Assalamualaikum, sebelum dia basi, mari kita up. Padahal hutang entry Broga. Abang kita dah kahwin ,30/4/2016 yang lepas. Alhamdulillah. Nikah Sabtu pagi, tapi lepas jumaat dah gerak sebab majlis di Kota Tinggi. Jauh nau abang cari jodoh. Selalu orang hantar pengantin 2-3 biji kereta je, tapi abang ni kesayangan semorang plus mak ayah adik beradik ramai, ha kau konvoi 10 kereta, abang punya pasal.
On the way ke Kota Tinggi, jalan tak berapa nak smooth. Hujan lepas plus accident teruk, melambatkan pergerakan kami.
Menunggu konvoi yang lain
Pengantin
Mak kalau bergambar memang tak reti nak senyum T.T
Selamat dah dengan sekali lafaz. Kata ayah, jangan buat malu ayah, ayah dulu pun sekali lafaz. haha
Selamat dah abang kita jadi suami orang.Finally, he met his soulmate after being dumped few times. Perhaps abang and Kak Ima, live happily ever after. Cecepat make beautiful baby sebab ayah dah mula berangan main dengan cucu ;p. To Kak Ima, welcome to our small family. You are lucky enough dapat mak and ayah as parents in law, sebab dorang best. Insya Allah takde tragedi mertua dera menantu. Jaga abang bebaik, sebab abang sangat lah baik sebab tu semorang sayang ;').Aku selalu tanya mak, macam manalah future mertua aku, sebab kak ima bertuah dpt emak as mother in law. Next week majlis sebelah lelaki. Semoga dipermudahkan.
Till there, happy reading !xoxo