assalamualaikum, bismillah.
Semalam gigih text maya ajak per jog . Kemain nak jog dekat Hutan Reakreasi. Pastu gigih lepas subuh taknak tido sebab nak gerak pukul 7. Sampai dalam 15 minit kot sebab dekat, tengok parking phew banyak gila kereta. Yelah weekend ramai orang nak menjaga kesihatan.
First round gigih lah jog. Kemain lah semangat . Bila lari sebelah uncle aunty mesti dorang cakap "bagusnya budak muda ni menjaga kesihatan" kahkah mintak pelempang seribu kali. Jalan dekat hutan tuu jauh ok,,so second round dah penat. Tapi it's okay. Nyaman gila jog pagi-pagi kiri kanan pokok-pokok. Aku kan pencinta alam sekitar .* Mintak pelempang seribu kali lagi, *
Pastu lepak playground cerita -cerita .Lama kot tak jumpa Maya. So cerita bagai, tetiba nampak orang berbaris. Barisan paling depan pakai baju pbsm,pastu pink semacam je PUTERI ISLAM LETEWW ,pastu belakang sekali pengakap. Oh adik sekolah rendah rupanya, camping lettew..
Pastu jalan untuk third round pastu balik. Ok part spoil dah nak muncul.
Tengah borak dengan maya,tetiba ada orang hon dari belakang. Memang bodoh gila sebab lampu tengah merah. Kau belajar tak kelas 8 jam memandu tu. Pastu cane kau boleh pas ujian komputer tu kalau kau tak tau function lampu merah? Lagi panas bila lampu dah hijau kau potong kereta kiteorang pastu kau hon. Hoi SAMDOL kau ni dah kenapa?jalan bapak kau punye?mentang-mentang kiteorang perempuan ,dekat kereta tampal P,pastu kau lelaki..WADAHECK!
Pastu maya ni pun tak nak kalah..depan tu macam jem. Maya ni saje je lambat nak brek..Aku dah jerit-jerit ingat memang betul dia nak langgar kereta SAMDOL tu. Siap penumpang kereta samdol tu semua toleh. Fobia tau langgar kereta orang. Dulu aku,faez,maya,dila,hairum pernah sondol kereta bmw sorang india ni. Naib baik kereta dia ok,kereta kiteorang yang terbarai . Siap india tu nak saman-saman.
moral dia: BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU INGATLAH ORANG TERSAYANG,HORMATI PEMANDU YANG LAIN pesanan dari mangsa keadaan.
*cuba kira berapa banyak pastu,
No comments:
Post a Comment