Assalamualaikum,
Sementara tengah rajin,mari kita update new entry padahal event ni masa semester 4. Jadi marilah kita abadikannya di dalam blog. Actually, event ni untuk subjek core iaitu Pdublic Relation. Since subjek PR tak ada paper final, so markah semua based on attendance, tests, assignment & final project. Kira event ni final project besar untuk subjek PR. Masa first week class, madam briefing tentang subject ni, wah bukan main semua senyum je. Kata senior, subjek ni lah merasa dapat keluar dari kampus dan berjalan.
Alhamdulillah, ditakdirkan dapat madam yang kaki jalan but a little bit fussy. Plan asal nak ke Sungai Petani, tapi memikirkan confirm masa akan banyak dihabiskan dalam bas, so kita cari dekat sikit. Maka meeting pun bermula, organisasi kepimpinan pun dilantik. Massive thanks to Kep, when Omar as Ketua Projek asked everyone to suggest one place, Kep mentioned her idea , why not we conduct this event at Cameron. Masa tu muka masing-masing bersinar macam dapat cahaya keimanan. Haha.
So bermula lah, segala meeting,di antara biro, diantara majlis tertinggi dan juga pihak HEP. Plan asal nak mintak 3 hari, sebab last day tu nak leisure, spend time dekat Cameron like a boss. Terbayang-bayang minum teh dekat ladang teh, petik stoberi, tengok bunga. Tapi malang seribu kali malang, impian musnah berkecai, paper work untuk 3 hari tak lepas dan lepas 2 hari je, dan adalah beberapa lagi masalah yang timbul.Takpelah, lagipun pergi sana untuk event. We focused on our mission and objective. Memasing pujuk hati sendiri.
Maka, hari yang dinanti telah tiba. Seawal 6 pagi, dah bawa turun segala hadiah, keperluan peribadi, breakfast menuju ke bas.Nasib baik still proceed untuk ke Cameron, sebab beberapa hari sebelum bertolak ke sana, Cameron tanah runtuh.
Berhenti minum pagi di RnR. Pantang sorang pegang kamera, memasing sawan. Tapi yang best trip ni, Madam tak ikut sekali naik bas,sebab dia ada baby kecik. Jadinya, kita buat bas tu seperti kita yang punya. Aslam apa lagi, tunjuk lah perangai pelik dia tu ;p.
Memandangkan masa agak limited, 2 hari je, so sampai je terus buat kerja.
Ucapan alu-aluan dari Kak Jua, Chief Librarian of Public Library Cameron. Macam jejak kasih kejap, bila Kak Jua kata dia alumni UiTM Puncak Perdana. Berhenti solat dan lunch.
Sambung meeting, briefing aktiviti dan start bekerja.
Ini yang kita nantikan. Stoberi Cameron. Eh feeling sangat minum petang ada buah stoberi.
Balik apartment. mandi dan solat, memandangkan aktiviti malam free , memasing request nak dinner dan jalan-jalan.
Sebab dah malam, dan kedai banyak tutup, masuk ke kedai sebegini pun rasa gembira.Berjemaah masuk Sakan reramai, padahal takde tujuan nak membeli pun.
Dan semua orang yang lalu tanya dari mana ni?Datang bercuti berapa lama?Bercuti lah sangat, esok nak balik dah. T.T. Balik je apartment semua terjun ke katil. Penat dia lain macam. Dengan sejuk dia Ya Tuhan. Oh ya, di Cameron, memang diorang takde kipas.Sebab suhu dia memang sejuk. Balik berehat untuk tenaga esok pagi. Dan bebudak lelaki pergi mengeteh dengan pakcik driver.
Oh ya, nantikan part 2 dan entry Event Besut . Doakan kerajinan guwe.
Till there, Happy reading !
No comments:
Post a Comment