Salam,
Bertemu lagi dalam #kakpaten jalan-jalan. Kali ni kita melancarkan kempen melawat Perak.
Actually, Royal Belum bertahun dah masuk dalam a must place to go list. Tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Finally,tadaaa.
[Disclamer: Entry penuh dengan gambar]
Royal Belum Perak, terletak di Grik. Ni first time sampai ke Grik,boleh tahan jauh gak. So ahli-ahli kali ni, part of bebudak Gigs. Yayers.
Gerak dari Melaka Jumaat pagi, which are aku,Maya,Kudut. Nabila pick up dekat stesen bas Shah Alam,amik Ziha dekat Sek 7, terus gerak ke Ipoh.Cuaca memula cantik, lepas je Tg Malim,hujan lebat. This trip tak plan pun. Boleh kata last minute plan, Alhamdulillah here we are.
There are few things happened during this trip.Seriously,miscommunication with the people in charge, I lost my spectacle and etc, but I take these experience as part of memories in Royal Belum and part of learning process during travel.
So sampai Ipoh around 9, lepak Ipoh kejap. Nothing special datang Ipoh malam, lepak tengok air pancut depan KTM Ipoh,pastu gerak tengok lampu dekat Ipoh tu. Gambar Ipoh tak copy pun dari Ziha. Dalam 10.30 terus gerak ke RNR Sungai Perak. Kitorang decide nak overnight dekat RNR Sungai Perak memandangkan pagi Sabtu baru check in chalet. Second time tidur dalam kereta. First dulu kalau nak pergi hiking yang gerak awal pagi,selalu la tidur dalam kereta tapi x selama ni la ataupun tidur masjid. Ini dia punya panas satu hal,bising dengan bunyi motor pun satu hal.
So lepas subuh terus gerak Grik. Dia punya sejuk tu,beku. Singgah breakfast dekat nearby stall,terus contact person in charge. Oh ya,kitorang tak tidur house boat tu, yaaaa I know, orang pergi Royal Belum mestilah nak tidur houseboat,tapi kitorang tidur dekat floating chalet.
Sabtu Pagi
Singgah buang apa yang patut
Check in, dan baring. Semalaman tak dapat proper sleep. Wow gak la sebab first time experience tidur atas air. Feengfeeling macam cerita Teacher Diary.Bahahaha
11.00 pagi terus ke Jeti , jumpa our guider Pak Wan.
So aktiviti first day ni :
#melawat perkampungan orang asli
#pergi tengok waterfall
Excited betul kakak dapat naik speed boat,dikelilingi pokok-pokok kiri kanan
Tekun dengar Pak Wan explain
Berhenti dekat Pos Renjer Hutan, tunggu Pak Wan serahkan permit
Khusyuk nau baca permit
Antara perkampungan orang asli
So kitorang melawat Kampung Aman Damai. Kampung ni antara pekampungan orang asli yang jadi tarikan pelancong. Penduduk dah biasa terima kunjungan pelancong, so diorang tak takut. Kata Pak Wan lebih sepuluh buah perkampungan dekat Royal Belum. Yang bestnya adat dia sangat unik dan menarik, which is lepas dorang kahwin dorang kena pindah keluar dari kampung tu. Dan menantu tak boleh jumpa mertua sampai lah hujung nyawa. [kalau tak silap,apa yang pak wan cerita, kalau salah sorry]
The kids are super friendly and they know how to pose
Pak Wan belanja menyumpit. Thanks Pak Wan. Yang atas ni penduduk kampung bagi demo macam mana nak menyumpit
Power gak kakak menyumpit walau cubaan pertama. Hahah
Sebelum pulang, group photo sesh
Sejam gak rasanya dekat Aman Damai tu, terus ke Air Terjun
Trekking dalam 15 minit sepak daun, dah sampai.Makan dulu, lepastu zasss apa lagi. Alhamdulillah, timing cantik,so masa sampai takde orang. Kata Pakwan kalau clash dengan memana houseboat,confirm penuh
Besar gila pokok ni. Can't remember the name
So memandangkan petang free and easy,Pak Wan ajak makan dekat rnr sempadan Perak & Kelantan tu. Sejuk gila woi. Terharu gila sebab kata Pakwan situ ada nasi kerabu,so dia bawak kitorang makan situ. Sebab pagi tu aku tanya mana nak dapat nasi kerabu.
Second time sampai sini. First dulu masa buat event kelas dekat Terengganu. Dulu sebab berhenti solat je kot
Sampai bilik,sambung pillow talk pasal masa depan. 25 dah woi
Ahad, Hari Kedua
#Tengok Raflessia
#Tengok animal salt lick
#Pergi Fish Sanctuary
Actually, tengok raflessia takde dalam tentatif pun. Tapi masa kitorang sampai first day tu Pak Wan tanya. Katanya kebetulan kitorang sampai rafflesia tengah kembang.Dah lah bukan senang nak jumpa Mana tak excited semorang, kalau tak kena tunggu lagi 4 tahun 9 bulan, dan dia hanya kembang selama 5 hari je sebelum dia mati. You may google about raflessia. So Pak Wan charge 30 per head,sebab tempat raflessia is quite far and since this activity is not include in our tentative, why not kan.
Pagi lepas breakfast, terus tunggu Pak Wan kat jeti.
Treckking sikit dalam 5 minit dah sampai. Rezeki gila masa tu takde orang langsung. So dapat dengar lama Pak Wan explain
Gigih masuk dalam pagar sebab nak pegang
Sebab takde orang, Pak Wan bagi masuk untuk ambil gambar dengan lagi dekat dan rasa dia punya kelopak tu
Ada tiga masa tu. Satu tengah kembang, satu baru nak kembang,satu lagi dah mati
Baru nak kembang
Elok kitorang turun,datang dua bot . Siapa je taknak tengok Rafflessia dari dekat.
Terus ke Sungai Papan.untuk tengok animal salt lick
Muka masing-masing sebelum kena cium pacat
Kena cross jambatan gantung
Trek sepak daun dalam 10 minit,tapi agak slow sebab baru lepas hujan
Inilah tempatnya. Binatang turun untuk jilat mineral dan garam
So yang batu hitam bawa tu mineral yang binatang hutan seperti kijang,etc akan datang jilat dan yg tergantung atas tu garam
Jumpa binatang ni,bila dia terlanggar sesuatu atau rasa nadi manusia, dia akan bergulung macam tu for quite some time.
Otw balik la baru hingaq sikit hutan tu sebab memasing kena cium pacat. Hahaha. Aku merasa gak la kena cium pacat. Cis sampai pinggang dia naik.Itu pun sebab rasa gatal,sekali tengok pacat
Yang paling fobia, yang tudung hitam tu. Hahah
Last destination is fish sanctuary.
Kata Pak Wan,kalau takde orang memang kita akan nampak ikan kelah yang super banyak. Kebetulan masa sampai tu tengah peak gila.Around 30-40 orang macam tu. Ada few boat dari house boat nearby dah sampai dulu. Nasib kitorang tak rushing, so chill lunch dulu. Elok,kitorang masuk nak mandi, diorang pun blah,. Elok gila,berendam lah sampai kecut selama sejam.
Dekat sini dalam gila T.T
Lepas sejam berendam sampai kecut, terus dipanggil pulang. Hergh
Port orang pancing Toman
Bukan main senyum. Padahal lepas tu murung sebab spect jatuh dalam tasik T,T
Maka tamat aktiviti dekat royal belum. Farewell dekat Pak Wan. Baik sangat dia layan kitorang.
Balik bilik mandi,pastu layan maggi cup sambil tengok tasik.Padu gila sebab masatu hujan. Malam lepak kedai makan dekat situ sambil tengok orang karok. Celebrate new year dalam mimpi sebab pukul 11.00 aku dah tidur T.T
Check out 7.30 pagi sebab nak singgah Ipoh & takut jem
Perak kiri kanan durian. Which is so cheap. 15 per kilo. Melaka bukan main payah dan mahal lagi
Feeling habis tu kak
Laksa Telur Sarang,yayers my second time. sedapnyaa
Balik singgah Kellie Castle. Lepak sejam, explore baca sejarah terus shoot balik KL. I was a little bit unhappy sebab spect hilang, and I can't enjoy the view that much. Semua benda kabur
Sambung tidur Seremban, sebab tiket balik Melaka habis.
Anyway thanks everyone. Pak Wan, thank you so much. Service memang tiptop. Despite semua benda yang jadi from the day we arrived, Allah hantar Pak Wan jadi guider kitorang. And evertything jadi smooth. Semua orang puas hati. Bagus jugak kitorang ni small group,banyak benda kitorang dapat.Penuh ilmu dan knowledge baru .Jaga kitorang macam sorang ayah jaga anak-anak perempuan. Oh ya, trip ni kitorang x deal dengan Pak Wan, tapi Pak Wan pun ada houseboat gak. You may reach him at [60 19-517 0001-Pak Wan]. Boleh lah mintak quotation untuk family day,team building etc.
Surely will come back again, sebab banyak lagi tak explore,and of course akan ambik houseboat Pak Wan this time.
And to Maya, Ziha, Nabila, & Kudut, thank you for making my wanted place to visit unlocked. Jangan serik lagi. Perhaps banyak lagi trip adventure next time,itupun kalau engkorang bujang lagi.
Puas gila dapat back to nature. The smell of fresh air,the surrounding,so breath taking. I miss my hiking buddies actually.
*oh ya,buat kaki pancing, definitely you will love this place
Anyway, till there. Happy reading !