Sunday, June 10, 2012

semester 3

Assalamualaikum,Bismillah

Hari yang ditunggu, menjelma jua, ceh. Kini aku sudah selamat tiba di bandar Segamat,*eh bandar ke?*di bawah pengwasan pak guard UITM,di bawah seliaan UPK Intan. Hahah. Alhamdulillah,semester 3,masih lagi di wing yang sama seperti semester 2.Di tingkat 3,tetapi bilik yang lain.

Mati-mati ingat dapat blok belakang,wuwu,memandangkan semester lepas banyak memain. Tapi sekali lagi syukur,phew. 
  • Bilik masih lagi dua orang,
  • buka pintu je terus nampak pili air tandas,dekat dengan ampaian.
  •  Aku dah tak perlukan jam loceng untuk kejutkan subuh,sebaliknya aku akan dikejutkan dengan suara-suara manusia,bunyi-bunyi air yang menyimbah lantai,dan derapan tapak kaki manusia-manusia di wing ni.
  • Yang lagi best,2 orang classmates aku  menemani aku di wing semester ni,
  • Ex-roomate pun still wing ni
  • Roomate part 2.Dan baru dapat tau roomate pun dulu wing ni ;). Tapi tak jumpa lagi,sebab dia tak balik lagi
  • Jauh dari bilik qila,hanis. Tapi takpe,akan ku gagahi turun bilik qila di ground floor. exercise sikit
  • Tapi hampeh,depan tingkap ada pokok,so wireless uitm ASTAGFIRULLAH SELOWW




 hijau pilihan warna untuk beradu
eh ada board,katil roomate tak de board ;p, 
 my work station,,
 lantai fully bertikar. Boleh main dam kalau tengah steges
 stok makanan,maklumlah banyak mulut yang nak disuap.
*eh,ada kaki*
setiap sem,almari kosong,tatau nak letak apa ;/



P/s hi new semester,please be nice with me,
*mengikut jadual esok kelas 8.00 a.m - 9.50 pm.astagfirullah * mintak-mintak banyak yang cancel 

Tuesday, June 5, 2012

kayak orang tua

Assalamualaikum,bismillah.

Lately, aku semakin pelupa. Barangkali berkongsi makanan dengan semut . Tapi seriously,sangat.Macam khamis lepas,before berangkat pulang ke kampung,sebab malam tu akan berangkat ke Pangkor. Tepat 6.30 petang macam tu dah terpacak depan tv,nak tengok NADA CINTA yang ntah bila nak habis. Tepat 7.30 terus masuk bilik air,ambil wuduk. Lalu spek mata terus aku baling ke mana ntah. Selalu mak yang akan kutip,letak tempat biasa.She always nag to me.Haha

Then,lepas maghrib nak balik kampung dah,menggelabah cari spek mata tak jumpa,mak apa lagi,machine gun dia dah nak start enjin,seriously memang tak ingat letak dekat mana,padahal tak sampai 10 minit. Kayak orang tua,muda-muda dah lupa. Syukur ada Amin,dia yang tolong cari. Padahal spek mata tu depan mata je kot,tapi emang dasar rabun,memang rabun..ahaha

Satu lagi peristiwa,masa dekat Pangkor. Dalam bilik aku ada 4 orang,kami anak-anak dara. Before nak mandi, as usual my habit,letak je mana suka,haha too bad. Esok tu time nak keluar suddenly,I realized my watch tak  de with me. Lagi sekali menggelabah cari,tanya semua orang dalam bilik, sekali lagi mak keep nagging on me,on my habit actually. Ralat,terkilan,semua ada. Eventho jam tu tak de lah beriban-riban, tapi bila beli pakai duit sendiri  rasa dia semacam tau. Beli sebab as a reward ,so guna duit sendiri beli jam yang agak elok,dan mahal sikit.
Tapi mak kata,kalau barang kita tu halal,melalui sumber yang halal,InsyaAllah jumpa . Awal-awal lagi dah cakap dekat diri,kalau tak jumpa tak pe,anggap je tak de rezeki,sambil berdoa.

Malam last dekat Pangkor,masa mak kemas beg,suddenly mak bagitau jam tu ada dalam timbunan baju-baju. Alhamdulillah syukur. Kayak orang tua lagi . Tu baru sedikit,rasanya banyak lagi peristiwa macam ni.. Too bad,kena cegah dari sekarang kerana mencegah lebih baik dari merawat #eh?

*5 more days to go.. New semester is just around the corner





Monday, May 28, 2012

Dia tahu

Assalamualaikum,bismillah

Dia Maha Mengetahui yang aku rindukan seseorang
Dia tahu orang itu,
Rindunya,
Ku mohon padaMu,Kau tempatkanlah dia di kalangan orang yang beriman.
Al-fatihah,



yang sangat merinduimu,

Tuesday, May 22, 2012

kahwin muda

Assalamualaikum,Bismillah

Ceh,cuba tengok tajuk,hehee . Perasan tak,sekarang ni  should I call trend kahwin awal/ kahwin muda. Perasan atau tak? Siapa kata zaman dulu je orang kahwin muda? Zaman urban ni pun orang still lagi kahwin muda. Bukan mengeyam,menggatal or what ever, tapi Allah dah terlebih dahulu mengirim tulang rusuk mereka yang hilang terlebih awal berbanding kita yang lain.

Dan macam sweet gila tengok both of them. Contohnya kakak mira ni. Dia kahwin lepas je habis matrik,sebab matrik tak benarkan students kahwin masa sedang buat matrik. Kak mira ni dia kenal suami dia dah lama,dan dorang ni pun macam orang yang alim,so nak elakkan sebarang benda tak elok berlaku,dorang pun berkahwin. Ni cerita dia. Jemput lah baca,kot-kot nak buat sumber inspirasi ;p.

Dan satu lagi pasangan yang aku adore gila Kak Dena Bahrin. Sure most of korang mesti pernah tengok video propose  yang sweet to the max ni dekat u tube. Kalau aku jadi dia pun confirm  terharu gila. Haha ;).
Yang best gila pasal Kak Dena ni, lelaki tu pilihan keluarga. Love after marriage kan sweet ;) NI cerita dia.
Dan banyak je lagi sebenarnya.

But,the main point here,bukan lah aku nak cakap aku nak kahwin sekarang ,calon pun tak muncul dalam istikharah lagi. haha. Padahal tak pernah,tak berani,tak berniat nak buat lagi buat masa sekarang. Most yang kenal parents aku mesti tau cemana diorang. Mana maunyer nak bagi kahwin awal. Bercinta sekarang pun tak pernah bagi,ni nak mintak kahwin?memang aku menempah maut ;p

Cakap pasal kahwin,hari tu log in fesbuk macam biasa. Biasalah,aku cuti ni aku TLDM Je. TLDM tu mende?
tidur,lepak & makan .hehe. Tiap-tiap hari doa ada orang tersalah bank-in  duit seribu ringgit dalam bank islam aku,,haha. macam Ina,orang salah bank-in duit dalam akaun dia. Ni tiap kali bukak purse, tengok ada 1.20 je. Nak beli coolblog pun tak lepas *kesat air mata*..

Eh dah merepek banyak sangat. Ha,haritu log in fesbuk,tetiba ada satu gambar ni buat mak sentap nak. Classmate kita dah bertunang. Dan tunangnya pun classmate kita jugak. Alhamdulillah,selangkah je lagi nak bina masjid. Biar syaiton nirrajim tu menangis berkoyan-koyang tatkala anak adam mendirikan masjid. Even though dorang baru 19,tapi siapa kita nak cakap "eh,nak bagi makan apa nanti,belajar pun tak habis", parents  dorang watlekwatpiswatkool,korang pulak nak bising. Mungkin jodoh dorang dah sampai. Dear both of u,semoga berbahagia hingga akhir hayat. Mr K,wa salute ah kat lu,,ahahaa. bila tanya bila nak kahwin?jawapan yang sama je dua-dua ekor,adalah,rahsia. nanti kahwin kiteorang jemput.

Last week pulak,kawan masa sekolah rendah dulu,tak ingat pernah sekelas ke tak dengan dia ni,dah pun mendirikan masjid. Dah la pakai warna grey,,jeles,,ahaha.. Congrats to both of u, Najib & wife. Bro sorry sesangat sebab majlis korang nanti tu aku tak dapat datang. Anyway selamat pengantin baru,moga kekal hingga akhir hayat.

So,guys kalau rasa nak mendirikan masjid awal,kumpul duit dari sekarang.  Girls pulak jangan lah demand tinggi melangit  Nak cari lelaki kelakar macam Ustaz Azhar, handsome macam Ustaz Don dan suara mengasyikkan macam Maher Zain. Mana mau dapat beb? haha. terjumpa dekat blog Theotherkhairul
Seriously,blog dia best nak mati. Tak de pasal secret recipe yang dia makan pagi tadi, tutti frutti yang dia makan malam tadi,tapi info-info menarik. Dari korang takde kerja,pastu tido. At least dapat la tips2 barang satu dua..

Oh ya,selamat datang bulan Rejab. Sesiapa yang berpuasa hari ini dan seterusnya,selamat berpuasa. Bila Rejab menjelma,bahang Ramadhan semakin terasa.

Sunday, May 13, 2012

WANITA

Assalamualaikum, Bismillah

Terjumpa,artikel ni di wall senior,sekadar renungan bersama ;)


6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..j
adi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......


Monday, May 7, 2012

Ageism


Assalamualaikum ,Bismillah

hi everybody ;p. Last semester, my favourite subject was IMD 157,which stand for "Communication Skill For Information Professional ". I'm so in love with this subject just because the lecturer is sooooo cool,funny enough,and sporting. Her name is Madam Iffah. You would not getting bored every time you attend her class. Trust me, besides she is the most famous lecturer ever in our faculty.
* enough ,back to the topic*

dalam banyak-banyak topic ada topic pasal ageism. What is ageism? Ageism is the discrimination based on age:usually discrimination against the old and against aging,can refer to any age group.

sometimes people don't realize this. Just remembered last week, I had done this type of discrimination towards my uncle.. Too bad,hahaa.
Uncle: ira,dah smpi mne?..............
me: sampai rumah............ *gila skema taip full sentences sebab takut tak paham*
uncle: w'ky -stands for wokey. see,how advance he is

so,kita tak boleh anggap orang tua ni kena tulis perkatan penuh,kena cakap kuat-kuat dengan dia,certain isu kita tak boleh cerita dengan dia sebab dia tak up to date dengan isu tentang remaja.
 It's totally wrong. Just anggap diorang tu macam biasa.



Thursday, May 3, 2012

yaya dan rambut

Assalamualaikum,bismillah.

penat gila,tapi mata ni tak mau lelap. Tetiba teringat cerita Yaya dan rambut. Siapa Yaya? Yaya ni sepupu aku,yang berusia empat tahun kot kalau tak silap. Arwah makwe dulu tak panggil dia Yaya atau nama sebenarnya Dania kot kalau tak silap. Disebabkan dia mewarisi kulit papanya,yang sedikit gelap dan tidak seperti kakak,abang serta adiknya yang berkulit putih,maka arwah makwe panggil Yaya ni Intan. 

Menurut cerita makngah sebab makwe suka tengok sinetron Intan,maka digelarnya Yaya ni Intan. Manis katanya. Menurut versi arwah makwe,sebab Yaya ni sedikit gelap,maka apabila digelar namanya Intan,mudah-mudahan nampak manis,dan cantik macam intan permata giteww.

Berbalik kepada tajuk. Minggu lepas Yaya balik ke kampung ,pastu alangkah terperanjat gila bila tengok rambut Yaya macam ni.Terus tanya Mama kepada Yaya,katanya Yaya ni ambil gunting lalu dia gunting rambut nya sendiri. Untuk menyelesaikan masalah,terus dibotakkan rambutnya.


Kata abang,confius Yaya ke JACLYN VICTOR . Lagi hawau abang kata kulit lebih kurang,, Hahah
Yaya ni seorang kanak-kanak yang sangat hyper. Nasib baik pakai gaun,nampak ayu sikit. Ni JACLYN junior version melayu.



Yaya & adiknya yang sangat comel. ;D

p/s: pahal skema gila bahasa,pastu NURUL,aku curik gambar dari fb mu..hehe