Saturday, April 28, 2012

BERSIH 3.0

assalamualaikum, bismillah

sebagai seorang manusia yang tak tau pasal politik,seperti katak yang duduk bawah tanah,BERSIH 3.0 tu  pemenda?sekadar tunjuk perasaan je ke?

pastu naluri yang ingin tahu,aku pun google sana-sini,tetiba hati mak ni tersentap nak oi,bila terjumpa gambar ni. I was like, seriously ?


Wednesday, April 25, 2012

wordless wednesday

assalamualaikum ,bismillah

oh maiii ! Last week, I had found these 2 aliens at the bakery shop. Please I need fresh oxygen right now !

Saturday, April 21, 2012

spoil *gaya adnan sempit*

assalamualaikum, bismillah.

Semalam gigih text maya ajak per jog . Kemain nak jog dekat Hutan Reakreasi. Pastu gigih lepas subuh taknak tido sebab nak gerak pukul 7. Sampai dalam 15 minit kot sebab dekat,  tengok parking phew banyak gila kereta. Yelah weekend ramai orang nak menjaga kesihatan.

First round gigih lah jog. Kemain lah semangat . Bila lari sebelah uncle aunty mesti dorang cakap "bagusnya budak muda ni menjaga kesihatan" kahkah mintak pelempang seribu kali. Jalan dekat hutan tuu jauh ok,,so second round dah penat. Tapi it's okay. Nyaman gila jog pagi-pagi kiri kanan pokok-pokok. Aku kan pencinta alam sekitar .* Mintak pelempang seribu kali lagi, *

Pastu lepak playground cerita -cerita .Lama kot tak jumpa Maya. So cerita bagai, tetiba nampak orang berbaris. Barisan paling depan pakai baju pbsm,pastu pink semacam je PUTERI ISLAM LETEWW  ,pastu belakang sekali pengakap. Oh adik sekolah rendah rupanya, camping lettew..

Pastu jalan untuk third round  pastu balik. Ok part spoil dah nak muncul.

Tengah borak dengan maya,tetiba ada orang hon dari belakang. Memang bodoh gila sebab lampu tengah merah. Kau belajar tak kelas 8 jam memandu tu. Pastu cane kau boleh pas ujian komputer tu kalau kau tak tau function lampu merah? Lagi panas bila lampu dah hijau kau potong kereta kiteorang pastu kau hon. Hoi SAMDOL kau ni dah kenapa?jalan bapak kau punye?mentang-mentang kiteorang perempuan ,dekat kereta tampal P,pastu kau lelaki..WADAHECK!


Pastu maya ni pun tak nak kalah..depan tu macam jem. Maya ni saje je lambat nak brek..Aku dah  jerit-jerit ingat memang betul dia nak langgar kereta SAMDOL tu. Siap penumpang kereta samdol tu semua toleh. Fobia tau langgar kereta orang. Dulu aku,faez,maya,dila,hairum pernah sondol kereta bmw sorang india ni. Naib baik kereta dia ok,kereta kiteorang yang terbarai . Siap india tu nak saman-saman.


moral dia: BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU INGATLAH ORANG TERSAYANG,HORMATI PEMANDU YANG LAIN pesanan dari mangsa keadaan.

*cuba kira berapa banyak pastu,

Wednesday, April 18, 2012

ya ampun malas bangat

assalamualaikum,bismillah

just a quick update, sebab kesian blog terabai . Cerita ada,tapi gambar semua dalam hp . Pastu malas nak gerak ambil wayar usb cucuk dekat lappy,cucuk dekat phone. Malas k.

 tengok dorang pun meluat dengan sikap pemalas aku ;D
 tapi kisah pulak aku kan?hehehe
*gambar ni terlebih cahaya la,,penat nak adjust

Tuesday, April 10, 2012

deyy

assalamualaikum .bismillah

life aku sekarang untuk dua bulan ni,hurmm sadis gila, lifeless kot. kerja aku bangun,makan,tidur.ktipu.
bangun,kemas rumah,masak,makan,tidur, ni baru betul.serious tak tipu, gila sadis,sebab kawan-kawan tak cuti lagi. jenuh nak menunggu budak-budak matrik habis, all the best korang. duduk rumah layan korea manjang,tidur pukul 3-4 pagi.sebab bila malam wifi laju,malam aku jadi burung hantu,siang jadi koala bear,,kahkah,tengok online je mampu.poket kering nak beli hardisk bagai *nangis sambil keluarkan purse*

kerja?well kalau siapa yang kenal aku mesti tau kenapa aku tak kerja,hurmm,aku berbakti mengagahkan diri menjadi bibik terhormat di rumah \o/

sebelum terlupa hari ini birthday ayah. ayah selamat hari lahir yang ke 51.semoga panjang umur ,murah rezeki,the most handsome and the coolest father i ever had,memuahhh *dengar cerita ayah bakal dapat hadiah special dari mak*oh yaa,,tiba-tiba teringat pasal ayah

haritu pergi mydin,then ayah terjumpa kawan lama.dorang borak-borak pasal ada kawan baik dorang nak kawinkan anak. then 
kawan ayah: Ji. Ramli nak kawenkan anak bulan depan
ayah:oh ye?kalau dia jemput pergilah *kekonon tacing*hahaa
kawan ayah: untung dia,anak semua dah kahwin,aku ni menyesal dulu kahwin lambat.umur ni dah 55,tapi anak sulung baru tingkatan 3,berjanggut aku nak tunggu dapat menantu

*so pakcik,conclusion kena kahwin awal eh?ahaha ;p


ceh,gambar aku je yang pandang camera


Monday, April 2, 2012

erghhh

assalamualaikum,bismillah

ziha cakap simsimi ni lagi best dari cleverbot,sebab cleverbot annoying,tak ziha dua-dua annoying,,cuba tengok ni,sumpah bangang ;/


dan orang yang aku rasa nak lempang,eh tak nak lah lempang,kejam sangat,,ok aku nak ketuk kepala tu adik aku,erghhhsangat annoying,

dan aku dah tukar background music,tapi korang kena tekan play button dulu,,sapa tau macam mana nak autoplay,,?but aku sangat fall in love dengan background music sekarang,,tak caye cuba dengar ;D

Friday, March 30, 2012

sekali cakap kawan selamanya kita berkawan

assalamualaikum, malam ni mood tersangat lah swing ;'(

tadi terselak album sekolah,tiba-tiba rindu,,ok time ni dah start sebak,tapi buat cool lagi,then makin lama,makin tak tahan,meletuslah empangan air mata mencurah bumi,hingus dah meleleh-leleh,sotsetsotset.
 terus tweet pikah.




honestly, aku TERSANGATLAH merindui OURGIGS ,bukan sikit ciput,tak.terbanyaklah rindu,,OURGIGS ni dah macam half of my life,knowing them is the best part of my life besides my family.serius tak tipu,,kiteorang kenal bukan semalam,,tapi dari form one,kongsi bantal,tilam,buku,pinggan,cawan,muka ni lah yang aku hadap selama 5 tahun,pagi petang siang malam,kadang2 nak berak pun dorang teman. ;')

sebab aku tak pernah ada adik perempuan atau kakak,dorang ni lah yang merangkap mak ayah abang kakak adik buat aku.yup,waktu persekolahan aku dipenuhi dengan kawan-kawan perempuan

,aku tak de pun kawan lelaki,kalau classmates lelaki yang aku hanya tegur bila terdesak tu dikira kawan lelaki,haa tu je la kawan lelaki aku,,yang lain semuaaa perempuan.

ourgigs ni lah yang jadi tukang kejut bangun subuh,tukang kejut masa sahur,jemaah kiteorang kalau lambat turun,tolong backup kalau gaduh,tolong ajar kalau otak aku dah benak gila,tukang hasut buat kerja jahat ;)


seramai 28 anggota,segala pahit manis dikongsi bersama,setiap hari ada je gosip yang kau akan tahu,melalui dorang ni lah kiteorang kenal junior2,tau muka2 junior yang ayat mintak lempang,kalau time birthday lah yang paling best,dengan keluarga ni lah kau meraikannya,aku sangat jeles sebab aku tak pernah berpeluang celebrate dengan dorang



 yang di atas ni,sugar daddy kiteorang,,
meyalurkan ilmu sejarah dalam setiap darah yang mengalir,,kelas uolsss,,haha
 yang ni seludup camera time assembly,,orang sibuk berucap dekat depan,we olllsss bersidang di belakang.
apa lagi,3 minit nak bunyi loceng assembly,kelas,kiteorang baru terhegeh2 nak datang

 time ni ada perjumpaan dengan warden,tengok kakyong2 semua ni rilek gilaa pakai tshirt lengan pendek,padahal tengah prep,memang cari nahass ;)

 yang ni pulak fly berjemaah ke pekan,fly ramai-ramai,beli barang keperluan yang dah habis
 yang ni lagi best,orang riadah,kiteorang watlekwatpiswatcool je turun dengan terpaksa,maka turun lah kami dengan seluar tido kerana dipaksa

ni cikgu paling hot,menjadi kegilaaan kepada yang menggilainyaa,,haha

#banyak benda kalau nak cerita,,segala benda dajal pernah kiteorang buat,if one day,i've an amnesia,i wish i can still remember our gigs memory besides my family,,no matter what happens,our friendship will last forever,insyaAllah until jannah,,wishing u guys all the best ,and get the bless in your life,Amin



xoxo