Assalamualaikum,
Entry kali ni padat,mampat tersendat dengan gambar. Sila tatap sampai juling. Malas nak buat sampai part 3, kita sekalikan okay.
Okay masa hari pendaftaran, tepat pukul 4 petang, siswa-dan siswi dah secara rasminya berpisah dengan family. Lepas Asar Minggu MDS telah bermula. Maka abang kakak PM terus bertukar rupa. Jika dari pagi anda semua melihat abang kakak PM ni menjadi manusia yang paling ayu dan handsome, sekarang tidak lagi.*evil laugh*. Manis tetap ada,tapi senyuman tadi sudah bertukar rupa.
"Selamat datang ke Minggu Destini Siswa Uitm Johor bagi sesi Jun- Oktober 2013"
Sepanjang minggu MDS, siswa dikehendaki memakai pakaian formal,kemeja + tie, manakala siswi wajib bertudung,berbaju kurung dan berkasut sukan. Mari gelakkan diri sendiri. Masa aku part 1 dulu,memang annoy gila pakai baju kurung plus sport shoes, tapi which one u want?, kaki melecet or nak kelihatan comel sepanjang masa.?Sudah pasti lah sport shoes pilihan hati.
Ni masa hari ke berapa entah. Aktiviti di Masjid Assyakirin.
Start je MDS, semua biro dah tak menang tangan. Biro disiplin bertempik sana sini demi menguruskan perjalanan adik-adik dari satu tempat ke satu tempat, biro protokol busy menguruskan perjalanan program di dalam dewan,biro makanan memastikan siswa-siswi makan tidak lebih 3 minit,biro medik busy ke sana kemari menguruskan pelajar sakit, etc.
Masa ni tugas TTK dah bermula. Setiap 10 minit dapat call dari HEA, mengatakan terdapat pelajar baru. Maka berrunning man la kami ke HEA,HEP,Bendahari,Kolej,Unit sukan,PENAWAR, dan membawa mereka masuk ke menyertai kawan-kawan mereka yang lain. Setiap hari almost 14-20 pelajar baru yang mendaftar. *lap peluh*
Ni hari Rabu kalau tak silap. Mari kita bersukan
Tengok abang kakak PM pun excited nak bersukan.
Walaupun langit seakan mahu menangis, tapi apedehal. Sukan tetap sukan. Bagi sikit freshie ni kenal padang.Yelah katanya stress dengan MDS,ni lah masanya engkorang nak menjerit,menyepak bola kuat-kuat
Jika petang, adik-adik dah lepas tension, malam kami kakak abang PM di bilik gerakan lain pulak cerita. Masa ni nak tunggu semua PM berkumpul, maka memasing keluarkan handphone. Hp kecik, tapi semua nak masuk inilah padahnya.
Yeay muka iolls nampak dengan clearnya. Inilah yang dinamakan strategi. HAHHA
2
3
4
and finally barulah tak gegar dan clear. Asal kira 1,2,3 je sorang-sorang datang menyelit. Lari selaju yang mungkin untuk memastikan gambar memasing tercapture
Hari perasmian penutup MDS
memasing membighah. "Birah " word yang diperkenalkan oleh Aizam dan menjadi trademark bagi PM
Gelombang ungu.
Majlis penutup kali ni boleh tahan gempak gila, bertemakan James Bond. Semua PM lelaki memakai kaca mata hitam. Memasing masuk dewan dah macam abang long kawasan. Gimik pun not bad. Tanjat Rektor atas pentas sebab gimik dia "wow" sangat. Thanks BIRO PROTOKOL.
Malam di mana siswi di brainwash oleh abang kakak PM. Kami selaku abang-kakak dipertanggungjawab untuk menegur dan memberi nasihat. Yang mana salah ditegur, agar mereka tidak mengulangi nya lagi.Hari Terakhir
Hari dimana abang kakak PM fengfeling artis. Hahah. Takut weolls dikerumuni adik-adik.
Geng jubah katanya.
Masa ni kelakar gila,sebab hari penutu jatuh pada hari Jumaat, maka ramailah PM pakai jubah. Then, ada sorang siswa ni tanya aku "kak, akak semua ni dapat jubah sorang satu eh?"Untunglah dik, kalau kami diberi abaya ke sorang satu. hahaha.
Hari last paling best. PM Siswa semua berbaju melayu siap bersampin. Songkok dan keris je takde. Haha. Lagi best kalau PM reramai pakai baju warna yang sama. Siap buat geng . HAHA
Hakim, abang PM yang paling digilai oleh adik-adik. Entah bila masa dia interframe dekat belakang -.-
Semua PM dipaksa naik ke atas pentas. Rupa-rupanya dapat 3 biji kek dari SR. Awh thanks adik-adik. Siap reramai nyayikan lagu "Kami sayang abang kakak PM". Terharu weolls
Around 7 jugak lah habis Minggu MDS ni. Sebak gila masa salam dan peluk adik-adik ni. Lepas ni diorang dah kena survive sendiri. University's life are quite tough and challenging . U must choose a right friend, think carefully and take care of yourself. This is not a school anymore. It was a beginning of your life.
And for me as a last semester student, being a PM was an unforgettable memory for me. An experience where I can't buy . Meet the PMs and can't believe we can be a family. Will be miss all of you and this memories. Thanks guys.
Till there, happy reading !
1 comment:
Assalamualaikum kak. Sy dpt tawaran sambung blajar asasi law kat kuantan. Tp kena daftar kat Jengka dulu. Sy ada beberapa soalan. Tudung purple tu ada size ke? Baju kurung putih kena bwa bape helai? Dan soalan yg paling mengrungsingkan sy, lps MDS kat Jengka tu pihak UiTM akan hntr kami ke Kuantan ke? Ke kami kena balik rumah kami dulu?
Post a Comment