Monday, April 14, 2014

Bukit Puncak Perdana

Assalamualaikum,
Ni sambungan entry lepas, kan ada mention every weekend at least kiteorang akan buat satu aktivity dengan housemates, so TADAA !!
Supposedly kiteorang nak panjat Broga, but last minute cancel due to some technical problem. Maka kita panjat yang dekat dulu.

Idk the exact name of this bukit. But let make it clear and simple, we named it as Bukit Puncak Perdana. Al-kisahnya, dekat rumah tu balkoni are one of my favorite port. Masa minggu pertama memang selalu lepak balkoni baik siang mahupun malam sambil hirup milo. Oh dramatik sangat. But now balcony are not my favorite port anymore. Sebab rumah bawah aku ni ada orang merokok. Pftttt annoying to the max ;/.Back to the topic, masa first week masuk Puncak Perdana adalah 2/3 kali nampak orang atas bukit ni. Maka kami pun curious gila, macam mana dia boleh naik sana?cantik tak permandangan sana?bla-bla.So, timbul lah idea nak tawan bukit ni.

So Sabtu pagi, gigih lepas Subuh terus capai sport shoes. Pergi bertujuh 5 housemates lagi dua 2 classmates Tira.


 Aisha, me, Syamer, Naja



 Part of the view. Tapi takde lah nampak the whole Puncak Perdana






Ice breaking & sedikit tazkirah pagi by Aishah

 Sejak duduk Puncak Perdana ni, kulit makin gelap ;/

Masa untuk pulang. Turun je bawah, memasing dengan muka tak bersalah beratur beli nasi lemak sotong mak cik tepi jalan tu. Penat bakar kalori pastu makan nasi lemak, tak guna jugak. HAHA. Next activity, Broga, & Skytrex Shah Alam.

Till there folks ! Happy reading.

Saturday, April 12, 2014

Degree's life

Assalamualaikum people, 
Another phase of my student's life begin. Hello Puncak Perdana. Dulu selalu dengar kakak abang senior kata, bila dah masuk degree, confirm rindu zaman kegemilangan diploma. Yes it's true. Degree demands you to sacrifice your energy, time, commitment etc. 

Alhamdulillah, dapat sesuaikan dengan environment baru, kawan-kawan baru, classmates baru, lecturer baru, bangunan fakulti baru, suasana baru. Minggu kedua class, assignment dah beratur, phew. Kena stabilkan emosi mental dan fizikal bahawasanya Selangor mengalami krisis kekurangan air. Well, I'll take this as a new experience for for my degree's life. Kita relek je mandi 5 gayung, pergi toilet surau perumahan sebelah untuk menyahut seruan toilet jika terdesak sangat.

Kita relek je dapat housemates yang sengal-sengal ubi. Bukan sorang, tapi semua kelapan-lapan sengal-sengal ubi. Oh ya, kolej kita pakai sistem rumah. 1 rumah 8 orang. Setiap hari baik siang mahupun tengah malam, mesti gelak-gelak sebab lapan-lapan perangai sengal-sengal ubi.Setiap hari rasa macam hari raya, sebab rumah terlampau meriah dengan gelak tawa, meriah dengan makanan yang dikongsi bersama walaupun dengan hanya sebungkus kuaci. 

Kak, pipi tu bawak simpan sikit ehh 



 Birthday housemates jatuh pada dua hari berturut-turut. Harini birthday Syamer, esok birthday Tira. Kau mampu setiap malam buat party, kejutkan birthday girl, buat suprise untuk dua malam yang berturut. Semput mak. Lewls.

Setiap hujung minggu, mesti wajib ada aktiviti dengan housemates, sebagai contoh minggu lepas gigih pecut ke Kuala Selangor semata-mata untuk ke Pantai Remis. Tapi sayang, air laut surut. I iz sad. Macam dua minggu sebelum tu aktiviti dengan housemates panjat bukit Puncak Perdana.Kalau rajin, next entry nanti aku up entry tu. Dan banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul .

Perjalanan masih jauh, semoga Allah permudahkan setiap urusan. Oh ya 18/5 ni kita convo. Tak sabar. Hiks ! Kalau ada sesiapa nak bagi bunga ke, nak bagi hadiah ke, nak belanja makan ke dipersilakan. hahaha.
Till there folks ! Happy reading. Xoxo