umur bila" takpun "kau agak aku nanti kahwin dengan sape? dan banyak lagi.

Maka lepas spm bebudak gigs ni bawak haluan masing-masing. Yang masuk matrik lain, yang masuk form six lain, yang masuk diploma lain, yang masuk poli lain, yang senyap terus pun ada.

Tetiba tahun 2014, dengan terciptanya whatsapp group GIGS yang kian rancak dari hari ke hari, tak sure siapa yang mencetuskan suasana gamat dalam group whatsapp dengan ayat yang berbunyi" weh korang tau x dak fana dah tunang?" (orang Melaka haruslah guna perkataan dak). Serius bro semua gigs x sangka yang dalam kalangan kami dan umur semuda ini akan mendirikan rumah tangga. But yes, Farhana did.

Alhamdulillah, 6.9.2014 Fana telah selamat jadi isteri orang. Ada yang sanggup daftar lambat, ada yang sanggup balik ke kampus pakai baju kurung, ada yang sanggup balik ke kampus pagi esok. Semua excited kot dalam batch gigs Fana kahwin dulu. Makanya Fana dah jawab soalan -soalan yang sering meragui bebudak gigs 4 tahun lepas. Maya siap nebes padahal bukan dia yang nak nikah. lewls.

Bila sorang dah kahwin baru rasa yang Fatin Syahirah ni dah 21. Dah besar

Nah layan gambar.


 pelamin cantik

 introducing you Puan Farhana


 Inilah dia muka budak-budak yang buat majlis orang macam rumah sendiri. Nasib masa nikah tak pergi kalau tak lagi haru.haha










So, kepada Farhana,selamat pengantin baru. Selamat menempuhi alam yang mencabar.Semoga berbahagia hingga ke syurga. Make and give us beautiful gigs babies k. Semoga menjadi isteri yang solehah. Bertambah keluarga baru. Tumpang gembira dengan kau.


ok next, siapa lagi nak kawen?lately ni selalu craving nasi minyak. haha
Till there, happy reading.

*abaikan pipi Fatin Syahirah.Hasil ternak 3 bulan di rumah

Raya 2014

Assalamualaikum,

Berbulan rasanya tak update blog. Too many things happened. Bagi yang merindui, nah terimalah untuk tatapan anda. Lewls.


Raya 1:
First raya macam biasa pagi family ayah then shoot ke family emak pada tengah hari. Gambar tak banyak sangat.Gambar family takde sebab macam rushing plus abang tak balik raya.Itupun raya ke 13, gigih satu family sarung balik baju melayu bersamping,bersongkok sebab nak ambil gambar dekat studio memandangkan dah berzaman takde gambar family yang proper dan abang balik cuti lama sikit. Biasalah kalau berkhidmat dengan badan uniform ni nak raya setiap tahun dengan family pada hari pertama syawal memang dalam mimpi. Masyarakat lebih memerluka katanya..


Raya ketiga:
Raya bersama GIGS.
Since mostly gigs yang diploma dah habis, dan gigs yang degree cuti serentak, makanya peratus untuk beraya bersama sangat cerah, Raya sampai lebam katanya.





Raya ke 5 :
Beraya ke rumah jiran masa zaman kekanak dulu. Almost 15 tahun terpisah dan jumpa balik melalui facebook. Tengoklah macam mana Pakcik Pawzi & Pakcik Samsim berborak. Sampai tak sedar dah tengah malam.

Raya ke 15:
Emak jatuh sakit almost 2-3 weeks. Alhamdulillah, nasib baik tengah cuti. kalau tak memang tak tau nak describe macam mana. Alhamdulillah sekarang dah sihat. 

Sekian sahaja, cerita raya saya.Anda bagaimana?lewls. Happy reading

Friday, June 20, 2014

Sum up cerita

Assalamualaikum, holla !
Transfer gambar dalam lappy, baru perasan rupanya banyak je cerita yang nak up masuk blog, tapi sebab FATIN SYAHIRAH seorang yang pemalas, baru ada masa nak update. mari kita sum-up cerita  dalam satu entry. Phew

Ni week 3 ke 4 minggu lepas entah,minggu selepas convo di mana minggu yang sangat hectic. Tak ingat hari apa entah, rushing pergi UiTM Shah Alam submit assigment memandangkan office ustazah dekat sana.
Malam sebelum tu, pulun siapkan assignment, biasalah buat last minute, idea menerjah-nerjah. Lepas subuh baru tidur, itupun untuk 3 jam.


Oleh kerana dah bersengkang mata semalaman, marilah kita self-reward diri memasing. Majority votes nak breakfast dekat burger king, kita layankan aje. Rushing submit assignments, then masuk PTAR 1 untuk cari bahan final project. Sadis betei kalau nak mengenang bahan yang ada dekat library Puncak ni tau, sampai terpaksa bersusah-susah pergi Shah Alam. Hoi tenangnyaa. Kalau aku stay Shah Alam, memang hari-hari aku lepak library.
Eyebag besar-besar tu nak pergi mana kak?
Nasib, Khamis memang takde kelas langsung. Bolehlah nak self reward ke apa. Semua pakat lepas settlekan semua benda hari ni, lepas tu nak food haunting. Nak makan puas-puas. Timbul idea nak ke I- City moh ler kite.
Budak dua orang ni mengidam sangat nak main archery , mari kita layankan. Ahkak tak minat benda cemni. Ahkak main yang indoor,


Kebetulan yang rumah ice tu tengah promosi, masuk sebelum pukul 6 petang bayar Rm 20, maka kita serang




Ni gambar masa academic visit pergi Dewan Bahasa & Pustaka. Tarikh tak ingat.






Before balik cuti Gawai, spend 2 hari tidur UPM. Melawat kawan baik. Dah orang tu susah payah datang masa convo kita, meredah hujan sampai sesat bagai, marilah kita melawat dia. Main semua games dalam theme park kat TS tu dari games adult sampai kekanak punya pun aku try. Tu lah yang best bila bestfriend sekepala.
Antara banyak-banyak rides, yang ni paling surrender. Tutup mata kot pastu taubat tak nak naik lagi.Kahkah

Naik KTM tanpa rasa bersalah terus duduk bersila sebab takde sit. Haruslah tarik bestfriend sekali buat benda memalukan. Biar malu bersama-sama gitu.



Balik je hometown another day, bestfriend kita lagi sorang belanja Seoul Garden. Hadiah konvo katanya. Mekasih, muah-muah sikit.









Entry yang dah lama terperam dalam draft memang nafsu nak menaip tu makin malas. Anyway, next week dah start final for the first time untuk degree ni. Cuaks. Haha. Jadi di sini saya Fatin Syahirah Bt Pawzi menyusun sepuluh jari andai pernah menyakitkan hati sesiapa. Wish me luck. Dhaaaa




Happy reading ! xoxo

Saturday, May 3, 2014

Labour Day

 Assalamualaikum folks !
Labour day this year jatuh hari Khamis, maka anak- anak yang tiada kelas pada Hari Jumaat berbondong-bondong balik ke rumah pada hari Rabu. Efff . Manakala aku Jumaat kelas hingga ke petang, dan pagi Jumaat ada test.Kalau tidak dah Hari Rabu muka aku dah terpacul depan pintu rumah mak ayah.

Makanya, disebabkan Khamis cuti, kiteorang ingat nak menghabiskan satu hari tu berkampung dekat PIPAS setelkan assignment. Tapi malang seribu kali malang, kenapalah semua lupa Khamis tu public holiday. -.-. Tapi tetap tak berputus asa, lari ke Syeksen 2 mencuba nasib ke PTAR, tapi seperti diduga PTAR pun tutup.Tambah malang lagi siap sesat dalam dulu. Mengharapkan lah jugak abe-abe degree yang hensem lalu lalang di kawasan tu, boleh lah adik-adik ni bertanya arah, tapi nan hado. Entah-entah diorang semua belum bangun tido. Kahkah ;p.


End up lepak Street Art, tapau ABC femes Fradoo tu, piknik dekat Tasik Shah Alam. Beria dalam beg tersemat indah laptop, extension, notes segala bagai -.-. So, here are the pictures. Mohon jangan muntah.


 Tunggu kereta sewa almost 2 jam. -,-
 Tuan Tanah. Faez kata aku dah makin feminin, pfttt. Rasanya dulu sekarang sama je kot.
Dengan beg striking pink. Erkkk Fatin Syahirah ke tu?
Oh yaa power mata kita kiri kanan dah 200++ *nangis sambil telan carrot bebanyak*


 Street Art, Seksyen 2 Shah Alam

 meja kerusi ni real bukan lukisan











Paling best bila lepak tasik. Tengok family yang bawa anak-anak piknik. Teringat zaman kanak-kanak dulu. Aku suka suasana macam ni .Sebenarnya gambar banyak lagi, tapi aku kan pemalas ;p.

  • Street Art- checked
  • ABC Seksyen 2- checked
Next time, nak kayak, jogging , piknik bawa bakul pulak dekat tasik ni. Omg macam mak-mak sangat, Tapi apedehal. Fatin Syahirah kan sentimental orangnya.Haha, suka tengok pokok-pokok.



Till there, happy reading !

Monday, April 14, 2014

Bukit Puncak Perdana

Assalamualaikum,
Ni sambungan entry lepas, kan ada mention every weekend at least kiteorang akan buat satu aktivity dengan housemates, so TADAA !!
Supposedly kiteorang nak panjat Broga, but last minute cancel due to some technical problem. Maka kita panjat yang dekat dulu.

Idk the exact name of this bukit. But let make it clear and simple, we named it as Bukit Puncak Perdana. Al-kisahnya, dekat rumah tu balkoni are one of my favorite port. Masa minggu pertama memang selalu lepak balkoni baik siang mahupun malam sambil hirup milo. Oh dramatik sangat. But now balcony are not my favorite port anymore. Sebab rumah bawah aku ni ada orang merokok. Pftttt annoying to the max ;/.Back to the topic, masa first week masuk Puncak Perdana adalah 2/3 kali nampak orang atas bukit ni. Maka kami pun curious gila, macam mana dia boleh naik sana?cantik tak permandangan sana?bla-bla.So, timbul lah idea nak tawan bukit ni.

So Sabtu pagi, gigih lepas Subuh terus capai sport shoes. Pergi bertujuh 5 housemates lagi dua 2 classmates Tira.


 Aisha, me, Syamer, Naja



 Part of the view. Tapi takde lah nampak the whole Puncak Perdana






Ice breaking & sedikit tazkirah pagi by Aishah

 Sejak duduk Puncak Perdana ni, kulit makin gelap ;/

Masa untuk pulang. Turun je bawah, memasing dengan muka tak bersalah beratur beli nasi lemak sotong mak cik tepi jalan tu. Penat bakar kalori pastu makan nasi lemak, tak guna jugak. HAHA. Next activity, Broga, & Skytrex Shah Alam.

Till there folks ! Happy reading.