Saturday, April 12, 2014

Degree's life

Assalamualaikum people, 
Another phase of my student's life begin. Hello Puncak Perdana. Dulu selalu dengar kakak abang senior kata, bila dah masuk degree, confirm rindu zaman kegemilangan diploma. Yes it's true. Degree demands you to sacrifice your energy, time, commitment etc. 

Alhamdulillah, dapat sesuaikan dengan environment baru, kawan-kawan baru, classmates baru, lecturer baru, bangunan fakulti baru, suasana baru. Minggu kedua class, assignment dah beratur, phew. Kena stabilkan emosi mental dan fizikal bahawasanya Selangor mengalami krisis kekurangan air. Well, I'll take this as a new experience for for my degree's life. Kita relek je mandi 5 gayung, pergi toilet surau perumahan sebelah untuk menyahut seruan toilet jika terdesak sangat.

Kita relek je dapat housemates yang sengal-sengal ubi. Bukan sorang, tapi semua kelapan-lapan sengal-sengal ubi. Oh ya, kolej kita pakai sistem rumah. 1 rumah 8 orang. Setiap hari baik siang mahupun tengah malam, mesti gelak-gelak sebab lapan-lapan perangai sengal-sengal ubi.Setiap hari rasa macam hari raya, sebab rumah terlampau meriah dengan gelak tawa, meriah dengan makanan yang dikongsi bersama walaupun dengan hanya sebungkus kuaci. 

Kak, pipi tu bawak simpan sikit ehh 



 Birthday housemates jatuh pada dua hari berturut-turut. Harini birthday Syamer, esok birthday Tira. Kau mampu setiap malam buat party, kejutkan birthday girl, buat suprise untuk dua malam yang berturut. Semput mak. Lewls.

Setiap hujung minggu, mesti wajib ada aktiviti dengan housemates, sebagai contoh minggu lepas gigih pecut ke Kuala Selangor semata-mata untuk ke Pantai Remis. Tapi sayang, air laut surut. I iz sad. Macam dua minggu sebelum tu aktiviti dengan housemates panjat bukit Puncak Perdana.Kalau rajin, next entry nanti aku up entry tu. Dan banyak lagi aktiviti yang bakal menyusul .

Perjalanan masih jauh, semoga Allah permudahkan setiap urusan. Oh ya 18/5 ni kita convo. Tak sabar. Hiks ! Kalau ada sesiapa nak bagi bunga ke, nak bagi hadiah ke, nak belanja makan ke dipersilakan. hahaha.
Till there folks ! Happy reading. Xoxo

No comments: