Showing posts sorted by relevance for query penang. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query penang. Sort by date Show all posts

Thursday, March 26, 2020

Penang 2.0

Salam,

#Edisipatenjalan-jalan

Such a good start for 2020, sambut New Year dekat Penang. Teringat trip Penang 1.0 dulu. Tapi kali ni memang last minit betul. 2 hari sebelum gerak baru book bilik. Sepatutnya trip ni, siblings trip. Aku plan nak pergi dengan adik-adik aku. Adik last minit tak jadi pergi, Amin masih nak teruskan, aku import Dila.Maya muak dah dengan Penang .Lol. Cumanya kali ni tak pergi Escape, sebabnya harga tiket mahal betul compare dengan aku pergi dulu. Maybe waktu aku pergi ni cuti sekolah. Kali ni kita chill,jalan-jalan, makan.

Day 1

Gerak dari Melaka , 7.30 pagi, bas Kejora. ETA sampai terminal jeti dalam 5.00 petang. 


Masa ni semua kemain senyum. Yela belum nak tau lagi benda tak best nak jadi dekat Penang nanti. Amin lagi la senyum, sebab first time naik bas keluar Melaka. Kesian.Lama tak naik bas,impress betul dengan Melaka Sentral sekarang. Canggih dah. Family Mart pun dah ada.

Muntri Guess House

Sampai Penang, aduh bag Dila hilang. Ada passenger lain terambil/tertukar. Nasib barang penting semua dalam handcarry punya beg dan lagi nasib baik aku bawak extra baju dan tudung. This time kitorang stay Muntri Guess House. Harga pernight tak ingat, sila google. Tak mahal pun, cumanya toilet dekat luar la. Sape suruh book last minit 😛.



Oklah. Selesa untuk tidur 2 malam. Ada aircond, kipas.Ala-ala rumah antik gitu.


Jangan sesedih, nanti kita pergi cari baju


First time naik bas, keluar Melaka
Restoran Kapitan

Around 6, keluar untuk cari makan. Masa Penang 1.0 tak sempat try Restoran Kapitan tu, kali ni tak kan taknak pergi yedakkk,maka kita try la best selling makanan dia. Share reramai.

Chicken Millani & Tandoori Briyani

Bagi aku, boleh lah. Tak tau nak describe cane

Penang Avatar Secret Garden

Lepas maghrib, ambik grab pergi Avatar tu. Dulu takde, sekarang meriah dah Penang. Bayar rm2 sekali masuk kalau tak silap. Ramah uncle grab tu. Banyak port makan local punya tastebud aku dapat korek. Masalahnya tak sempat pergi pun 😝





Basically, temple yang dihiasi dengan lampu. Kalau pergi pagi, takda apa pun.Dalam sejam dekat sini, terus keluar. Sempat pi Tesco, Dila nak cari baju tidur dan sewaktu dengannya. Balik ingatkan nak supper, tapi most mamak dah tak banyak option yang tinggal. Makanya balik mandi tidur.

Day 2

Bukit Bendera, The Habitat

Seawal 6.45 pagi dah keluar. Keluar awal boleh jimat masa untuk pergi tempat lain. Sempat lah singgah 7e breakfast maggi cup dulu. Sampai Bukit Bendera around 8.00 pagi. Tujuan utama nak pergi sini, selain bawak budak-budak ni naik train, nak pergi The Habitat. Another new attraction in Bukit Bendera.









The Habitat

The habitat ni atas Bukit Bendera. Ada signage yang akan bawak korang ke sini. Tiket make sure beli online, murah sikit. Harga worth dengan scenary. Aku tak cakap murah, tapi better beli online. Boleh tengok details dekat sini. Oh lagi satu, make sure pakai sport shoes/ flat shoes ,kalau tak menangis la seret kaki.



 Ada package outdoor






 Ini lah yang paling meracun nak pergi sini. Tak payah pergi jejauh, Malaysia pun ada view cantik macam ni













Kitorang spend almost 3 hours kat sini. Such a breathtaking view and scenary. Make sure pergi awal, kalau tak naik bridge tu panas dengan matahari mencanak atas kepala.

Nasi Kandar Hameediah

Based apa yang uncle grab tu suggest, Nasi Kandar Hameediah ni antara yang sedap. Dia siap suggest apa yang patut order. Tapi kitorang order yang basic jaa. Asalkan kenyang. Sejak YDPA makan sini, tudiaa dia punya ramai seramai manusia




 Tengok dia buat murtabak, banyak gila telur dia letak. Sedap
Lepas makan, pi shopping jeruk dan oleh2, terus balik bilik solat, baring.

Chew Jetty

Around 6 petang, gerak pi Chew Jetty nak tengok sunset. Memang petang nak free and easy and nak balik awal. Setakat cendol,Melaka pun banyak.






Gurney Plaza Food Court

Lepas maghrib, ambik grab pergi Plaza Gurney. Kedai banyak tutup. Tak semeriah yang aku pergi dulu, and I would say the food is not worth with the price. Tak ramai tapi lambat. Lepas makan terus  balik. Area guest house kitorang, port backpackers. Malam tu pulak ada pesta new year dekat lorong depan. Malas nak keluar lama-lama, takut. Hahaha. Balik bilik, terus pack barang. 

Day 3

Roti Canai Transfer Road

6.45 pagi dah keluar nak pi breakfast. Nanti senang, balik bilik terus check out. Bas kitorang 12.30 pm. So, memang malas nak rushing.












Roti Canai Transfer Road ni, aku boleh cakap eat at your own risk. Kalau kau gugel, banyak cerita akan keluar,even banyak kali dah masuk news. 

Around 10 pagi, ambik bag terus check out. Book grab ke terminal. Sampai Terminal sempat shopping make up sebab Guardian 50 % disc. Lol


Line up Trip Redah


 Selagi kakak engko ni belum kahwin, selagi tu kita akan merayap. Too many more backpack trip together 


Oh ya, Dila balik dengan bag ni. Nasib Tesco bagi bag




Thank you photographer untuk setiap gambar yang diambil

Lagi satu,trip penang kali ni free and easy. Grab ambik kalau tempat tu jauh dan nak cepat,bas pulak kalau banyak masa nak menunggu dan nak jimat selebihnya banyak jalan kaki.

Next time aku nak datang Penang untuk main Escape the whole day

Till there, happy reading !

Sunday, August 14, 2016

Penang: Trip redah


Salam
 Mehehehe.Selamat Hari Raya semua walaupun dah  habis dah pun raya.Entry raya tangguh dulu lamsam semua terus.Kita up entry Penang.Its gonna be a long entry.

Sebenarnya Penang ni memang dah lama aim. Selain makanan yang best perlu dirasai, Escape Park is one of the reason too. Maka tersebutlah kisah, since belajar pun dah habis, yeay I'm offically jobless right now, so nak celebrate susah payah habiskan degree dan menempuhi beberapa perkara lain, I choose to travel rather than hiking. Kali ni nak tukar angin. So a week before VIVA, bising dekat semorang jom gi Penang, and luckily ada orang yang willing nak pergi sama  iaitu Cikon &aAliah walau pun masa tu macam pikir ni sembang je kot. Pastu busy setelkan VIVA yang Ya Tuhan dia punya azab nak setelkan report.

Lepas VIVA, Cikon kata dia memang nak pergi, dan Aliah pun on je. So setel, dedua manusia ni pun orang yang aku selesa. Cikon merangkap housemate,groupmate dan classmate, aliah merangkap classmate. Dedua ni geng yang asal habis kelas je bising "jom gi makan", termasuklah aku. Orang lain lagi rela balik tidur, kiteorang asal ada gap in between class je menonong turun cafe. Ada sekali tu Sir Zaidi, bagi break 15 minit, semorang semua rebah tidur, pergi toilet, aku, aliah,cikon, dah pandang sesama kiteorang sambil senyum. Tak bersalah betul menonong turun cafe gigih makan untuk lunch walhal masatu baru pukul 10 pagi.

Sampai Melaka Sabtu petang, bahagikan task memasing, Isnin malam gerak.Walaupun masa singkat, we manage to complete the tasks. Cikon handle transport,ticket etc, Aliah handle penginapan dan aku handle tentatif, port makan best,ticket, and etc. Memang redah habis. So gerak Isnin malam, jumpa dekat TBS pukul 8 malam, memandang kan Aliah dari Bentong, Cikon Klang , aku dari Melaka. Makan dekat TBS, dan aku briefing aktiviti sepanjang 3 hari tu. 

Bila dah gather, Ali kata Penang sekarang tengah hujan petir,plus ada certain tempat dah banjir. Terus tak puas hati check lagi forecast. Terus mood lari kejap, sebab tengah hari pagi tu baru check, cuaca sangat okay. Cakap dengan semua, takpelah kita doa je lah Allah mudahkan urusan. So ticket Trans TBS - Georgetown pukul 12 malam. Nice lah tu boleh tidur sepanjang perjalanan, dan akan sampai ngam-ngam Subuh.Supposedly pergi nak naik ETS, tapi tiket paling lewat 8 lebih malam,so cancel, balik baru naik ETS.

Day 1
Transfer Road, Ramzan, Bukit Bendera, Batu Feringgi Night Market

Sampai Georgetown Terminal around 5.45 pagi, hujan sepanjang perjalanan. Kiteorang terus lari ke surau KTM, solat . breakfast dan rapikan muka yang tak serupa orang tu.
Alas perut dulu dengan apa yang ada

Plan asal breakfast dulu dekat Transfer Road,pastu naik bas Hop On Hop Off terus pergi Bukit Bendera. Petang sewa basikal cari Street Art dan food hunting. Tapi memandangkan hujan turun all the way tak nak berhenti,terus tukar plan. Breakfast dulu dekat Transfer Road.

Naik free shuttle / CAT Bas. Tunggu je dekat lane CAT Bus. Dia pusing satu town. Mostly tempat tarikan pelancong. Dengan hujan yang tak nak berhenti, dengan memasing sandang haversack dan backpack, dengan baju hujan takde, dalam lima belas minit gak ah berlari akhirnya jumpa pun.


Tak rasa nak makan roti canai ayam besar tu, so semua order ni. Oh ya, kiteorang dah asing sesiap duit makan dan duit travel (untuk segala ticket). Duit travel sorang RM 200, Cikon yang pegang, duit makan sorang RM 50 Aliah pegang. Senang buat macam ni, takde lah belanja tak tentu pasal. Kata trip backpack. Pastu memang saja suruh dorang pegang sebab iols malas nak handle duit. Mehehee.


Lepas makan, berlari cari mini mart sebab nak beli ponco/baju hujan. Yang kelakarnya,punyalah cuai seketul Fatin Syahirah, main ambik, terus bayar pastu confident tak tengok pun saiz. Dah bukak plastik baru perasan rupanya kids size. Lagi sedih tak boleh tukar, dah lah haversack besar, so tak boleh butang ;/.

Baju iols je yang ada gambar kartun. Ni lah 3 ketol power ranjers yang berkeliaran di Penang dengan baju hujan. Check in bilik pukul 2, hujan tak mau berhenti, decide jalan sampai jumpa Tourism Centre. Allah permudahkan urusan, dipertemukan dengan Pak Cik Othman. Mintak map dan tanya mana makan best. Hehehe. Pak Cik Othman bagi tinggalkan bag dekat situ, dan suruh kiteorang pergi makan dulu.






Seperti yang dicadangkan, Tadaaa. Briyani Ramzan. Kata Pak Cik Othman, Ramzan ni famous among local, even Datuk Bandar pun selalu bungkus. Kalau pergi sana, jangan lupa order Ayam Bawang dengan Briyani Kambing. Kiteorang order satu Briyani Ayam Bawang, satu Briyani Kambing. Makan bertiga.


Pergi ambil bag, terus cari Guest House Muntri, which located at Muntri Road. Memula nak singgah muzium terbalik tu, tapi ramai sangat orang beratur, terus decide pergi check in je terus. Oh ya, sepanjang kat sini tak masuk pun memana muzium sebab dekat Melaka pun ada. Nasib dapat check in awal around 1.30. Kiteorang amik satu bilik katil besar, tidur bertiga. Alhamdulillah selesa walaupun bilik kecik. Dah kata untuk tidur je. Solat jamak sesiap, charge phone, terus keluar. Memasing malas nak mandi.


Alhamdulillah, cuaca cantik. Kiteorang naik Rapid dekat Komtar, harga tiket tak ingat. Sampai Bukit Bendera around 3.30. Lepak sampai 6.00 pastu memasing bising lapar. Oh ya, bawak kalau ada student card sila bawa. Student price dapat RM 5.00. 



Ambil bas pergi Batu Ferenggi sebab nak tengok Night Market. Aku tak berapa suka sangat sebab peniaga dia main tarik2 promote spa dorang plus ramai gila Arabian kat situ. Ada sorang Arab ni boleh pulak pukul peniaga dekat situ dengan besi. Kecoh gak, terus kitorang bla terus cari makan. Nak makan Mady char kueh teow, tapi tutup pulak. So makan je la apa yang ada, beli tshirt nak pakai sesama, oleh-oleh sikit, pastu tunggu bas balik Georgetown.

Sampai bilik, mandi, solat , terus pengsan memasing.

Day 2
Escape Park, Pasembor Menari Gurney Drive, Hameed Soup


Pukul 7 dah keluar. Cuaca cantik. Breakfast dekat dekat Lebuh Leith where I used to call Lebuh Letih.Hahaha. Nampak group of girls pakai tracksuit dengan sport shoes break fast dekat situ. Confirm nak pergi Escape Park gak. Habis breakfast terus tunggu CAT Bus pergi bus station untuk amik bas pergi Teluk Bahang. Dalam perjalanan nak kejar CAT Bus tu, kiteorang kena sexual harassment. Dem, Aliah yang paling trauma sebab dia je yang nampak exactly apa bangla tu buat to us. Keadaan macam ni lah engkau memerlukan mahram or at least boys masa travel.

Tiket bas Rm 4.00 per head.Jangan buang, nanti sampai kaunter boleh redeem masuk dalam locker topap, so total locker topap kitorang RM32 sebab dah topup sesiap RM 20 masa beli ticket online, plus 3x Rm 4.00 tiket. Tiket escape park better beli online, murah sikit, pastu print.



 Game first kiteorang Tube Racer kot nama dia. Best, masa tu takde orang. Nak pikul ke atas tu separuh nyawa. Pastu main yang panjat bangunan tu, sebab kaki pendek, aku give up. Hahah. pastu takut nak turun sebab gayat. Kata Ada "Atin ni hiking stamina okay, tapi gayat pemende". Hhaha. Gayat gila woi. Pastu main yang bergayut dekat tali macam tarzan tu. Dah sesiap pakai tali pinggang keselamatan tu, tapi tengok cikon menjerit terus turun bukak. Hahahaa. Terus kena kecam dengan bangla & pakcik yang jaga tu T.T.


Next game,yang paling tertunggu-tunggu. Flying fox. Kiteorang group first yang main. Seketul Fatin Syahirah menjerit macam pondan. Orang yang gayat je tau perasaan di macam mana. Dahlah takde orang jaga, T.T. tapi best, sebab track dia panjang dan lama.So, hilang sikit gayat tu,Aliah ajak main bungee jump 20 meter tu, Memandangkan Aliah birthday girl haritu, kuturutkan juaa permintaan dia,Jadi orang second last. Weeee turun dengan jayanya,tak sempat pun nak menjerit. HAHA.  Pastu Ali ajak main Flying Kites yang dekat atas tu. I was the one yang pull the rope, memang aku menjerit all the way the game, Hahaha. Tak ready tau2 dah swing je.

Sebab duit topap banyak gila, beli air botol besar terus. Solat jamak sesiap, ready terus nak main monkey business. Tapi hujan lah pulak. So decide main maze runner yang kena cari jalan keluar tu. Masuk sekali dengan anak foreigner ni. Dia dari German, umur dalam 6 tahun tapi tak paham English. Jenuh nak bagi arahan suruh ikut kiteorang, last2 Cikon tarik je tangan dia. Lepak tengok show akrobatik kejap pastu cadang nak bersiap balik. Tapi staff situ suruh tunggu join poco-poco. Yeay menang tempat kedua Poco-poco. Padahal dah tersebar meluas sesama dorang kes aku cabut lari sebab gayat tu. Hmmphh.



Mandi apa semua, terus tunggu bas. Kiteorang turun Gurney Drive untuk makan . Lapar terux. Order laksa, char kueh teow, pasembuq. Malangnya the famous pasemboq tu dah tak menari lagi. hahaaha.
Pasemboq tu share, gila kalau nak makan sorang. Laksa kurenggg.

 Tersandar kekenyangan. Around 7.30 malam tunggu bas balik georgetown. Balik bilik, solat sesiap, terus keluar cari supper. Nak rasa Hameed Soup punya pasal, walaupun perut dah nak meletup, ku gagahi jua.


Pergi cari aiskrim, balik, mandi, packing bag sesiap dan tidur.

Day 3
Street Art, Kota Cornwallis. Nasi Kandar Line Clear

So last day. Tiket ets pukul 3 so decide paling lambat pukul 12 dah check out. 7 .00 pagi breakfast dekat guess house. Terus keluar haunting Street Art. Borong oleh-oleh sikit untuk insan tersayang. Amik CAT Bus turun Kota Cornwallis. Nak masuk cam tak berbaloi, terus lepak esplanade nak rasa the famous mee sotong. Tapi malangnya pukul 11 baru ada. Tak tunggu pun sebab rushing, lepak pantai kejap, terus balik bilik.

11.30 terus check out. Terus singgah Jeruk Pak Ali. Shopping sikit, lunch terus dekat Nasi Kandar Line Clear, sesambil lepak makan ABC. Singgah Tourism Centre jumpa Pak Cik Othman.



 Met this person dalam bas. such an honor for me to be able meet this person face to face.Selama ni baca pasal dia dekat web. Kejar feri, terus jamak dekat surau KTM. Make up pun tak sempat sebab rushing gila.

Sampai KL Central pukul 7,terus masuk burger king untuk dinner. Farewell goodbye dengan Cikon sebab dia amik KTM balik Klang, while aku dengan Aliah balik TBS dengan KLIA Express, cepat sikit sampai. Solat Jamak sesiap, terus beli tiket balik Melaka. Farewell goodbye dengan aliah sebab dia balik bangi,terus turun bawah. Pukul 10 sampai Melaka.




Alhamdulillah, even plan last minute, tapi berjaya dengan jayanya. Thank you korang. Takde sentap ke apa, ketawa je sepanjang tiga haritu walaupun sikit lagi nak sakit jantung kena sergah dengan anjing, mangsa sexual harassment dan sebagainya. Orang Penang semua best. Helpful and nice gila. Kena repeat lagi sebab tak rasa lagi Milani Chicken, Mee sotong, tak main monkey business. Total expenses setiap orang Rm 250. Budget berjaya.
Ok next trip ke mana kah kita?


Till there, Happy reading !xxxx