Assalamualaikum,
Bertemu kembali kita ke ruangan Fatin Syahirah melihat hutan. Lewls.
So yeah, jangan jemu kawan-kawan.
This time,kita panjat Bukit Kutu pulak. Walaupun namanya Bukit, tapi jangan tertipu. Sebenarnya level dia gunung. Terletak di Kuala Kubu Baru dengan ketinggian 3456 kaki atau 1090 meter dari aras laut.
Last minute, Dayah ajak. So on. Katanya trip gegadis. Tapi bila dapat nasihat dari yang pakar, plus aku tak sedap hati dengan semua perempuan, dan in case kalau apa-apa jadi, terus memasing menggelabah cari kawan-kawan lelaki yang boleh guide dan ada function. Jumaat 9 malam, pick up kereta sewa dan keluar dari kawasan kolej, pukul 6 petang dah menggelabah call sana sini.
Call Naqib, dia ada exam esok, Aiman dekat Jepun, last-last call Syafiq geng Berkelah hari tu. Eventho tak sempat kenal sangat dengan Syafiq, tapi sebab selalu je komen dekat ig tu, kira boleh lah. Phew, nasib Syafiq on. Sepanjang trip ni, walaupun daypack, macam-macam benda jadi. Ya Tuhan. Hahaha.
Dengan kereta yang lampu signal rosak, emergency signal rosak, kau bayangkan. Nasib exit Elmina,Rawang semua tu takde kereta langsung. Janji dengan Syafiq, pukul 4 nak jumpa dekat tol Rawang, last2 jumpa dekat Masjid KKB.
I love the ukhwah between outdoorians. Eventho we did not even know each other, but they treat us like we were part of them. Masyaa Allah, banyaknyaa manusia baik. Sebagai contoh, lepas subuh, masa tengah busy kemas beg dekat bonet, ada sorang brader ni lalu, sambil tu dia tanya dari mana semua, dan dia igtkan kiteorang semua perempuan, kalau tak dia nak suruh follow diorang je.
Start hike around 7. Line up kali ni, Syafiq, Syazwan, yours truly, Ada, Qurra, Dayah, Una, Aten, Ikmal, Ejad, Farah. 2 hari sebelum, sempat lah jog dulu untuk build up stamina, patutnya seminggu. Tapi plan last minute. Syafiq, lead since dia dah 4 kali pnajat Kutu. 10 minit pertama je landai, lepastu mencanak 90 darjah. Masa ni lah squat yang buat dekat toilet, selama 5 minit setiap hari function. Pewai jugak lah dengan trek dia mencanak 90 darjah. Phew.
Farah, give up suku perjalanan,Aten , Ikmal, turut sama turun temankan Farah. Yang lain teruskan misi untuk ke puncak. Aku bayangkan milo ais sebagai penguat semangat untuk survive. Sesambil borak dengan Syazwan jadi takde lah rasa macam mental sangat. Setiap kali tanya Syafiq lama lagi ke nak sampai, jawapan dia lagi 5 minit. Hmpph sampai lah 4 jam kau dapat jawapan yang sama. Jadi jangan tanya. Oh yea, naik je 4 jam. Dpat kurang, kalau kau jenis laju dan line up kau fit.
base camp * sumber dari gugel*
puncak * sumber dari gugel*
Kalau korang tau jalan, korang akan jumpa rumah tinggalan lama. Kiteorang tak jumpa sebab Syafiq kata dia tak tau kat mana * sumber dari gugel*
Nak naik ke atas, korang kena panjat tangga yang tinggi. Since aku ada masalah gayat tinggi sikit, maka aku orang terakhir yang panjat. Itu pun setelah beberapa kali berkira- kira -.-. Merangkak, meniarap semua aku buat. pfft
Panjang jodoh. Terjumpa ex currator tweet outdoor. Weee, selama ni contact through twitter je. Abaikan muka sememeh dengan peluh.
Turun ke bawah laju sikit sebab lari. Dah dapat rentak, dan bayangkan milo ais sejuk menanti di bawah. Itu yang laju semacam. Hahaha
Yang lelaki mandi dekat Lata, tapi kiteorang start enjin terus mandi di masjid. Kosser lah sebab takde tempat proper untuk salin baju.T.T. Aku perati je air terjun yang memanggil tu. Sobs. Lepas Asar, lepak mamak, buat macam kedai sendiri, sampai kena halau. hahaha. yang penting dapat milo ais.
.Tips
- Make sure sebelum hike memana bukit atau gunung, jog lah dulu. Untuk stamina. Buat squat, trust me, banyak membantu sebab memanjat nanti banyak guna pinggang dan ke bawah.
- Air jangan lupa bawak. Bawa sekali air manis, coklat dan lunch pack korang untuk makan dekat atas. Aku prefer gatorade daripada 100 plus. Ikut korang
- Kalau penat take 5 tapi jangan lama sangat. Kalau style aku, aku tak suka berhenti lama bila penat, nanti terus malas.
- Ikut pace korang jangan ikut kawan. Ikut takat mana yang korang daya
Till then, happy reading !xoxo