Salam,
How was your Eid?Mine Alhamdulillah,masih lagi meriah. Hampir setiap minggu beraya selagi Syawal tak habis.
First Syawal
Macam rutin setiap tahun.Selagi bujang,selagi tu rutin masih sama selama 24 tahun. This year, we decided to wear pink.Muehehe. Adik muka dah masam bila aku keluarkan kata veto wajib pakai pink.Sebenarnya tak decide nak beli baju raya,sebab nak repeat baju convo je.Lagipun, masa beli baju konvo,belikan sekali untuk emak,dan ayah ada sepasang baju melayu pink yang dia dapat masa perbarisan Maulidur Rasul,itulah sebabnya adik redha. Cari baju tak serentak,ha tengok baju semua warna lari. Haaa gasak.
Pagi raya sebelah ayah, petang baru balik ke sebelah emak. Abang tak de masa ni,dia dah pergi beraya dulu.Kesian,baju raya pun tak sempat beli,sebab pagi raya masih lagi bekerja,dan isteri beraya di rumah mertua.
Side emak. Cousin sebaya,bakal cikgu ni.
Cuma lainnya tahun ni,raya pertama tidur di rumah,sebab esok tu nak balik kampung lagi.
Third Syawal
Beraya rumah Gigs macam biasa. Rumah Maya, Lily, Izzairin, Pikah,Gary,penutup rumah Dila, iaitu pada pukul 11.00 malam, dan masih gigih makan mee hoon sup yang dihidangkan.
4 Syawal rasanya
Cadangnya beraya dekat Kota Tinggi sebab nak melawat besan emak, tapi tak tau kenapa cancel,terus ubah plan sambung raya dekat Seremban. Beraya rumah abang, pak anjang & Ain. Alang dah dekat Seremban, singgah terus rumah Ain sebab nak collect gambar convo,nasib gambar cantik.
Syawal yang ke berapa daaa
Hari yang tak beraya sambung puasa enam dan ganti, so lepas ni tengok orang kalut ganti, aku dah boleh rileks.
Tuan rumah busy sangat, jadi kita buat seperti rumah sendiri.
By time sampai rumah Mira ni sumpah lapar gila sebab dua rumah sebelum tu kemain jual mahal kata kenyang. Datang pulak pakai terjah,ha makan lah apa yang ada. Mira hidang soto,setel licin. Hidang buah, nugget, roti sapu planta pun licin. Lagi kesian balang kuih raya pun licin. Teruk perangai. HAHAHA
Yang ni beraya dalam panggung. Marathon dua cite. Kena paksa tengok spiderman kali kedua sebab Maya,Diela tak tengok lagi.Sudahnya masa spiderman, aku bantai tidur memandangkan dah melangkau waktu tidur aku.
Pertengahan Syawal
Raya ke rumah Kudut.Kudut panggil datang rumah.Katanya dia masak Nasi Kerabu.Sayang Kudut.Semoga murah rezeki. Sebenarnya masa kudut beraya dekat rumah, borak pasal nasi kerabu, lepas tu terus dia buatkan. 2 kali kakak tambah tanpa segan silu.
Kudut siap bekalkan untuk semorang sorang satu.
Lepas rumah Kudut,terus ke rumah Pini. Tak plan pun sebab ingat nak ambik barang kejap,sekali Pini kata, emak dia buat laksam.Haaa langkah kanan.Seharian dapat makan lauk yang rare.
Lepas maghrib terus ke rumah Safatin.Ni geng masa form 1 dulu. Selalu gak la dia kena buli dengan kiteorang sebab dia banyak makanan.Hhahaaha.Sorry Sapatin,dulu jahat sikit suka pau makanan.Tahun depan tu dia dah tak duduk asrama lagi dah.Bertahun jumpa,perangai tetap lah masih sama.
Sapatin
Terus ke rumah Maya, sebab nak mandi swimming pool.Hhaha.Itulah sebab Pini singgah rumah,sebab nak collect baju tukar. Orang homestay bagi segala binatang bbq,dengan nasi kerabu kudut lagi,makan lah reramai tepi swimming pool.
Minggu terakhir syawal
Beraya rumah Nabila. Kata emak Nabila,aku setiap tahun meriah.Malu kakak.Nasib anak makcik semua dah kahwin ;p
So, itulah Syawal saya. Alhamdulillah di atas segala nikmat dan limpah rezeki. Jemputan makanan tak putus-putus. I appreacite moments with my family and friends. Selagi masih belum ada kahwin, insyaa Allah akan ku ziarah kawan-kawan.
Till there, Happy reading !