Assalamualaikum,
Selamat Hari Raya walaupun hari ni hari terakhir. kekeke
So, macam mana raya this year? What can I say, it was superb,its all about food,spending my time with the people I loved. Gittew. Sebab semester break jatuh masa puasa dan raya, jadi merasa raya sebulan di rumah. Malas nak kerja,sebab raya ke tiga abang tunang, dan busy dengan hal yang lain.
So ni sum up my RAYA this year.
Raya Pertama
Macam setiap tahun rumah yang sama beraya sebelah emak mahupun sebelah ayah. Tapi yang best raya first tahun ni, turn abang cuti raya,so family photo complete. Dan,rumah mak ngah most of families balik raya.Dia punya meriah pagi raya tu memang meriah yang paling meriah lah.Haha
.
when photographer said, "ok free style, so we turned to be like these"
Ni half cousins sebelah ayah. Majority Gen Y . Terasa seniority dia lain macam bila buli cousin yang kecik-kecik buat kerja.HAHA. Best bila suruh cousins kecik-kecik ni ambilkan air,ambilkan kuih while kiteorang rancak berborak.Hahaha.
Raya kedua di kampung sebelah emak. Gambar takde,busy makan.Hahaha
Raya ketiga
Konvoi 8 buah kereta ke Kota Tinggi Johor untuk menyunting bunga di Taman. Yeay,insya Allah next year kita dapat kakak. Bukan main ramai nak ikut rombongan since abang anak pertama.Bagi menghormati permintaan abang untuk tidak revealkan muka tunang dia, jadi kita bagi gambar tangan.
Balik, emak-emak bukan main ligat shopping bunga dekat air hitam.T.T
Raya keempat
For the first time jumpa famili tiri ayah.Pening sikit susur galur sebelah ayah ni. Ingatkan family gathering di rumah,gigihlah pakai baju kurung dengan heels, sekali dekat Kolam Air Panas Bemban, sebab one of adik tiri ni owner kolam air panas tu.So reramai ni semua VIP.Gittew. Nasib standby flat dalam kereta,kalau tak bukan main feeling diva kekwat sarung heels dekat taman tema.Lagi rugi,kalau bawak baju mandi, dah join bebudak kecik ni main air. Kakak pun teringin dik.
Raya kelima
Beraya rumah Gigs. Setiap tahun, setiap kali raya, acara yang ditunggu ialah beraya rumah Gigs. Inilah masa kita akan catch up cerita dengan bebudak GIGS ni, Tapi sebab dah terlepas trip beraya dengan GIGS untuk raya ke tiga,so raya ke lima baru nak beraya. Yang mana ada je lah. Siap ajak Faez ikut sekali,dari dia mereput dekat rumah tak buat apa, maka meh lah kenal dengan kawan-kawan iolss.Yang mana berkenan bleh cakap, aku bole tolong jadi orang tengah.
Last house be like this.Rumah Shasha.Almost 12 malam baru sampai rumah.Hahaha.Duduk pun dah malas.
Raya ke sepuluh
Sebab dah pisang sangat dengan open house sana sini,kita bawak bebudak yang setiap kali aku pergi hiking mesti akan cakap begini "weh bila nak ajak aku hike sekali", pergi hike Gunung Datuk. Ingat nak pergi hike Gunung Ledang, tapi memikirkan kena book guider bagai, kita pergi Datuk. Ha geng, amacam first time hike ?Hahahaha. Story Gunung Datuk next entry, doakan kerajinan guwe.
Raya-raya seterusnya
Raya dengan schoolmate sekolah rendah, dan sebagainya.Memang raya sampai lebam lah katanya. Tapi raya kali ni macam tebus balik masa-masa dengan Maya,Dila,Faez. Sebelum ni memang susah nak hang out complete empat-empat ada. Almost 4 /5 bulan kot tak jumpa,tapi sebab sebualn raya semua ada di Melaka negeri tercinta, so senang nak angkut ke mana sahaja.Bagus intern Melaka senang. Hahah.Lagi satu,untuk kenangan buat Maya. Lepas ni dia kembali keseorangan di Melaka.Kahkah
Tak ingat malam raya ke berapa.Rasa macam nak lepak sambil catch up cerita, padahal setiap minggu keluar sama .Hahah. Tapau Dominos , berpiknik di tengah malam di atas rumput MBMB. Bersila lah engkau menahan kesakitan tertusuk rumput. Dominos ni paksa Faez belanja. Haha. 3 ketul manusia ni antara yang paling aku sayang,yang paling ak boleh count on everything. Kenal dari zaman hingus meleleh, sampai sekarang. Setiap kali balik Melaka, memang muka inilah yang dicari kalau setiap kali dorang balik. Parents memasing pun dah paham sangat,bila setiap kali memasing balik cuti. Plan vacation please ! Lewls
Raya anda bagaimana pula?
Till there, Happy reading ! xoxo
No comments:
Post a Comment