Saturday, March 28, 2015

Bukit Tabur


Assalamualaikum,
Phew rajin gila dalam seminggu update dua post terus. Kali ni, kita panjat Bukit Tabur. Dah lama rasanya plan nak panjat Tabur. Tapi sebab takde guider hasrat terus dilupakan. Tetiba last week, Qurra bagitau yang Aiman ajak panjat Tabur, bagai orang mengantuk disorong bantal, maka bring it on.

Ikut plan asal, Hari Ahad , 4 pagi berkumpul di Mamak Gombak. Maka, kami berlima dari Shah Alam, malam sabtu dah keluar dari kampus. Untuk membuang masa menunggu 4 pagi, mari isi perut. Supper di mamak, then tengok Insurgent tiket midnight. Line up kali ni dari Shah Alam, Qurra, Yours truly, Farah, Dayah, Una. Rabak mata tak tidur. Nasib abang Four hensem sangat. Eh tiada kena mengena ;p.


Around 4 pagi, baru tau Luqman pun join. Bayang sorang pun tak nampak. Hampeh betul. Beria kata nak kejar sunrise. Hampeh. Cokelat rise yang dapat gamaknya kata Farah. 4.15, baru nampak Luqman datang dengan kawan dia. Si Aiman yang beria 4 pagi ni batang hidung tak nampak. Call tak angkat. T.T. 4.45 barulah tersengeh-sengeh dia tunjuk muka. Bebudak lelaki ni breakfast dulu.

muka puas lepas tatap muka abang Four

Line up: Dari kiri Afiq, Aiman, Luqman, Hadri, Farah, Qurra, Una, Yours Truly, Dayah

Berbekalkan headlamp, kami memulakan langkah.

Bukit Tabur, terletak di Bukit Tabur ni terletak di Taman Melawati, Gombak, Selangor juga dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Bukit Hangus dengan ketinggian 396 meter. Bukit Tabur ada dua, East and West. Memandangkan line up kali ni ramai beginner, Luqman decide kita panjat East.

Bukit Tabur sedikit mencabar kerana treknya berbatu-batu dan kawasan sekelilingnya dikelilingi gaung. Dinasihatkan bagi beginner, better korang ada orang yang guide. Mental fizikal kena kuat, dan pergerakan banyak memerlukan kekuatan tangan dan kaki.

East mengandungi 5 checkpoint

sumber dari google 

sneak peak Tabur. Sumber dari google

sumber dari google

Jadi, seawal 6 pagi kami memulakan perjalanan. Selain ingin mengejar sunrise, kata Luqman bagi mengelakkan bertembung dengan para pendaki lain sebab kiteorang naik hari weekend, confirm ramai. Berbekalkan headlamp, permulaannya agak sukar, memandangkan majoriti dari kami tidak familiar dan jalan agak gelap. Weh aku tersangkut dekat batu kot sebab gelap dan tak dapat langkah nak panjat batu besar. Tapi, lama kelamaan, kami dapat menyesuaikan diri dengan trek.




Dari atas nampak empangan Klang kalau tak silap.


Take 5

Kita belanja satu gambar Aiman, sebab dia baik tolong bawakkan beg. Kata dia baru nampak macho tolong bawakkan beg. Phui. Inilah orang yang beria konon nak beli kepsi makan dekat atas, tapi dia yang paling lambat sampai.pfftttt. Sebab beg ni jugak, salah satu faktor tersangkut ketika mula memanjat. Haha.


Selamat sampai ke puncak around 7 kot.
Gambar sunrise katanya, walaupun matahari dekat belakang tak masuk gambar


















Around 10 kami mengundurkan diri. Kasi can dekat orang lain pulak nak bergambar di puncak. Perjalanan turun lebih mudah. Hanya mengambil selama setengah jam sebab kita cut jalan. Turun ikut jalan kebun,  Pendaki dah mula ramai dan bertali arus, sehingga nak turun pun bertembung. Tapi dorang dulukan orang yang nak turun. Benda yang best masa nak turun, dorang tolong bagitau step, walaupun kita tak pernah kenal. Masa ni Farah, dah takde daya. Kaki shaking habis. 

Sampai bawah, Aiman ajak lepak minum cendol dan mandi dekat Sungai Pisang. Tapi malang, kiteorang tak bawak baju spare, dan Farah dah injured. Jadi kita lepak minum cendol reramai sebelum kami berlima shoot balik Shah Alam, while bebudak lelaki tu pergi terjun Sungai Pisang.

Tips
  1. Tak perlu bawak beg yang besar. Trust me, sukar nak panjat
  2. Amik breakfast, sebab memang pakai banyak tenaga
  3. Bawak air secukupnya, sebab haus lah jugak
  4. Bawak lah coklat atau pisang, in case korang rasa nak pitam ke apa macam Farah, muka dah pucat habis
  5. Better untuk first timer, cari orang yang boleh guide
  6. Bawak lah baju spare, sebab peluh jantan yang keluar, Haha, nanti boleh terus terjun Sungai Pisang

Balik dari Tabur, kalau tak silap Rabu lepas ada kes budak perempuan jatuh. Sebenarnya, Tabur ni memang dah banyak kes orang mati , tergelincir jatuh di gaung. Rata-rata yang jatuh di Tabur West. Katanya trek lagi sukar. Korang boleh google. Tapi kalau nak panjat, pertama sekali, jangan suka-suka sangat, cari orang boleh guide, berhati-hati dengan trek dan yang terakhir berdoa, dan niatkan untuk melihat keindahan. Kalau korang kata Broga tu scary, cuba panjat Tabur.Rasa pengalaman dia. Kata Naqib, tabur ni dah macam breakfast dia dah hari-hari. T.T.

Thank you Aiman & Luqman jadi guider. Next time, kita panjat Gunung Nuang pulak. Lewls

Till then, happy reading. Xoxo.




Wednesday, March 25, 2015

Air Terjun Berkelah, Maran Pahang

Assalamualaikum,
Pernah tak korang imagine, benda yang korang nak sangat buat, minat sangat nak buat menjadi kenyataan? I was the only girl in my siblings, so minat tu lebih ke arah not so girlish, feminin gitew. Benda yang terpaling minat sekali something yang adventure, nature, bukan shopping mall.

Dulu teringin sangat nak camping yang bebetul camping. I mean yang bebetul macam surviving camp,ikhtiar hidup. Bukan camping yang dekat padang sekolah, since camping, outdoor are my passion. Maka memandangkan Kampus Puncak Perdana ni kecik, dan hado lah kalau nak expect memacam, jadi I decided to find my own happiness. Tapi sebelum tu kena cari geng dulu yang sama-sama minat, bukan yang baru kena gigit nyamuk sikit dah menggelabah, tak boleh penat sikit yada yada .

Jadi, bermula semester lepas, masa join panjat Gua Tempurung, masa tu berdua je dengan Kep, then baru tau Una, Adah , Qurra pun sama kongsi minat dengan aku. Jadi cun. Senang nak gerak since kiteorang semua classmates.

Dijadikan cerita, masa cuti semester haritu, terbaca dekat twitter ada orang yang bernama Ajid ada organize shooting star camp di Berkelah, Maran Pahang. Harga pun affordable, include meals, aktiviti menarik, ada guide, and why not we try, since we are the beginner. Roger bebudak ni, and the rest is history.



Jumaat petang, kelas sampai enam. Rushing kemas apa yang patut. Mintak Tira hantar sampai KTM Batu 3. By 11 dah kena ada dekat LRT Gombak sebab tu check point pertama. Oh ya, kiteorang pergi sana carpooling. Tumpang kereta orang, convoi reramai. Then nanti kita bayarlah sorang 25 merangkap harga tol, minyak, tenaga driver.

From left : Qurra, Una, Yours Truly, Kep, Ada, Aten, Dayah

We were split into 2 teams. Aku, Qurra, Dayah, Kep naik Luqman, yang the rest naik Abang Din. And this is our first time jumpa semua orang. Almost 7 kereta semua tak silap yang dari Gombak, kereta Nawi tunggu di Genting Sempah, kereta Aiman gerak sendiri. Total line up termasuk crew 30 ++  kalau tak silap.

Sampai Maran around 4 pagi. So, tidur dulu sebab lori datang pick up pukul 8. Tidur dalam masjid. Ada yang dalam kereta je. Yang paling kelakar, bila subuh dok lah tertunggu- tunggu nak bangun masa azan subuh, tapi  tok imam takde. Pukul 6.30 takde pun tok siak , tok imam ke yang masuk. Sudahnya Ajid yang jadi imam.


Lepas breakfast, memasing diberi ration untuk dibawak. Sebab kiteorang lambat ambik, dapatlah bawak kuali, dengan apa benda entah.



Duduk macam ni selama setengah jam. Kebas gak ah vontot.


So, we are here, lets start the journey.
Almost 1 hours and half kot baru sampai dekat camp site.Kalau tak silap. Kiteorang group belakang sekali. Malas nak rushing. Since Ajid yang jadi sweeper kiteorang , banyaklah yang aku korek dari Ajid, belajar banyak benda. Sebenarnya, kiteorang join Outerrange Adventure punya event. Dorang ni memang organize camping , diving since 5 years ago. You name it, nak join yang hard core?yang leisure semua ada.

Luqman, abang Din , Kak Yaya. Our drivers, kawan baru.

Sampai campsite, set up fly sheet, set up tempat. Oh ya, perempuan tidur reramai bawah flysheet tent, Flysheet tent,dibahagi kepada dua, sebelah hujung tempat memasak, yang lagi sebelah hujung untuk tidur. Khemah yang biasa orang camping tu, dipasang untuk kegunaan salin baju sahaja.

Lebih kurang macam ni lah (sumber dari gugel)

So aktiviti bebas. Ada yang dah selamat terjun, yang dah pro tolong masak nasi, kiteorang tolong setup khemah dengan tolong goreng sayur, sebab tak tau nak buat ape, dan awal lagi kalau nak mandi.Baru aku tau, kalau camping dalam hutan macam ni memang akan masak sedap. Lunch haritu, kari ikan, acar timun, sayur goreng, air teh lemon. Sepanjang trip ni memang minum teh lemon. Sedapnya.

Separuh dah naik ke atas untuk buat waterfall abseiling, kiteorang tunggu lepas zohor. Senang. Memang rezeki agaknya, lepas zohor semua buat hal memasing. Tido, makan, mandi, kiteorang je lah yang baru nak abseil. Takde lah segan sangat kalau jatuh ke apa.

Abang bad, abang amir & Ajid.

Memula tu macam cuak kot. Sebab air terjun pun tinggi, dan kau akan abseil di tengah air terjun. Memasing takut jatuh je lah. Tapi dalam masa yang sama, rasa excited kot. Kali ni abseil dekat waterfall, dulu abseil dekat gaung. So kesukaran yang berbeza, pengalaman yang berbeza.
Nasib abang bad pandai hilangkan nebes. Dia boleh ajak bergurau dekat situ. Orang dah cuak dia boleh buat lawak. Haha


So, sebab saya ikut segala tips yang diajarkan Abang Bad, dari segi posisi badan, gerakan tali, weeee selamat turun dengan selamat tanpa jatuh.
Ini antara insiden jatuh Qurra. Padu kot, lebam teruk katanya.
Turun bawah tersengih-sengih cakap dengan Ajid nak buat lagi boleh?haha. Pastu terus Ajid buat muka malas nak layan. Haaha
Second time abseil, turun dari batu besar ni. Tapi kita bertujuh tak sempat buat sebab, dah seronok mandi. T,T

Lepas salin baju, memasing berjemaah tidur lepas Asar. Segan lah jugak, sebab sedap kiteorang tidur, budak lelaki tengah sibuk setup untuk BBQ. Minum petang makan mee bandung uolls.

Aktiviti malam, BBQ, Ice breaking, shooting star. Ice breaking semua akan perkenalkan diri sambil pegang lampu. Boleh, masa round 1, dia suruh introduce nama, asal dengan cita2. Motif sgt cita2?haaha. Yang paling jadi tumpuan masa kiteorang introduce nama. Yelah, dah lah bawak team perempuan paling ramai, pastu kawan-kawan iolss lawa-lawa.  Lepas tu layan Refdi main gitar.


Almost 10, yang geng lelaki dah lepak bawah. Main gitar, separuh dah masuk tidur, tinggal lah aku, kep, qurra, duduk layan borak Abang Bad , Abang Amir. Qurra sibuk borak dengan Aiman. Orang dapat jodoh lah katakan ;p.  Aku , Adah, kep korek tips dari otai2 tu. Tips macam mana nak survive dalam hutan, tips macam mana nak camping.

Oh ya, kat sini memang takde toilet, so nak membuang ke apa, pandai2 lah cari port. Phew nasib baik, perut tak meragam .

Pagi esoknya, sementara menunggu sarapan siap, kita layan view air terjun. Rendam kaki. Qurra pagi2 lagi dah selamat terjun dalam air, sebab tergelincir masa nak amik wuduk. Adah, hp rilek je jatuh dalam air. Aiman dah menyelam, pun still tak jumpa. Teruk kena bahan dengan semua lepasni ikan yang akan main intagram. Hahaah. Semalam je, dua gopro team uia hilang. Untung ikan.



Sarapan nasi lemak uolss. Sedap betul. Thanks team dapur, Kak Sha, Abang Amir. Sedap. Lepas breakfast, hiking ke air terjun Kolam 7. Bila haus, minum air terjun. Serius rasa macam air Spritzer. Sedap betul.




Kolam 7. Yang air warna gelap tu dalam dia 7 meter ke bawah. Yang pro ni bolehlah buat tiruk bagai.




Kita yang berenang pun tak pandai, main dekat sini je lah. Itu pun kena bahan jugak lah. Hhaaaha. Kuajaa



Turun bawah, mandi lagi, tengok Meehun sup dah menunggu. Sedapnya . Patut Ajid sibuk berzikir dekat telinga sedapnya kalau dapat meehun. Oh ya, sepanjang makan dua hari, kiteorang makan share 7. Sebab tak bawak pinggan. -,-


Around 3 kemas apa yang patut untuk balik.


Generasi Y. Mostly sebaya. Yang lelaki depan ni semua otai. Yang baju merah tu, Paan dah selamat sampai Annapurna Base Camp Nepal, yang kanan sekali depan tu Naqib admin Kelab Hiking UIA, tak kurang juga Aiman (kuning). Syafik(Putih ), Lukman ( baju tak berlengan). Hebat anak muda bginilah yang patut kita contoh. Dari membuang masa tak tentu hala, katanya lebih baik berjalan tengok nature. Salute. Kak Yaya yang sedang memeluk saya tu, boleh percaya tak umur dia dah 31, tapi muka langsung tak nampak tua. Macam sebaya kiteorang je. Yang tu pun tak kurang hebatnya.


Line up Air Terjun Berkelah, Maran

Thank you Ajid, Kak Sha, makanan sedap, Abang Bad, Abang Amir dan semua. Cukup kasih sayang korang. Terima kasih bagi tunjuk ajar untuk kiteorang yang newbie ni. Baru paham apa tu GoGo, Sweeper, Ration dan banyak lagi term hiking. Mostly dorang ni keje hebat-hebat, join outdoor sebab minat. Thank you kawan2 UiTM, korang enjoy trip kali ni, ada yang dapat jodoh ;p. Next time kita cari lagi.


Tips
  1. Cari geng yang satu kepala, kongsi minat, baru have fun
  2. Bawa baju, kasut, seluar yang sesuai
  3. Bawa pinggan mangkuk cawan sendiri, takde orang nak sediakan untuk korang. Kiteorang ni pun terpaksa tebal muka pinjam tau.Nasib abang-abang baik
  4. Solat jangan tinggal. Takde tempat nak solat bukan alasan. Islam itu mudah
Tu je lah kot, ceh dah pandai bagi tips;p . Last but not least, cubalah try benda macam ni. Kita lagi banyak develop skills kita, improve tahap independent kita, kenal kawan baru, mengkagumi ciptaan Tuhan. Next entry, kalau rajin kita up Bukit Tabur. 


Rindu suasana Berkelah. Rindu semua. Dah lah trip hiking Tok Nenek next week tak dapat join sebab busy . T.T.

Till there, happy reading xoxo