Salam,
Syabas betul dalam seminggu berjaya up 3 entry. Mehehe. Entry kali ni nak share my acne journey. Dilarang sekerasnya baca sambil makan, kerana risiko untuk mual,muntah sangat tinggi. Pastu tetiba ada watermark nama link blog hahaha, sebab taknak lah orang curi gambar pastu tetiba masuk testimoni kejayaan local product. Mehehe
To be honest, I never has acne problem or skin problem since akil baligh. Even period pun jarang sangat naik jerawat. Nak dijadikan cerita, end of 2013 umur nak masuk 20 kalau tak silap (malas nak kira), masa tu dah start naik jerawat masa period. Eh pastu banyak pulak dia naik. Orang kata perubahan hormon sebab nak dewasa. Omg iols dah panik. That time baru pandai main ig,dan baru start tau pasal local product, cleanser, krim pagi, krim malam, bla-bla.Adalah sorang kawan ni masa tu kulit dia memang ketara nampak bersih. Jerawat dia hilang weh. So dah panik kan, mula ah kepochi tanya "weh kau guna apa hilangkan jerawat?" and the rest is history.
Ni gambar sebelum semua kisah duka bermula. I was 18 kalau tak salah. Muka suci betul.
So the nightmare began. Lepas dah guna product xxx which is local product, everything was very fine. Until one day, masa tu habis kot krim semua lah, so decide nak balik ke pencuci yang asal where you can bought from drugstore. Masa ni lah start breakout. Umur 21 kot.
after
Tadaaaa, memang magic gila, dapat balik kulit yang dulu. So sambung je la guna, sebab rasa dah jumpa produk yang sesuai. Tapi langit tak selalu cerah, lepas botol ke dua, dia mula tunjuk belang. Keluar tiga ketul yang jenis ada nanah tu, pastu tak nak hilang.Terus cari kakak yang jual tu tanya kenapa jadi macam tu. Jawapan dia jarang customer dia jadi macam ni. She keep guiding me and give some tips. Aku tetap tak puas hati, sebab macam tak berkesan like botol pertama guna tu. So aku decide to google.
Breakout lepas guna botol ke dua nak botol ke 3 of second product. Lagi teruk
Lepas aku gugel, masyaa Allah ramai gila senasib. Puas dah nangis. Aku decide nak stop serta merta. Aku buang terus semua benda tu. Baru lah nak baca segala tok nenek acne regime. Antaranya the acne.org.regime. Dia ajar untuk bare face muka sebulan. Memula down gila nak keluar pergi kelas without any single powder or foundation.Tapi ku gagahi jua. Nasib classmate sorang je lelaki. Masa ni aku start dah jadi orang lain. Which is lepas kelas je terus balik bilik, merap je dekat rumah. Aku cuba elakkan dari jumpa face to face dengan ramai orang sebab they give that "eee geli gila tengok muka engkau," look.Aku pernah kena tengur dengan kawan lelaki. Emosi jangan cerita lah madang je down. Mujur ada orang yang stay, sentiasa bagi support. Rasanya kalau ada boyfriend masa tu confirm dah kena tinggal. Hahaha
Middle of 2015
Masa ni dah start jaga makan. Tak amik dah benda memanis,tak makan makanan bergoreng, minum air 3 liter but still macam takde effect. So aku decide baik consult pakar kulit dari spend beratus dekat benda yang entah kan jadi entah kan tidak. Aku pergi dekat Klinik Kulit Subra, Jalan Ong Kim Wee Melaka. Habis duit PT bayar duit ubat and cream. Sebab kes aku kronik, doktor bekalkan accutance, which this ubat untuk bunuh bakteria. Untuk sebulan harga ubat ni je RM 200. Ubat ni effect dia kuat where you can't getting married sepanjang makan ubat ni sebab kalau pregnant your baby might be cacat etc, pengelupasan bibir dan nose bleeding. Siap kena sign form sesiap, segala risiko tanggung sendiri. Only dr je yang boleh bagi ubat tu. Even kau pergi farmasi pun diorang takkan bagi. Government tak sure.
Dua bulan gak lah makan accutance, memang nampak perubahan besar. Slowly kering those suck jerawat tu. Pastu tak pergi lagi dah, sebab takde duit. Hahaha. Semua guna duit sendiri tak nak susahkan parents.
.
.
.
.
Tadaaaa. July 2016.
Tak lah 100 % pulih, sebab still ada parut, kekadang naik jerawat gak, tapi dah reti nak handle kalau naik jerawat seketul dua.
Dua benda ni memang guna sampai sekarang. Cetaphil ni nak masuk botol ke 4 dah. Alhamdulillah, serasi. Sebab kulit aku jenis berminyak, so beli yang oily. Tapi mahal gila berbanding cetaphil yang normal. Nak jimat grab terus dua dari beli satu. Even masa consult dr, siap bawa Cetaphill tunjuk. Kata kawan yang pernah pergi klinik kulit, dr pun suggest cetaphill.
Dalacin pun. Kalau naik jerawat, memang aku dab bebanyak, nanti dua 3 hari dia hilang.
#PLEASE korang, jangan ada niat nak cuba local product. Tambah lagi lambakan local product bagai cendawan tumbuh. Yes banyak testimoni berjaya, but cuba tengok jugak testimoni bad effect.
#Kalau boleh guna yang organic. Memang lambat effect tapi selamat. Kulit kita lain-lain, ada yang pakai serasi, ada yang pakai tak. You need to keep trying which is suitable with your skin.
#Jangan lupa minum air bebanyak dan jaga pemakanan. Please banyakkan membaca. Dekat internet melambak tips jaga kulit. Jangan malas dan ambil langkah mudah.
And girls please, tak payah lah jerawat baru naik seketul, kecoh macam dunia ni dah berakhir, nak je aku debik sekali.
Till there, happy reading!
No comments:
Post a Comment