Sunday, September 21, 2014

Farhana off market

Assalamualaikum.

Tetiba macam rajin nak update banyak-banyak entry.Padahal subject heading tak usik lagi.

Tahun:2010
Lokasi: Bilik study

4 tahun lepas, dalam bilik study. kalau rasa macam malas nak buat homework,malas nak buat latihan, malas nak study , mula ah syaiton nirrajim hasut bebudak gigs yang iman x berapa nak kuat ni untuk bersembang dari belajar. Pastu topik yang bakal menjadi bualan mesti lah pasal kawen selain dari lepas spm nak sambung apa. Nanti mulalah engkorang akan dengar dalam bilik study tu suara 

"kau agak eh nanti dalam ramai-ramai gigs sape yang kahwin dulu?" takpun
"kau nak kahwin umur bila" takpun "kau agak aku nanti kahwin dengan sape? dan banyak lagi.

Maka lepas spm bebudak gigs ni bawak haluan masing-masing. Yang masuk matrik lain, yang masuk form six lain, yang masuk diploma lain, yang masuk poli lain, yang senyap terus pun ada.

Tetiba tahun 2014, dengan terciptanya whatsapp group GIGS yang kian rancak dari hari ke hari, tak sure siapa yang mencetuskan suasana gamat dalam group whatsapp dengan ayat yang berbunyi" weh korang tau x dak fana dah tunang?" (orang Melaka haruslah guna perkataan dak). Serius bro semua gigs x sangka yang dalam kalangan kami dan umur semuda ini akan mendirikan rumah tangga. But yes, Farhana did.

Alhamdulillah, 6.9.2014 Fana telah selamat jadi isteri orang. Ada yang sanggup daftar lambat, ada yang sanggup balik ke kampus pakai baju kurung, ada yang sanggup balik ke kampus pagi esok. Semua excited kot dalam batch gigs Fana kahwin dulu. Makanya Fana dah jawab soalan -soalan yang sering meragui bebudak gigs 4 tahun lepas. Maya siap nebes padahal bukan dia yang nak nikah. lewls.

Bila sorang dah kahwin baru rasa yang Fatin Syahirah ni dah 21. Dah besar

Nah layan gambar.


 pelamin cantik

 introducing you Puan Farhana


 Inilah dia muka budak-budak yang buat majlis orang macam rumah sendiri. Nasib masa nikah tak pergi kalau tak lagi haru.haha










So, kepada Farhana,selamat pengantin baru. Selamat menempuhi alam yang mencabar.Semoga berbahagia hingga ke syurga. Make and give us beautiful gigs babies k. Semoga menjadi isteri yang solehah. Bertambah keluarga baru. Tumpang gembira dengan kau.


ok next, siapa lagi nak kawen?lately ni selalu craving nasi minyak. haha
Till there, happy reading.

*abaikan pipi Fatin Syahirah.Hasil ternak 3 bulan di rumah

Raya 2014

Assalamualaikum,

Berbulan rasanya tak update blog. Too many things happened. Bagi yang merindui, nah terimalah untuk tatapan anda. Lewls.


Raya 1:
First raya macam biasa pagi family ayah then shoot ke family emak pada tengah hari. Gambar tak banyak sangat.Gambar family takde sebab macam rushing plus abang tak balik raya.Itupun raya ke 13, gigih satu family sarung balik baju melayu bersamping,bersongkok sebab nak ambil gambar dekat studio memandangkan dah berzaman takde gambar family yang proper dan abang balik cuti lama sikit. Biasalah kalau berkhidmat dengan badan uniform ni nak raya setiap tahun dengan family pada hari pertama syawal memang dalam mimpi. Masyarakat lebih memerluka katanya..


Raya ketiga:
Raya bersama GIGS.
Since mostly gigs yang diploma dah habis, dan gigs yang degree cuti serentak, makanya peratus untuk beraya bersama sangat cerah, Raya sampai lebam katanya.





Raya ke 5 :
Beraya ke rumah jiran masa zaman kekanak dulu. Almost 15 tahun terpisah dan jumpa balik melalui facebook. Tengoklah macam mana Pakcik Pawzi & Pakcik Samsim berborak. Sampai tak sedar dah tengah malam.

Raya ke 15:
Emak jatuh sakit almost 2-3 weeks. Alhamdulillah, nasib baik tengah cuti. kalau tak memang tak tau nak describe macam mana. Alhamdulillah sekarang dah sihat. 

Sekian sahaja, cerita raya saya.Anda bagaimana?lewls. Happy reading