Sunday, May 15, 2011

당신은 선생님 감사합니다[thank you teacher]

assalamualaikum gojes plus hensem,
2 hari kot keluar berturut-turut,tapi still barang still tak cukup-cukup lagi,*sigh*


btw esok 16 mei,,,di sini,aku nak mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu tadika,cikgu sekolah rendah,cikgu sekolah ugama,cikgu mengaji,pengawas peperiksaan,cikgu sekolah menengah,cikgu tuisyen,cikgu memandu,sesipa saja yang pernah menjadi guru kepada aku,walaupun sekejap serta bakal-bakal cikgu dan seluruh cikgu di dunia,


sepanjang aku sekolah,kelas yang paling best bagi aku kelas 5 gamma,sebab ape ek?entahlah,,,tak tau nak cite cemane,,nanti aku buat entry pasal 5 gamma,,tapi kat sini aku nak cite pasal cikgu 5 gamma


ustaz anuar-guru kelas+ ustaz yang paling cool,paling baik,sporting


  • bila time agama islam,sebelum ustad masuk kelas,muka kiteorang 6 orang yang selalu tak de dalam kelas,bukan ponteng,tapi keluar kelas pergi toilet,,on the way pergi toilet,memang sure akan bertembung dengan ustad,,pastu mula lah buat muka simpati,cakap urgent la,dah tak tahan la

  • selalu waktu ustad selalu amik kesempatan,curi-curi buat homwek,,padahal,duduk barisan paling depan,*sila rujuk tulisan purple dalam carta kelas
    nasib baik ustad cool,tapi kadang-kadang kesian pulak dengan ustad,dia mengajar,tapi aku buat homwek lain,mira selalu tido waktu ustad[lagi hawau]

  • kadang-kadang waktu ustad best tau,,masa yang sesuai skodeng orang tido,aku,mira,maya paling suke waktu ustad,,sebab selalu waktu ustad,antara manusia belakang aku selalu tertido,,especially diah,kadang-kadang,gary,teha pun sama tido jugak,sumpah kelakar tengok orang tido,tersengguk-sengguk,,pastu mira akan gelak bagai nak mati,,padahal tak sedar diri tu,selalu dia jugak yang selalu tido waktu ustad


cikgu abu k[abu kasim]-cikgu pizik yang best+plus dia kemas


  • aku tak berapa suka kelas pizik sebab port meja aku tak strategik

  • waktu pizik tak boleh tido sebab meja aku paling depan,,gila kau nak tido waktu cikgu abu k,,mampos kalau kantoi

  • dia ajar memang best,tapi aku tak suke pizik,,selalu je bila dia terangkan,aku berangan





cikgu laila-cikgu akaun yang paling best,sporting,sempoi,sengal,garang


  • dia ajar memang paham gila

  • homwek dia bagi memang banyak gila,,tapi kiteorang 6 orang ni memang bukan budak yang homwek tiptop,nak lagi subjek akaun,jangan harap lah nak buat

  • selalu pagi-pagi pergi sekolah awal,copy homwek budak cina

  • bila cikgu suruh pergi depan buat,&explain,mampus terkulat-kulat,,dapat jawab kira baik,tak dapat jawab,cikgu taulah kau copy homwek orang

  • lepas tu,mulut dia akan memetir sambil tangan laju je cubit,,sakit doe dia cubit







teacher magesh,-cikgu india yang paling lawa dekat sis,paling laser


  • yang ni lagi lah,,seram kalau kelas bi dia

  • selalu rasa nak terkencing,sejuk

  • homwek jangan cakap,hari-hari essay+pearl+.........

  • kalau homwek dia tak siap ,memang mampus la kau,saje cari pasal

  • satu kelas pernah rasa dia tampar[sakit woo]

  • baik dengan mira,kadang-kadang kiteorang yang lagi 5 ni tumpang semangkuk

cikgu ketom-cikgu bm yang paling best



  • aku suke nau pandang mata dia sebab warna coklat hazel

  • kulit die gebu gila

  • cantik

  • homwek dia memang tip top,&aku 6 orang,jarang buat hal kelas dia


cikgu jalil-cikgu chemist baru


  • suka gila cakap perkataan "bancau"tu trademark dia

  • paling cool ah mengajar,even aku buat muka bosan


cikgu roi-cikgu addmath


  • nampak macam garang,tapi dia ok

  • kalau rajin kadang-kadang aku suke buat homwek dia,kalau malas,aku copy orang je

  • paling pantang kalau orang tido dalam kelas dia

  • tapi kelas dia paling ngantuk


sir neo-cikgu mate yang paling terbaik doe


  • paham nak maty

  • dia suka bahan orang,kalau kau yang kena bahan,malu sampai tak nak pergi sekolah

  • pernah satu hari tu kiteorang buat kes ngan dia,,waktu sivik,selalu muke 6 orang ni yang rehat awal,yang selalu sampai kantin dulu,tengah syok-syok makan waktu menengah rendah,relax je dia lalu depan meja kiteorang,,aku mampu tersenyum je lah,,dah kantoi rehat awal,,then dia pergi meja depan,kawan aku satu group pun relax je makan,,siap pelawa dia makan sekali,,"hello,dah lah kantoi rehat awal,sempat nak pelawa makan,saja cari pasal"bagus sangat la tu,yang pelawa tu pulak asistant moniter

  • bila dia toleh belakang,ha rilex je budak-budak lelaki lepak minum air,,monitor pun ade pula tu

  • esok,waktu kelas dia,memang teruk kena bahan,isu rehat awal


sir tamil-cikgu sejarah


  • cool,tak suke bagi homwek,,nak buat homwek lain pun tak pe asalkan paham,and skor subjek sejarah


nak story,memang takkan habis,so sampai sini je ek,,k bai








No comments: