Assalamualaikum,
Hey folks, finally after few months, I'm back babe.Hurray !
Tukar lagi template. Last-last, back to basic. Plain and simple.Senang dan tak serabut.Luls.
Final sem dah habis, harapnya semua paper pass dan terus proceed internship. insyaaAllah,Mak nebes.
Entry kali ni kita up pasal trip Nuang haritu. Actually trip Nuang ni memang dari part berapa dalam plan. Si Qurra , Ada asyiklah berzikir ajak naik Nuang. Tapi sebab part 6 ni kiteorang terpisah kelas dan busy dia berganda-ganda , memang tak nampak bayang Nuang mahupun any hiking trip untuk last sem ni. Memang dah redha.Siap pesan dekat diri,sudah-sudahlah tu.Bawak berehat,kahkah.
Nak dijadikan cerita, weeks before study week,Ada kata ODAC open trip Nuang. Dan jawatankuasa dia bebudak ni.Maka haruslah put my name at the first place walaupun tak mendaftar pun jadi ahli. Lagi haru bebudak ni pegang biro makanan. Ha mereput lah engko fikir apa makanan nak bawa untuk makan dalam hutan. Malam sebelum hari bertolak, pergi teman bebudak ni beli makanan. Hoi tak best betul pegang biro makanan. Aku pulak yang macam biro makanan risau makanan tak cukup.Roti, sardin, meggi, beras, milo. Banyak betul makanan, padahal 2 hari satu malam je pun. Tapi yang best,kiteorang seludup telur untuk group sendiri,Kahkah
Nuang antara gunung yang famous dan mencabar disamping gunung yang tertinggi di Selangor. Ada dua trek via Pangsun dan Janda Baik. Kiteorang haritu naik dari Pangsun. Dan dengar kata via Janda Baik lagi senang compare tu Pangsun. Dia ada 3 checkpoint sebelum ke peak. Tapi nak ke LOLO tu pun nak putus nafas. idea siapa entah wajibkan setiap orang wajib bawak 5 botol kecil. Tak cukup nafas nak pikul haversack yang berat nak mampos. Trip ni gabungan dua kampus which are Pundana dan Palam.Rata-rata bebudak Pundana yang mendominasi.Hiks(Pundana-baca:Puncak Perdana)
So, Sabtu around 5, pakcik bas pick up bebudak Palam dulu, then baru amik kiteorang. Stop manghrib dekat petronas nearby, Then around 9 sampai di Hutan Lipur Gunung Nuang. Agihkan makanan kepada semua group. Start jalan around 2 km untuk ke campsite. Pacak khemah, mandi,solat,tido. Tak bergaul betul terus tido.Kroihh. Orang lain siap open table supper. Kahkahkah.
Around 3 pagi,start trecking ke Lolo. We took almost 4 hours untuk ke Lolo sebab cuaca tak mengizinkan. Trekking pagi-pagi dengan hujan nya lagi, jalan licin, dan mostly line up semua newbie. Luckily, trip kali ni geng OT sado join, so secure lah sikit,Kahkah,Geng-geng OT,back up Qurra yang injured dekat belakang, while aku,Dayah,Ada pecut ke depan, sebab kiteorang tau Qurra in a good hand yang jaga dia, maka mohler kita pecut. Tapi trip Nuang ni la paling lepak gila, tak training yang bebetul.Setakat jogging satu hari.Gila betul.Jadual kelas yang pack lah punya pasal,plus last minute punya announcement pasal trip.
Lepas je solat, memasing keluarkan perkakas untuk memasak. Kiteorang join geng OT. Sebab port dia macam nice, siap pacak khemah. Well, boys always be boys. Memang muka-muka ni la yang servekan breakfast,Tau order je.Pftt. Maka berlakulah conversation seperti:
"Ten,buat milo lelebih sikit"
" Qurra, air ni dah masak belum"
"Macam best je makan kaya dengan roti, apekata tolong sapukan"
dan beberapa conversation lain yang berkaitan makanan. Memandangkan dorang pun sesama part 6 dan banyak tolong kiteorang all the way nak ke Lolo, jadi memang ikhlas nak serve sarapan tanpa rasa geram.Kahkah. Plan asal nak hike sambung ke Pacat, tapi sebab hujan pun still tak berapa nak reda, plus sampai ke Lolo pun dah lambat,so kita chill breakfast sambil main air.
Aktiviti memanaskan badan.Sejuk woi
Jangan biarkan Omar tidur dengan tenang
line up Trip Nuang
tukang buat breakfast
Masa main air ni ada satu benda jadi,Kahkah. Takdelah eager sangat nak mandi ke apa sebab air dia pun keruh. So nak dijadikan cerita,masa basuh pinggan, rasa macam nak celup kaki. Buka stokin segala bagai, then cari port best.Sedang elok celup kaki, terasa hujung kaki di macam ada something. Ingatkan ranting kayu ke apa.So celup lah lagi. Ha engko, elok biawak yang menggigit hujung kaki. pfttttt. Nasib baik jeritan Fatin Syahirah waktu tu masih lagi terkawal.T.T. Orang lain berlumba-lumba kena cium dengan pacat, aku kena gigit dengan biawak.Kahkah.
kawan-kawan baru
geng part 6. Nubis kubis ft OT sado,kahkah
last trip with these bunch of people
Engko bayangkan 6 jam pikul beban besar ni naik turun,Ini pun baju semua dah transfer dalam kereta, Hanyalah makanan dan air mineral.
Trip kali ni sentimental sikit,sebab last trip dengan geng hiking saya.Lepasni memasing dah berterabur balik hometown untuk internship.Entah bila lagi nak hike sesama. And then, timing trip Nuang ni memang nice sangat, di saat tengah serabut dengan kerja yang tak pernah habis, dapat lari masuk hutan, hirup oksigen, bau pokok.Gittew, yang paling best ukhwah sesama part 6 lagi rapat. Padahal sebelum ni pernah je sekelas dengan Omar,Wawan, Ot and the geng. Tapi tak sangka, trip ni kite lagi rapat, tolong each other, boleh lepak sekali.
Around 9 start turun. Memasing dah berterabur ada depan, ada belakang, banyaklah bertembung dengan hikers yang nak leisure yang baru start nak hike. Around 11 something sampai ke campsite.Cuaca cantik, itu yang laju. Sampai bawah awal-awal dah cakap,tak nak makan.nak mandi,nak tido sementara tunggu bas pick up pukul 3.Sebenarnya malas nak masak. Beras , sardin semua dah selamat disedekahkan dekat geng OT.Hahah. Elok je habis mandi, geng OT panggil makan. Kata dia vice versa, sebab kiteorang masak breakfast dorang masakkan lunch. Apelagi, bercahaya muka masing-masing. Siap demand pulak tu kan best sardin ni ada bawang besar banyak-banyak, Kecik besar je Wawan pandang aku masa tu.Kahkah.Sampai je kolej, Dayah ajak pergi basuh dobi, Siap dryer lagi. Kalau ada mesin lipat baju sekali kan bagus.Esoknya tu mereput kelas 8-5.Trip Nuang ni memang kena repeat sebab tak capai misi nak ke puncak.
p/s-gambar tak berapa clear sebab ambil je dari orang plus, hari hujan, what u expect ;p
Lastly, terimalah muka calon menantu mak awak yang sememeh ni
"if i showed you my flaws,would you still love me the same?"