Friday, August 26, 2011

#13

assalamualaikum gojes plus hensem?

lama kan tak hupdate?busy,malas.aku tak nak cerita atau wish pasal raya sekarang ni,tapi yang aku nak cerita adalah uitm vs air.

situasinya begini:
around 7 malam kalau tak silap,on the way menuju ke sl004 untuk majlis berbuka bersama madam johara,tiba-tiba ada announcement menyuruh pelajar berjimat cermat menggunakan air,kerana kebarangkalian masalah gangguan air akan berlaku.

lepas berbuka,balik kolej intan untuk mengerjakan solat maghrib,,masuk toilet tengok still ada air lagi,tapi takde sorang pun dalam wing aku yang dah tadah air.then,ayu pesan,suruh aku tadah air,takut-takut nanti takde air,,balik tarawih tengok toilet wing still ada air,tapi toilet wing bawah dah takde air

selasa:
air dah start takde,seluruh sektor c kebimbangan.air yang ditadah aku manfaatkan sepenuhnya,untuk kegunaan mengambil wuduk dan mencuci muka+berus gigi..mandi?tak payah,tak cukup lah air untuk mandi,pergi kelas seolah-olah manusia yang berbahagia dapat mandi,padahal sedih takde air,sektor b still ada air,malah laju lagi,"jeles,dorang dapat mandi"..yang aku bengang,boleh pulak kelas tu air condnya rosak..haihh
sangat tak tahan nak buang air,mintak permission madam,lari nak dsp,dsp the one and only sektor c yang ada air.=='
malamnya,ayu mesej bagitau yang dsp ada air,malah banyak,terus text syira,dayah,ajak mandi,,sanggup jalan sejauh 10 meter ke dsp,pheww,heavan,takde orang langsung.mandi dengan bahagia,siap shampoo rambut,

rabu:
ingatkan,kalau dsp ada air,before sahur nak mandi,takut ramai,unfortunately,takde,,hurmm,tak mandi lagilahh nampaknya,,cuci muka,berus gigi je,haih,rasa menyampah pulak nampak lori angkut air keluar masuk dari sektor c,tapi airnya tetap tak ada,sampai kelas,semua orang cakap air dah takde,even sektor b &a pun takde.baju kotor memang menggunung dah,feel in mds week again :(.

petangnya ada ko,otw nak balik bilik,dekat wing dah kecoh bagitau air dah ada,so amik kesempatan untuk mandi before pergi ko,alhamdulillah sampai malam still ada air.

khamis:
sektor b dan a pulak yang takde air,,,sedangkang sektor c dah wangi....
kalaulah dekat uitm ada tasik sebegini,sudah pasti kami berbahagia


*ketiadaan air membuatkan semua pelajar bertindak di luar batasan,
-ambil air pili bomba
-setengah pelajar curi air orang(yang ni memang aku menyirap)


harap2 gangguan air ni takkan berlaku untuk kali ketiga,penatlah nak anggkut air.

minggu lepas,ada satu hari tu,tak sure hari apa,satu uitm blackout,sambil guruh berdentum,hujan lebat,serious takut,waktu tu aku dan ayu berbuka di pusat islam uitm,sudahnya satu uitm berbuka dalam gelap.dengan rasa risau sangat sebab tak bawak payung lagi,haihh,dugaan betul,stay pi sampai terawih,,haha,,korang pernah terawih dalam gelap,panas?aku pernah...

bagus jugak blackout,kerana gelas ganti sepatutnya ada malam tu dibatalkan,,haha,heaven,lepas terawih ,alhamdulillah hujan berhenti,hanya bergantung dengan lampu henpon untuk pulang ke sektor c yang jauh tu,pabila hendak turun tangga,terasa macam nyawa hujung tanduk,lol,
yang paling best,kolej lelaki mengambil kesempatan memulakan peperangan mercun sesama kolej lelaki di dalam blackout tuu,,tak sure sapa yang menang,sr atau ts,,ouh,blackout bolehlahh amik kesempatan main mercun,cuba ada lampu,silap-silap kena saman dengan unit keselamatan :D,


inilah kenangan saya berpuasa di uitm,anda apa pula?

No comments: