Saturday, September 15, 2012

trip orang US

assalamualaikum,bismillah

actually ni entry basi. Seminggu lepas raya tu,kiteorang decide nak buat muzium ni untuk  final project subject promotion. Ayu yang cadangkan. Bila aku tanya eh ada eh?kat mana muzium al-quran? Even aku orang melaka pun baru tahu ada muzium ini. Aku kira pemilihan kiteorang untuk buat muzium ini satu pilihan yang tepat. Sebab,sayang gila, muzium yang banyak sangat maklumat,tapi lack of promotion,orang tak ramai tahu.

Book kereta sewa,amik viva je,selesa untuk 4 orang,sewa 9 pagi -9 malam just only RM60. Berbaloi sangat. Bawa segala bekalan. Excited gila sebab this is our first trip dengan kesayangan. Trip yang jalan jauh gitu. Ayu drive,sumpah macam pelesit. Laju nak mati,tapi aku cool je,sebab ayah pun memang drive laju. Yang aku risau aisyah,sure dia mengucap bebanyak duduk belakang. Paling tak boleh bla,ada satu tempat tu,lampu bertukar merah,apa lagi break emergency la,yang paling sadis aisyah terjatuh dari seat. Hahaha. 

Around 10.30 sampai lah kami dekat muzium al-quran. Almost one hour kot dalam tu,catat segala maklumat yang boleh catat,sebab we are going to promote this museum to US's students and staff.



 Seriously,jadi orang jakun,excited gila. Dalam ni ada satu alquran yang ditulis atas kulit kambing,selama ni dengar je,tapi hari ini dapat tengok sendiri. Al quran atas ini ditulis sendiri dari acheh



  macam-macam lah korang boleh dapat tau,penggunaan warna dalam hiasan al-quran,pen apa yang dia guna,macam mana diorang lukis ukiran dan banyak lagi
 ini lah orang yang bagi info-info tambahan,terima kasih banyak-banyak


those yang nak pergi muzium ni,dia terletak disebelah masjid al-azim melaka,dan dalam kawasan masjid. Dibuka hari selasa-ahad. hari raya pertama je yang dia tutup,lain-lain perayaan,even public holiday tetap buka. Bayaran sebanyak dua ringgit kalau tak silap.


keluar je muzium ni,ayah ajak pergi sebelah iaitu masjid al-azim. Dorang ada buat jamuan hari raya,alhamdulillah langkah kanan,makan sedap ohhh. Lepas zohor,semua kata nak jalan bandar Melaka,terus shoot pergi bandar hilir. Lama betei tak jejak sini,sampai tak ingat jalan. Dayah yang jadi tourist guide. Malu betei rasa macam nak nyorok dalam jubah.


kelas uolls, panas-panas terik pergi A Famosa pakai jubah.  Tapi apa kisah,on je. Masa masuk DP,semua pandang pelik. apa tak pernah tengok orang masuk mall pakai jubah. Paling lawak,ada sekumpulan lelaki tabligh dekat depan. Bak kata Dayah,ni baru kena. haha,sengal










 tatap mata oma beta. haha
dari kiri,aisyah,ayu the drifter,
  yang kuang hajo sangat,kiteorang kena saman,dia tak state pun kena pakai kupon, memang cuak habis,call ayah tanya mana nak bayar, phew nasib dapat diskaun,kalau tak melayang 30 ringgit duit saman. -,-

alang-alang dah sampai MBMB,singgah JJ jelah untuk makan. Aisyah lepas gian terus beli ABC, masa dekat bandar hilir tu kemain kiteorang nak cari cendol,fengfeling makan masa cuaca panas tepi sungai melaka.



dan makan yang diorder sangatlah tak memuaskan nafsu lapar. hampeh gila,tak sedap dan daging dia tak de nak merah lagi agaknya. Nak makan pun takut,takut jadi raja bersiung. ABC aisyah yang laku.

Around 6,singgah rumah mak ngah kejap,sebab rumah tak ada orang. ayah belikan roti canai,phew laju semua makan. 6.45 gerak balik US, sampai sana sharp pukul 9. Alhamdulillah,selamat sampai,banayk maklumat dapat, can't wait to promote this museum during the exhibition. ;)

4 comments:

Unknown said...

ntah ap2 gmbar la yg dia masukkan -.-

fatynn said...

HAHA. candid tu lah yang awesome ;)

nur said...

blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

Wak Lat said...

meriahnyer uools., ;p