Tuesday, May 22, 2012

kahwin muda

Assalamualaikum,Bismillah

Ceh,cuba tengok tajuk,hehee . Perasan tak,sekarang ni  should I call trend kahwin awal/ kahwin muda. Perasan atau tak? Siapa kata zaman dulu je orang kahwin muda? Zaman urban ni pun orang still lagi kahwin muda. Bukan mengeyam,menggatal or what ever, tapi Allah dah terlebih dahulu mengirim tulang rusuk mereka yang hilang terlebih awal berbanding kita yang lain.

Dan macam sweet gila tengok both of them. Contohnya kakak mira ni. Dia kahwin lepas je habis matrik,sebab matrik tak benarkan students kahwin masa sedang buat matrik. Kak mira ni dia kenal suami dia dah lama,dan dorang ni pun macam orang yang alim,so nak elakkan sebarang benda tak elok berlaku,dorang pun berkahwin. Ni cerita dia. Jemput lah baca,kot-kot nak buat sumber inspirasi ;p.

Dan satu lagi pasangan yang aku adore gila Kak Dena Bahrin. Sure most of korang mesti pernah tengok video propose  yang sweet to the max ni dekat u tube. Kalau aku jadi dia pun confirm  terharu gila. Haha ;).
Yang best gila pasal Kak Dena ni, lelaki tu pilihan keluarga. Love after marriage kan sweet ;) NI cerita dia.
Dan banyak je lagi sebenarnya.

But,the main point here,bukan lah aku nak cakap aku nak kahwin sekarang ,calon pun tak muncul dalam istikharah lagi. haha. Padahal tak pernah,tak berani,tak berniat nak buat lagi buat masa sekarang. Most yang kenal parents aku mesti tau cemana diorang. Mana maunyer nak bagi kahwin awal. Bercinta sekarang pun tak pernah bagi,ni nak mintak kahwin?memang aku menempah maut ;p

Cakap pasal kahwin,hari tu log in fesbuk macam biasa. Biasalah,aku cuti ni aku TLDM Je. TLDM tu mende?
tidur,lepak & makan .hehe. Tiap-tiap hari doa ada orang tersalah bank-in  duit seribu ringgit dalam bank islam aku,,haha. macam Ina,orang salah bank-in duit dalam akaun dia. Ni tiap kali bukak purse, tengok ada 1.20 je. Nak beli coolblog pun tak lepas *kesat air mata*..

Eh dah merepek banyak sangat. Ha,haritu log in fesbuk,tetiba ada satu gambar ni buat mak sentap nak. Classmate kita dah bertunang. Dan tunangnya pun classmate kita jugak. Alhamdulillah,selangkah je lagi nak bina masjid. Biar syaiton nirrajim tu menangis berkoyan-koyang tatkala anak adam mendirikan masjid. Even though dorang baru 19,tapi siapa kita nak cakap "eh,nak bagi makan apa nanti,belajar pun tak habis", parents  dorang watlekwatpiswatkool,korang pulak nak bising. Mungkin jodoh dorang dah sampai. Dear both of u,semoga berbahagia hingga akhir hayat. Mr K,wa salute ah kat lu,,ahahaa. bila tanya bila nak kahwin?jawapan yang sama je dua-dua ekor,adalah,rahsia. nanti kahwin kiteorang jemput.

Last week pulak,kawan masa sekolah rendah dulu,tak ingat pernah sekelas ke tak dengan dia ni,dah pun mendirikan masjid. Dah la pakai warna grey,,jeles,,ahaha.. Congrats to both of u, Najib & wife. Bro sorry sesangat sebab majlis korang nanti tu aku tak dapat datang. Anyway selamat pengantin baru,moga kekal hingga akhir hayat.

So,guys kalau rasa nak mendirikan masjid awal,kumpul duit dari sekarang.  Girls pulak jangan lah demand tinggi melangit  Nak cari lelaki kelakar macam Ustaz Azhar, handsome macam Ustaz Don dan suara mengasyikkan macam Maher Zain. Mana mau dapat beb? haha. terjumpa dekat blog Theotherkhairul
Seriously,blog dia best nak mati. Tak de pasal secret recipe yang dia makan pagi tadi, tutti frutti yang dia makan malam tadi,tapi info-info menarik. Dari korang takde kerja,pastu tido. At least dapat la tips2 barang satu dua..

Oh ya,selamat datang bulan Rejab. Sesiapa yang berpuasa hari ini dan seterusnya,selamat berpuasa. Bila Rejab menjelma,bahang Ramadhan semakin terasa.

No comments: