Monday, January 30, 2017

Perak Trip

Salam,

Bersiaran kembali dalam entry #KakPatenjalan. Trip kali ini ke Perak. Apply cuti empat hari terus, sebab konon nak rest lepas dua minggu kerja sampai lembik untuk Book Fair. Actually, trip Perak ni hanyalah back up plan sahaja. Sepatutnya empat hari cuti ni, aku nak hike Nuang. Tapi ada hal yang tak dapat dielakkan, terus suruh Cikon booked tarikh ni untuk pegi holiday. Kalau tak dia asyik berzikir dekat whatsapp bila nak buat next trip,sebab stress dengan workload kerja.

4 hari sebelum, confirmkan nak ke mana, terus booked peninapan, tiket dan sebagainya. Perak was our last choice actually. Our first choice is Langkawi. Tapi sebab cuti yang sekejap,terus Perak naik first place. Pulak tu, nak masuk Pulau walhal semua tempat masa tu hari-hari hujan. Nekad masuk jugak Pangkor, baru ke Ipoh. Campur ni dah kali ke empat dalam hidup aku masuk Pangkor. Brrr. Layankan aje permintaan nak fengfeeling tourist duduk pulau, tengok ombak.


Macam biasa, meet up dekat TBS. Sesambil tu, sempat whatsapp Adah & Syamer ajak lepak TBS sekali, memandangkan aku ,Cikon dan Ali turun TBS.




Wah, lebar senyum Kak Paten nak pergi jalan



From left Adah, Ali, Syamer, Yours Truly, Cikon. Budak dua tu baru balik kerja. Adah, classmate degree kiteorang bertiga, Syamer housemate aku dan Cikon. Tapi apedehal, style aku, kawan aku, kawan korang. Rasanya paling bising masa tu meja kiterang. Sampai TBS pukul 8, tiket bas ke Lumut, 10.30. Sempat lah catch up cerita dengan semorang.


Bermula perjalan kami bertiga. Sampai Stesen Bas Lumut around 2.30 pagi, terus lepak mamak sampai Subuh. Konon nak tidur kejap dekat masjid, tapi berkunci. Terpaksa tahan mata sampai Tok Siak bukak mangga masjid. Lepas subuh memasing collapse qada tidur dalam surau.

Day 1. (Sabtu)

8.30 pagi terus gerak ke jeti. Beli tiket, beli sekali pakej pulau. Tiket feri jangan buang, sebab balik tak yah bayar.

Dalam feri

Oh ya, kiteorang stay Teluk Nipah, so turun perhentian yang kedua. Duduk Budget Chalet. Bilik besar gila. Tersampai awal pulak around 11, boleh check in pukul 2, terus berdesup cari breakfast.


 Kali ni aku in charge duit makan. 300 je untuk makan, of course lah aku yang paling gembira. Sebab boleh hasut dorang untuk makan apa yang aku nak makan. Hahaha. Konsep trip kali ni light,easy and free. Tak payah stress, nak makan apa, makan je la. Nak pergi mana, pergi je lah






Sementara tunggu check in. Mereput memasing dengan handphone. Lepas check in, qada' tidur sampai asar. Bilik selesa. Satu single bed, 1 master bed. Chalet ni kira kepala, takdenya nak satu katil tidur bertiga. Nak letak beg pun luas, nak solat pun luas. Air cond ada, kipas syiling pun laju, bilik air pun bersih, baru lah bermakna sebuah percutian.

Lepas asar, terus sesiap salin baju untuk mandi. Lama ngidam nak mandi pantai. Isi perut sesiap. Harga dekat sini boleh tahan macam harga bandar. Biasalah kawasan tarikan pelancong.







Lepas puas makan, mandi, dan minum petang, terus pergi join bagi Enggang makan. Dekat sini banyak Enggang, pastu bijak gila.

Terus balik bilik, mandi, jama' sesiap, keluar cari dinner. Melambak kedai yang jual seafood. Ikutlah bajet korang. Tapi bagi aku, harga je mahal, sedap lagi tomyam yang emak buat. Fengfeeling makan tepi pantai, sambil dengar deruan ombak. Tapi yang spoil sotong goreng tepung sampai lepas kiteorang habis makan. Itu pun lepas tiga kali tanya. Lagi spoil masin nak harem. Semua bertolak nak habiskan, last-last aku paksa semorang telan.

Lepas makan, tengok pelancong lalu lalang. Penuh sebab weekend.Pastu balik bilik terus pengsan.


Day 2. (Ahad)

Plan hari kedua adalah island hopping, water sports dan snorkeling. Tapi malang tak berbau. Malamnya tu, hujan turun dalam sejam camtu, makanya air pasang. Takde lah snorkeling sebab ikan lari dah. Sudahnya lepak dekat pitstop island hopping lama gila. Kiteorang amik pakej speedboat yang tak de bumbung untuk 3 orang, RM 60 perboat. Dia bawa tengok pulau-pulau, pastu dia tinggalkan dekat satu pulau yang boleh mandi.Duduk lah 3 jam mereput telan air masin. Too bad, none of us tak bawak phone atau camera. Malas nak ambik risiko masuk air atau hilang.

Balik island hopping , mandi laut jap, terus balik bilik. Takde mood dah nak main water sport sebab  Ahad,pelancong dah ramai bersiap nak balik. Nak sewa motor round pulau, tapi motor kena sewa sehari. Sudahnya sambung mereput dalam bilik. Lepas Asar terus cari lunch dan lepak tunggu sunset.






Malamnya pulak, dinner char kueh teow sambil ditemani deruan ombak, balik bilik packing, terus tidur.

Day 3 (Isnin)

Around 8 dah check out, sebab nak terus shoot ke Ipoh. Oh ya, kat sini major transportation dia teksi pink which is van yang berwarna pink.  Driver dia drive fuh macam orang dalam race. Sampai jeti Lumut dalam 10, terus memasing pergi memborong ikan bilis. Aku beli sate cucuk tu je la. Abang baru borong ikan bilis Pangkor  yang dia kirim dengan kawan last month. Satu yang best jalan weekday ni tak payah bersesak dengan orang.

Langkah kanan, dapat terus bas ke Ipoh. Kiteorang turun Terminal Aman Jaya. Wow,besar gila. Mintak pakcik teksi hantarkan ke alamat Nasraq kereta sewa. Dia ketuk 30 ringgit padahal bukan jauh mana. Sebab bukan orang situ, pejamkan mata bayar. Bising budak perempuan yang kerja dengan Nasraq kereta sewa tu bila kiteorang bagitau pakcik teksi ketuk 30 ringgit.

Ambik Axia, untuk food hunting Ipoh. 

 Nasi ganja/ vanggey seperti yang di suggestkan di gugel. Kalau nak take away memang beratur. Tapi sebab kiteorang nak makan sini, Alhamdulillah nasib dapat meja. Yang uniknya, makanan di jual oleh India Muslim, yang jual air orang Cina. Yang datang makan, berbilang bangsa.


 That guy yang viral sebab jual cendol. Memang lah viral sebab muda, ada rupa dan sado. Cuba orang tua yang jual, heran pun tidak.

Next station, Plan B. Sebab tak pernah tau ais kepal tu rasanya cemana. Kesian. Ke sini semata ais kepala. I would say this place is for those hipster people to take a photo. 




Rasa macam ais krim Malaysia, Tapi dikepal dan kena makan direct macam tu without sudu.



Terus shoot ke Taman Botani, sebab nak rasa the famous Laksa Sarang. Emmm sedap, asal nama dia laksa memang sedap. Telurnya digoreng dengan minyak. Macam telur dadar, tapi rasanya gumpalan telur putih sebab tu lah sarang. Eh taktau lah cane nak explain.

 Terus shoot ke Nasraq Kereta Sewa minta dia hantar ke KTM Ipoh. Rushing sebab tiket ETS pukul 4. Cantik betul KTM Ipoh. Bangunan zaman dulu. All the way ke KL Sentral, ape lagi, memasing membuta lah cerita dia. Sampai around 6.30 terus jamak takhir. Farewell sesiap dengan Ali, sebab dia terus balik Bentung. Lepas Jamak Maghrib Isya' terus berpisah dengan Cikon. Dia balik Klang, aku terus amik KLIA Express balik TBS. Sampai je sana, terus dapat tiket balik Melaka.

Total hangus RM 260 per person, dan cuaca memang cantik gila.

Trip seterusnya, ke mana ke kita?



Till there, happy reading !