Wednesday, December 28, 2016

Bukit Batu Putih

Salam, 3 posts berderet just for you.

Last Monday, tak sangka pula cuti. So rekrut geng yang free jugak. Kaki dah gatal nak hiking, pastu nak cari tempat yang tak terlalu jauh dan tak terlalu extreme sebab tak prepare langsung. Luckily a day before pergi jog. Itu pun secara kebetulan. So, Bukit Batu Putih terus melayang dekat kepala.

Landmark Ilham resort PD. Dulu Ilham ni port gathering family sebelah ayah. Selalu je jalan sampai rumah api Tanjung Tuan tu,tapi tak pernah tau pasal batu putih. So kena masuk through the gate hutan lipur tanjung tuan, bayar seringgit, tulis nama.

Cuaca sangat cantik. Ramai lah jugak orang yang nak ke atas. We met ada sorang uncle ni masa nak ke atas. So borak punya borak,uncle tu ajak follow dia ikut jalan bawah, where we will start hike  dengan memanjat batu. Dia ada dua jalan actually, by the sea yang engko kena panjat from the bottom, satu lagi dari jalan belakang where kau akan jungle trekking dan jumpa puncak dulu.





 #gambar ihsan uncle. Rajin gila tiap kali pit stop rehat,dia keluarkan phone dia snap our picture
 View from the top
 Kudos to another stranger tolong ambil gambar. These 3 guys ni kiteorang jumpa masa start hike dari bawah. The way they dress, their body pun macam orang-orang badan uniform either army or navy. Jumpa kali kedua sebab dia potong kitorang masa nak hike batu tu.Tolong cheers dari atas dengan cara comparekan kelajuan uncle yang usia 70, while kiteorang macam siput tak cukup nafas. T.T. Kali ketiga jumpa masa dekat puncak, while dorang dah repeat second round, pastu dok ajak repeat sekali lagi. T.T. Alang-alang da nampak orang yang sama, terus mintak ambilkan gambar.Kekekeke. Kudos to these brother tolong guide which way easier for us untuk turun.

Along the way nak turun, tetiba hujan lebat, and we stranded dalam hutan lagi. How i wish ada manusia bijak yang cipta cermin mata ada auto wiper. Kekeke. Dengan baju yang basah kuyup, tudung yang dah terkemik, we decide untuk terus turun malas nak berteduh alang-alang dah basah. Dan yang paling terkejut, we met again those brader,tak tau lah dia tunggu sebab nak pastikan kiteorang selamat sampai or kebetulan.


 Naik kereta dalam keadaan basah, singgah mamak dalam keadaan basah,dan semua orang ingat baru lepas mandi pantai. Padia mandi pantai, Kahkahkah. Terus cari orang yang kenal yang duduk area PD semata untuk minta plastik sampah sebab tak nak kereta basah.
And thank you uncle, sanggup tunggu, rela hati offer ambilkan gambar, rela hati jadi guider. Can u believe dia dah 70 ++ tapi fit gila.

The things that I love during hiking, you will meet lots of nice strangers. I would proudly say that #Patenisback. Mehehe.


#walaupun day pack,bawalah spare baju, pilih kasut yang sesuai *peringatan untuk diri sendiri, sebab malas nak bawak baju spare, dan gatal pakai sport shoes*


Till there, happy reading !

GIGS bina masjid


Salam,

Sesungguhnya  angka 23 telah masuk usia di mana segala sosial media dibanjiri dengan segala undangan perkahwinan, pertunangan, tidak kurang jugala penuh dengan gambar kahwin , tunang rakan-rakan. Akikah anak je belum lagi.

Among all, GIGS punya invitation la yang paling aku excited. I was looking back the video where we record few years ago. Where I was the groom, Fini was the bride, and the rest were tukang silat,bridesmaid and orang sebelah. We even ada sound kompang yg real mengiringi perarakan masuk ke bilik study. It was just for fun during that time. But, the things that I realized was, one by one those people in that video dah kahwin for real, Last year Farhana, and this year Hadrah dan Lily menyusuli. 

Hadrah's 

This one majlis Had. Among all the wedding invitation yang pernah aku attend, this one I would say very unique and beautiful, where all the family members pakai tanjak,and paluan rebana dan serunai yang diapit pendekar mengiringi the groom and bride masuk ke dewan instead of kompang.

The most  meja paling bising dan kepoh of course our table. Ni muka yang tak boleh datang time nikah,lagi rosak majlis orang gamaknya.





To Hadrah and husband, I wish both of you all the best. May both of  you live happily ever after and perhaps till Jannah, Insya Allah.

Lily's

Lily pandai pilih tarikh tunang. On my birthday. Mehehe.
Baju cantik, makanan sedap. Nasib masa datang tu, orang sebelah dah dak balik, kalau tak mesti cam krik-krik kena borak perlahan,bisik-bisik, kahkah.

To Lily. semoga dipermudahkan urusan membina masjid.




2017, who's next?

23 dah


Salam,it has been a while,since my last post. Too many things happened, but too lazy to blog.Mehehe. Anyway December is my month. 10 Dec,around 6 am the day I was brought to the world. Alhamdulillah. Paling best pasal birthday, is not the surprise, but reading those doa dan segala wish yang kita dapat dari orang sekeliling.

23 dah weh. Masih jauh lagi jalan nak tempuh. Masih banyak lagi cacat cela diri yang nak diperbetulkan, Masih belum ada apa yang nak di banggakan. Tapi Tuhan masih lagi sayang, masih lagi bagi peluang untuk bernafas,masih lagi pinjamkan kedua mak ayah dan seluruh ahli keluarga di sisi. 

Thank you for all the doas and wishes. Even though, I didn't reply, but I really appreciate. Thanks a lot.






Friday, August 19, 2016

My acne journey

Salam,
Syabas betul dalam seminggu berjaya up 3 entry. Mehehe. Entry kali ni nak share my acne journey. Dilarang sekerasnya baca sambil makan, kerana risiko untuk mual,muntah sangat tinggi. Pastu tetiba ada watermark nama link blog hahaha, sebab taknak lah orang curi gambar pastu tetiba masuk testimoni kejayaan local product. Mehehe



To be honest, I never has acne problem or skin problem since akil baligh. Even period pun jarang sangat naik jerawat. Nak dijadikan cerita, end of 2013 umur nak masuk  20 kalau tak silap (malas nak kira), masa tu dah start naik jerawat masa period. Eh pastu banyak pulak dia naik. Orang kata perubahan hormon sebab nak dewasa. Omg iols dah panik. That time baru pandai main ig,dan baru start tau pasal local product, cleanser, krim pagi, krim malam, bla-bla.Adalah sorang kawan ni masa tu kulit dia memang ketara nampak bersih. Jerawat dia hilang weh. So dah panik kan, mula ah kepochi tanya "weh kau guna apa hilangkan jerawat?" and the rest is history.






 Ni gambar sebelum semua kisah duka bermula. I was 18 kalau tak salah. Muka suci betul.


So the nightmare began. Lepas dah guna product xxx which is local product, everything was very fine. Until one day, masa tu habis kot krim semua lah, so decide nak balik ke pencuci yang asal where you can bought from drugstore. Masa ni lah start breakout. Umur 21 kot.

 Omg, panik balik, whyyyy lagi teruk dari dulu. Masyaa Allah, ha mula aaa menggelabah. Masa tu tengah famous gila satu local product ni. Tengok testimoni, fuhhhh kencang gila. Kebetulan kakak kawan jual. So sebab tengok banyak gila testimoni berjaya,maka kita try. At that time memang fikir nak dapatkan semula kulit yang dulu wuuu. Orang dah panik kan. Takde gambar sebelum. Tapi masa tu dahi penuh dengan jerawat pasir dan jerawat besar2 di pipi dan dahi.

after

Tadaaaa, memang magic gila, dapat balik kulit yang dulu. So sambung je la guna, sebab rasa dah jumpa produk yang sesuai. Tapi langit tak selalu cerah, lepas botol ke dua, dia mula tunjuk belang. Keluar tiga ketul yang jenis ada nanah tu, pastu tak nak hilang.Terus cari kakak yang jual tu tanya kenapa jadi macam tu. Jawapan dia jarang customer dia jadi macam ni. She keep guiding me and give some tips. Aku tetap tak puas hati, sebab macam tak berkesan like botol pertama guna tu. So aku decide to google. 



Breakout lepas guna botol ke dua nak botol ke 3 of second product. Lagi teruk


Lepas aku gugel, masyaa Allah ramai gila senasib. Puas dah nangis. Aku decide nak stop serta merta. Aku buang terus semua benda tu. Baru lah nak baca segala tok nenek acne regime. Antaranya the acne.org.regime. Dia ajar untuk bare face muka sebulan. Memula down gila nak keluar pergi kelas without any single powder or foundation.Tapi ku gagahi jua. Nasib classmate sorang je lelaki. Masa ni aku start dah jadi orang lain. Which is lepas kelas je terus balik bilik, merap je dekat rumah. Aku cuba elakkan dari jumpa face to face dengan ramai orang sebab they give that "eee geli gila tengok muka engkau," look.Aku pernah kena tengur dengan kawan lelaki. Emosi jangan cerita lah madang je down. Mujur ada orang yang stay, sentiasa bagi support. Rasanya kalau ada boyfriend masa tu confirm dah kena tinggal. Hahaha




Middle of 2015

Masa ni dah start jaga makan. Tak amik dah benda memanis,tak makan makanan bergoreng, minum air 3 liter but still macam takde effect. So aku decide baik consult pakar kulit dari spend beratus dekat benda yang entah kan jadi entah kan tidak. Aku pergi dekat Klinik Kulit Subra, Jalan Ong Kim Wee Melaka. Habis duit PT bayar duit ubat and  cream. Sebab kes aku kronik, doktor bekalkan accutance, which this ubat untuk bunuh bakteria. Untuk sebulan harga ubat ni je RM 200. Ubat ni effect dia kuat where you can't getting married sepanjang makan ubat ni sebab kalau pregnant your baby might be cacat etc, pengelupasan  bibir dan nose bleeding. Siap kena sign form sesiap, segala risiko tanggung sendiri. Only dr je yang boleh bagi ubat tu. Even kau pergi farmasi pun diorang takkan bagi. Government tak sure.


Dua bulan gak lah makan accutance, memang nampak perubahan besar. Slowly kering those suck jerawat tu. Pastu tak pergi lagi dah, sebab takde duit. Hahaha. Semua guna duit sendiri tak nak susahkan parents.    
.



.




.





.















Tadaaaa. July 2016.
Tak lah 100 % pulih, sebab still ada parut, kekadang naik jerawat gak, tapi dah reti nak handle  kalau naik jerawat seketul dua.







Dua benda ni memang guna sampai sekarang. Cetaphil ni nak masuk botol ke 4 dah. Alhamdulillah, serasi. Sebab kulit aku jenis berminyak, so beli yang oily. Tapi mahal gila berbanding cetaphil yang normal. Nak jimat grab terus dua dari beli satu. Even masa consult dr, siap bawa Cetaphill tunjuk. Kata kawan yang pernah pergi klinik kulit, dr pun suggest cetaphill.


Dalacin pun. Kalau naik jerawat, memang aku dab bebanyak, nanti dua 3 hari dia hilang.


#PLEASE korang, jangan ada niat nak cuba local product. Tambah lagi lambakan local product bagai cendawan tumbuh. Yes banyak testimoni berjaya, but cuba tengok jugak testimoni bad effect. 

#Kalau boleh guna yang organic. Memang lambat effect tapi selamat. Kulit kita lain-lain, ada yang pakai serasi, ada yang pakai tak. You need to keep trying which is suitable with your skin.

#Jangan lupa minum air bebanyak dan jaga pemakanan. Please banyakkan membaca. Dekat internet melambak tips jaga kulit. Jangan malas dan ambil langkah mudah. 


And girls please, tak payah lah jerawat baru naik seketul, kecoh macam dunia ni dah berakhir, nak je aku debik sekali. 

Till there, happy reading!

Tuesday, August 16, 2016

Raya 2016

Salam,
Sepanjang 22 tahun berapa bulan hidup di atas muka bumi, masih lagi raya bersama keluarga. Alhamdulillah, belum lagi beraya dengan mertua. Mehehe. To be honest, tak ingat langsung mana raya ke berapa dengan siapa, acilah lah eh lamsam semua

Raya 1 & 2

Beraya dengan family both side. Pang pung pang dari siang bawak ke tengah malam. Raya tahun ni meriah sikit dengan adanya penambahan ahli baru. Harapnya raya next year ada ahli baru bawah umur . Ayah kata tahun ni kita pakai kuning. Amboi tau lah raya dengan menantu ;p





 Raya dengan GIGS. This group yang kalau boleh akan cuba curi masa untuk join beraya. Tetiba ada photoshoot sesh while waiting for Izairin's laksa siap.

Raya dekat mall, T.T. Melayankan budak ni sibuk sangat nak pergi coffee bene sampai sesat pusing banyak kali

Dah jadi tradisi since last year. Gather dengan family tiri ayah where is aku tak kenal sorang pun from the Bukit Katil side. Tapi makanan banyakkkk gila

Pikah's open house,



Gigs splash-splash katanya. Nasib tiket half price, kalau nak compare dengan games yang ada rasa cam tak akan repeat kot dekat sini lagi. Dan sunburn terox, lupa bawak sunblock.


VIVA. Afterrr months tak jumpa memasing. Inilah gambar yang paling proper  yang ada dalam simpanan. Thank you madam for breakfast and lunch's treat. Everything went very well.

Last but not least, Penang trip


Oh ya, this year kita tak bawak geng panjat gunung macam last year. Kekeke. Anyway, Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. Yang mana iols tak sempat datang rumah beraya,I'll make it next year.Cheers!


Till there,happy reading!xoxo

Sunday, August 14, 2016

Penang: Trip redah


Salam
 Mehehehe.Selamat Hari Raya semua walaupun dah  habis dah pun raya.Entry raya tangguh dulu lamsam semua terus.Kita up entry Penang.Its gonna be a long entry.

Sebenarnya Penang ni memang dah lama aim. Selain makanan yang best perlu dirasai, Escape Park is one of the reason too. Maka tersebutlah kisah, since belajar pun dah habis, yeay I'm offically jobless right now, so nak celebrate susah payah habiskan degree dan menempuhi beberapa perkara lain, I choose to travel rather than hiking. Kali ni nak tukar angin. So a week before VIVA, bising dekat semorang jom gi Penang, and luckily ada orang yang willing nak pergi sama  iaitu Cikon &aAliah walau pun masa tu macam pikir ni sembang je kot. Pastu busy setelkan VIVA yang Ya Tuhan dia punya azab nak setelkan report.

Lepas VIVA, Cikon kata dia memang nak pergi, dan Aliah pun on je. So setel, dedua manusia ni pun orang yang aku selesa. Cikon merangkap housemate,groupmate dan classmate, aliah merangkap classmate. Dedua ni geng yang asal habis kelas je bising "jom gi makan", termasuklah aku. Orang lain lagi rela balik tidur, kiteorang asal ada gap in between class je menonong turun cafe. Ada sekali tu Sir Zaidi, bagi break 15 minit, semorang semua rebah tidur, pergi toilet, aku, aliah,cikon, dah pandang sesama kiteorang sambil senyum. Tak bersalah betul menonong turun cafe gigih makan untuk lunch walhal masatu baru pukul 10 pagi.

Sampai Melaka Sabtu petang, bahagikan task memasing, Isnin malam gerak.Walaupun masa singkat, we manage to complete the tasks. Cikon handle transport,ticket etc, Aliah handle penginapan dan aku handle tentatif, port makan best,ticket, and etc. Memang redah habis. So gerak Isnin malam, jumpa dekat TBS pukul 8 malam, memandang kan Aliah dari Bentong, Cikon Klang , aku dari Melaka. Makan dekat TBS, dan aku briefing aktiviti sepanjang 3 hari tu. 

Bila dah gather, Ali kata Penang sekarang tengah hujan petir,plus ada certain tempat dah banjir. Terus tak puas hati check lagi forecast. Terus mood lari kejap, sebab tengah hari pagi tu baru check, cuaca sangat okay. Cakap dengan semua, takpelah kita doa je lah Allah mudahkan urusan. So ticket Trans TBS - Georgetown pukul 12 malam. Nice lah tu boleh tidur sepanjang perjalanan, dan akan sampai ngam-ngam Subuh.Supposedly pergi nak naik ETS, tapi tiket paling lewat 8 lebih malam,so cancel, balik baru naik ETS.

Day 1
Transfer Road, Ramzan, Bukit Bendera, Batu Feringgi Night Market

Sampai Georgetown Terminal around 5.45 pagi, hujan sepanjang perjalanan. Kiteorang terus lari ke surau KTM, solat . breakfast dan rapikan muka yang tak serupa orang tu.
Alas perut dulu dengan apa yang ada

Plan asal breakfast dulu dekat Transfer Road,pastu naik bas Hop On Hop Off terus pergi Bukit Bendera. Petang sewa basikal cari Street Art dan food hunting. Tapi memandangkan hujan turun all the way tak nak berhenti,terus tukar plan. Breakfast dulu dekat Transfer Road.

Naik free shuttle / CAT Bas. Tunggu je dekat lane CAT Bus. Dia pusing satu town. Mostly tempat tarikan pelancong. Dengan hujan yang tak nak berhenti, dengan memasing sandang haversack dan backpack, dengan baju hujan takde, dalam lima belas minit gak ah berlari akhirnya jumpa pun.


Tak rasa nak makan roti canai ayam besar tu, so semua order ni. Oh ya, kiteorang dah asing sesiap duit makan dan duit travel (untuk segala ticket). Duit travel sorang RM 200, Cikon yang pegang, duit makan sorang RM 50 Aliah pegang. Senang buat macam ni, takde lah belanja tak tentu pasal. Kata trip backpack. Pastu memang saja suruh dorang pegang sebab iols malas nak handle duit. Mehehee.


Lepas makan, berlari cari mini mart sebab nak beli ponco/baju hujan. Yang kelakarnya,punyalah cuai seketul Fatin Syahirah, main ambik, terus bayar pastu confident tak tengok pun saiz. Dah bukak plastik baru perasan rupanya kids size. Lagi sedih tak boleh tukar, dah lah haversack besar, so tak boleh butang ;/.

Baju iols je yang ada gambar kartun. Ni lah 3 ketol power ranjers yang berkeliaran di Penang dengan baju hujan. Check in bilik pukul 2, hujan tak mau berhenti, decide jalan sampai jumpa Tourism Centre. Allah permudahkan urusan, dipertemukan dengan Pak Cik Othman. Mintak map dan tanya mana makan best. Hehehe. Pak Cik Othman bagi tinggalkan bag dekat situ, dan suruh kiteorang pergi makan dulu.






Seperti yang dicadangkan, Tadaaa. Briyani Ramzan. Kata Pak Cik Othman, Ramzan ni famous among local, even Datuk Bandar pun selalu bungkus. Kalau pergi sana, jangan lupa order Ayam Bawang dengan Briyani Kambing. Kiteorang order satu Briyani Ayam Bawang, satu Briyani Kambing. Makan bertiga.


Pergi ambil bag, terus cari Guest House Muntri, which located at Muntri Road. Memula nak singgah muzium terbalik tu, tapi ramai sangat orang beratur, terus decide pergi check in je terus. Oh ya, sepanjang kat sini tak masuk pun memana muzium sebab dekat Melaka pun ada. Nasib dapat check in awal around 1.30. Kiteorang amik satu bilik katil besar, tidur bertiga. Alhamdulillah selesa walaupun bilik kecik. Dah kata untuk tidur je. Solat jamak sesiap, charge phone, terus keluar. Memasing malas nak mandi.


Alhamdulillah, cuaca cantik. Kiteorang naik Rapid dekat Komtar, harga tiket tak ingat. Sampai Bukit Bendera around 3.30. Lepak sampai 6.00 pastu memasing bising lapar. Oh ya, bawak kalau ada student card sila bawa. Student price dapat RM 5.00. 



Ambil bas pergi Batu Ferenggi sebab nak tengok Night Market. Aku tak berapa suka sangat sebab peniaga dia main tarik2 promote spa dorang plus ramai gila Arabian kat situ. Ada sorang Arab ni boleh pulak pukul peniaga dekat situ dengan besi. Kecoh gak, terus kitorang bla terus cari makan. Nak makan Mady char kueh teow, tapi tutup pulak. So makan je la apa yang ada, beli tshirt nak pakai sesama, oleh-oleh sikit, pastu tunggu bas balik Georgetown.

Sampai bilik, mandi, solat , terus pengsan memasing.

Day 2
Escape Park, Pasembor Menari Gurney Drive, Hameed Soup


Pukul 7 dah keluar. Cuaca cantik. Breakfast dekat dekat Lebuh Leith where I used to call Lebuh Letih.Hahaha. Nampak group of girls pakai tracksuit dengan sport shoes break fast dekat situ. Confirm nak pergi Escape Park gak. Habis breakfast terus tunggu CAT Bus pergi bus station untuk amik bas pergi Teluk Bahang. Dalam perjalanan nak kejar CAT Bus tu, kiteorang kena sexual harassment. Dem, Aliah yang paling trauma sebab dia je yang nampak exactly apa bangla tu buat to us. Keadaan macam ni lah engkau memerlukan mahram or at least boys masa travel.

Tiket bas Rm 4.00 per head.Jangan buang, nanti sampai kaunter boleh redeem masuk dalam locker topap, so total locker topap kitorang RM32 sebab dah topup sesiap RM 20 masa beli ticket online, plus 3x Rm 4.00 tiket. Tiket escape park better beli online, murah sikit, pastu print.



 Game first kiteorang Tube Racer kot nama dia. Best, masa tu takde orang. Nak pikul ke atas tu separuh nyawa. Pastu main yang panjat bangunan tu, sebab kaki pendek, aku give up. Hahah. pastu takut nak turun sebab gayat. Kata Ada "Atin ni hiking stamina okay, tapi gayat pemende". Hhaha. Gayat gila woi. Pastu main yang bergayut dekat tali macam tarzan tu. Dah sesiap pakai tali pinggang keselamatan tu, tapi tengok cikon menjerit terus turun bukak. Hahahaa. Terus kena kecam dengan bangla & pakcik yang jaga tu T.T.


Next game,yang paling tertunggu-tunggu. Flying fox. Kiteorang group first yang main. Seketul Fatin Syahirah menjerit macam pondan. Orang yang gayat je tau perasaan di macam mana. Dahlah takde orang jaga, T.T. tapi best, sebab track dia panjang dan lama.So, hilang sikit gayat tu,Aliah ajak main bungee jump 20 meter tu, Memandangkan Aliah birthday girl haritu, kuturutkan juaa permintaan dia,Jadi orang second last. Weeee turun dengan jayanya,tak sempat pun nak menjerit. HAHA.  Pastu Ali ajak main Flying Kites yang dekat atas tu. I was the one yang pull the rope, memang aku menjerit all the way the game, Hahaha. Tak ready tau2 dah swing je.

Sebab duit topap banyak gila, beli air botol besar terus. Solat jamak sesiap, ready terus nak main monkey business. Tapi hujan lah pulak. So decide main maze runner yang kena cari jalan keluar tu. Masuk sekali dengan anak foreigner ni. Dia dari German, umur dalam 6 tahun tapi tak paham English. Jenuh nak bagi arahan suruh ikut kiteorang, last2 Cikon tarik je tangan dia. Lepak tengok show akrobatik kejap pastu cadang nak bersiap balik. Tapi staff situ suruh tunggu join poco-poco. Yeay menang tempat kedua Poco-poco. Padahal dah tersebar meluas sesama dorang kes aku cabut lari sebab gayat tu. Hmmphh.



Mandi apa semua, terus tunggu bas. Kiteorang turun Gurney Drive untuk makan . Lapar terux. Order laksa, char kueh teow, pasembuq. Malangnya the famous pasemboq tu dah tak menari lagi. hahaaha.
Pasemboq tu share, gila kalau nak makan sorang. Laksa kurenggg.

 Tersandar kekenyangan. Around 7.30 malam tunggu bas balik georgetown. Balik bilik, solat sesiap, terus keluar cari supper. Nak rasa Hameed Soup punya pasal, walaupun perut dah nak meletup, ku gagahi jua.


Pergi cari aiskrim, balik, mandi, packing bag sesiap dan tidur.

Day 3
Street Art, Kota Cornwallis. Nasi Kandar Line Clear

So last day. Tiket ets pukul 3 so decide paling lambat pukul 12 dah check out. 7 .00 pagi breakfast dekat guess house. Terus keluar haunting Street Art. Borong oleh-oleh sikit untuk insan tersayang. Amik CAT Bus turun Kota Cornwallis. Nak masuk cam tak berbaloi, terus lepak esplanade nak rasa the famous mee sotong. Tapi malangnya pukul 11 baru ada. Tak tunggu pun sebab rushing, lepak pantai kejap, terus balik bilik.

11.30 terus check out. Terus singgah Jeruk Pak Ali. Shopping sikit, lunch terus dekat Nasi Kandar Line Clear, sesambil lepak makan ABC. Singgah Tourism Centre jumpa Pak Cik Othman.



 Met this person dalam bas. such an honor for me to be able meet this person face to face.Selama ni baca pasal dia dekat web. Kejar feri, terus jamak dekat surau KTM. Make up pun tak sempat sebab rushing gila.

Sampai KL Central pukul 7,terus masuk burger king untuk dinner. Farewell goodbye dengan Cikon sebab dia amik KTM balik Klang, while aku dengan Aliah balik TBS dengan KLIA Express, cepat sikit sampai. Solat Jamak sesiap, terus beli tiket balik Melaka. Farewell goodbye dengan aliah sebab dia balik bangi,terus turun bawah. Pukul 10 sampai Melaka.




Alhamdulillah, even plan last minute, tapi berjaya dengan jayanya. Thank you korang. Takde sentap ke apa, ketawa je sepanjang tiga haritu walaupun sikit lagi nak sakit jantung kena sergah dengan anjing, mangsa sexual harassment dan sebagainya. Orang Penang semua best. Helpful and nice gila. Kena repeat lagi sebab tak rasa lagi Milani Chicken, Mee sotong, tak main monkey business. Total expenses setiap orang Rm 250. Budget berjaya.
Ok next trip ke mana kah kita?


Till there, Happy reading !xxxx


Friday, August 12, 2016

Emotional Appreciation Post: Degree Years is Over


Assalamualaikum,
2.04 a.m. Mata takmau pejam sebab dah tidur sepuasnya selama 4 jam petang tadi. Ye tauu, banyak entri tertunggak,cable tak detect phone,terus malas. Haha. Nanti kita up okay, but first let me post this entry . SALAM UiTM already sent their email, alhamdulillah, all praised to Allah The Almighty. All the hard works, efforts, ups and down emotions through the journey especially these 2 final semesters were really paid off. If the grading of convocation cgpa is remain the same, I'm officially grad with First Class Honours. Another self achievement unlocked. Those selempang pink, kita belum berkesempatan nak berjodoh lagi, takpe tengok kawan-kawan pakai pun dah tumpang gembira. And the most important is, to both my parents, this is for you. Thank you for your efforts and love in raising me up even though its hard and tough. Both my parents doesn't have a higher education, but still they managed to provide us with a better education.May Allah bless both of you and lend them longer. ;').

"look into my eyes-you will see
what you mean to me

There's no love like your love
And no other could give more love
There's nowhere unless you're there
All the tine, all the way, yeah

Everything I do, oh I do it for you


I dedicate this song for both of you. Thank you Mak for stay healthy again. The struggle seeing you at your worst health condition during these 2 years and half is slowly killing me inside.And those yang banyak membantu selama perjuangan ini sama ada secara langsung atau tidak, may Allah bless and repay your kindness. 

Tetiba rasa cam ada bawang depan mata. Last but not least, Alhamdulillah, Degree years is over .