Sunday, January 25, 2015

Unplanned with le Gigs

Assalamualaikum, as I promised, tadaaaa, entry 2015.

GIGS kan, memang sekumpulan manusia yang paling payah nak jumpa semua sekali dalam satu masa. Yerla, GIGS je seramai 28 orang, and now everyone had their own commitment. Dapat jumpa suku dari GIGS pun dah syukur alhamdulillah. Last jumpa bebudak GIGS ni September last year masa wedding Fana, tu pun separuh GIGS je yang datang. Kalau tak masa raya, or any special occasion, jangan harap lah dapat duduk berkumpul sesuka, payah. 

One thing pasal GIGS ni, yang aku dah masak benar, kalau nak hang up ke, nak buat gathering ke TAK PAYAH LAH BERANGAN NAK PLAN AWAL-AWAL WEH. Nampak tak efek capslock tu. Serious talk, don't you ever dream to have an early planning with le Gigs. Don't. Kalau kau ketua projek yang menyuarakan hasrat hati, better think like x-y=3z. Cenggitu metaphor aku bagi. Sebabnya plan awal-awal dengan bebudak GIGS ni jarang- jarang atau should I say tak pernah nya yang menjadi. HAHA. Nanti last minute sure ada yang cancel. So, dengan dorang ni better buat plan last minute, sure keseronokan yang berganda danevent yang gempak dijanjikan.

Unplanned 1

Alkisah, Isnin malam, Pikah wassep, tanya "esok buat apa?" . Katanya dia nak tengok laut, dan bagai orang mengantuk disorongkan bantal, dan dia ajak Fatin Syahirah pulak tu, sure lah on.
[ oh ya, nama twitter pikahw, jangan buat tahi dengan dia , tweet yang nice sahaja ok,kalau tidak, cari nahas lah engko. Kak Yong Gigs ni ;p]


Maka, pergilah bertiga dengan Diela sekali, plan asal ingat lepak Melaka je la tengok laut, tau-tau si gila ni dah masuk Tol Air Keroh. Walaweh tengok laut sampai PD. And the rest is history. Tau-tau aku dah sampai Teluk Kemang, dan bajet-bajet seperti seorang pelancong dengan tikar mengkuang di tangan dan shades besar di mata. Ewah *terus nak nyanyi lagu starship Nikki Minaj yang part lets go to the beach*

Bentang tikar mengkuang atas pasir, sambil shade tak tanggal, sambil baca buku catatan matluhfi. Ewah. ;p

Around 9 pagi, kereta hijau pisau axia baru dah terpacak depan rumah untuk pick up, ke Teluk Kemang lah kita menjamu mata melihat ciptaan Tuhan, berhenti lunch makan asam pedas pari, daun salad, kacang botol, nasi putih, kicap peh cenggini terangkat, berhenti dekat satu surau yang aku kira seperti surau dalam taman konsepnya untuk jamak zuhur asar, lalu diteruskan perjalanan mencari coolblog dan ke pantai apa entah nama dia. Belakang Ilham Resort tu. Weh rindu Ilham, dulu port family gathering  Absah kat Ilham tu. Lalu sebelum balik gigih patah balik cari cendol Bakar.





 Inilah manusia gila yang pakai terjah buat short escape. 





 kau mampu, sorang pakai skirt, sorang pakai palazo dengan selamba jalan ala klip video azharina masuk dalam air.




 Dengkilah tu sabotaj muka kiterrr. Mementanglah birthday dia hari ni. Kata Pikah, pakai theme ni Diela nampak macam angel. Bukan main lagi tau si Pikah ni,taulah birthday orang tu terus dipujinya angel. Birthday aku nanti kau amik gambar pastu tak puji aku macam bidadari siap engko ;p








To Pikah, takmo stress2. Aku letak gambar engkau yang terpaling cantik sekali.Ye, tau kau memang dari kecik dah comel . Tapi aku berdoa jugaklah biar dia ni selalu stress, bila dia stress dia akan buat perkara gila. Ingat Pikah, kalau stress je call aku. Mulai hari ini, hapal nombor aku, sematkan dalam hati k.

To angel of the day, happy birthday babe. May Allah grant you with his blessing, happiness. Apa perasaan dah jejak 22 ni?terasa tua bukan ;p



Thank you gais for the shortrip. Sampai rumah almost 7. Berani tak berani je bagitau mem besar tadi tengok laut sampai PD. Nasib mem rilek je.


Unplanned 2



Khamis petang yang damai, sedang aku beronok bergolek atas katil yang empuk, sambil tangan tweet "tetiba craving coconut shake Klebang" , tetiba masuk satu mention dari Pikah . Aku dah bajet kot dia nak kata dia dekat Klebang ni, nak kirim tak coconut shake tak?, tapi nan hado. Dia ajak lepak 
Corm. Lepas dah tanya memacam kat dia, bersiap, pick up lah Maya , Diela. Maka tanpa dirancang, tau-tau aku dah selamat tiba ke Corm Cafe.

Selama ni kan, aku perati je bebudak ni lepak Corm, terutama sekali Shasha. Aku syak Shasha duta corm untuk wakil  SIS, Semenjak Jasin dah ada Mydin ni,ewah bukan main mahu dan urban betul. Jasin yang dulu hanya orang tau, SIS, STP, paling-paling pun oh yang khemah bazar terbang tu eh? ye kat Jasin lah tu.

Tapi Jasin sekarang dah urban. Kata kak Shai, dah ad butik konsep vendor butik dimana kau boleh jumpa aiskrim pasu, susu lembu yang pelbagai perisa yang harga seringgit dan macam-macam lagi.



 Deco dalam Corm. Kalau Shah Alam, Kl melambaklah cafe yang macam ni, tapi bila Jasin yang dulu orang tau SIS, STP dah ada cafe macam ni, haruslah jakun dia level 384752. Harga pun affordable.


curi dari fb CORM





Sembang macam cafe tu abah kiteorang punya. Nasib lah tak ramai. Style GIGS ni jenis kalau dah jumpa berborak, gelak,cakap macam nak bagi semorang dengar. Hilang terus karakter ayu seorang Fatin Syahirah. Nak jadi cerita, ni first time aku jejak Corm, ape lagi teruk lah kena bahan. I okay je. Oh ya, Shasha si duta Corm yang tudung bunga-bunga ni. Harap Shasha tak baca, kang sebakul kena maki. Haha



 Datang Si Mas Cotek ni, lagi beribu kali meriah. Boleh pulak banyak -banyak topic ,kiter reramai cite pasal orang asli.


Entah apa yang seronok entah, terus senyum tak cover ayu. Tersentil gigi ke depan.


 Last but not least, family sandwich photo.



To Shasha, all the best daftar alam degree, prepare mental fizikal, sebab suck jugak kengkadang degree ni. Cari kawan yang macam Gigs ni, tak kuat sentap. Weolls tak kisah kena maki, kebal dah.




Till there, happy reading !
xoxo.

No comments: