Friday, June 20, 2014

Sum up cerita

Assalamualaikum, holla !
Transfer gambar dalam lappy, baru perasan rupanya banyak je cerita yang nak up masuk blog, tapi sebab FATIN SYAHIRAH seorang yang pemalas, baru ada masa nak update. mari kita sum-up cerita  dalam satu entry. Phew

Ni week 3 ke 4 minggu lepas entah,minggu selepas convo di mana minggu yang sangat hectic. Tak ingat hari apa entah, rushing pergi UiTM Shah Alam submit assigment memandangkan office ustazah dekat sana.
Malam sebelum tu, pulun siapkan assignment, biasalah buat last minute, idea menerjah-nerjah. Lepas subuh baru tidur, itupun untuk 3 jam.


Oleh kerana dah bersengkang mata semalaman, marilah kita self-reward diri memasing. Majority votes nak breakfast dekat burger king, kita layankan aje. Rushing submit assignments, then masuk PTAR 1 untuk cari bahan final project. Sadis betei kalau nak mengenang bahan yang ada dekat library Puncak ni tau, sampai terpaksa bersusah-susah pergi Shah Alam. Hoi tenangnyaa. Kalau aku stay Shah Alam, memang hari-hari aku lepak library.
Eyebag besar-besar tu nak pergi mana kak?
Nasib, Khamis memang takde kelas langsung. Bolehlah nak self reward ke apa. Semua pakat lepas settlekan semua benda hari ni, lepas tu nak food haunting. Nak makan puas-puas. Timbul idea nak ke I- City moh ler kite.
Budak dua orang ni mengidam sangat nak main archery , mari kita layankan. Ahkak tak minat benda cemni. Ahkak main yang indoor,


Kebetulan yang rumah ice tu tengah promosi, masuk sebelum pukul 6 petang bayar Rm 20, maka kita serang




Ni gambar masa academic visit pergi Dewan Bahasa & Pustaka. Tarikh tak ingat.






Before balik cuti Gawai, spend 2 hari tidur UPM. Melawat kawan baik. Dah orang tu susah payah datang masa convo kita, meredah hujan sampai sesat bagai, marilah kita melawat dia. Main semua games dalam theme park kat TS tu dari games adult sampai kekanak punya pun aku try. Tu lah yang best bila bestfriend sekepala.
Antara banyak-banyak rides, yang ni paling surrender. Tutup mata kot pastu taubat tak nak naik lagi.Kahkah

Naik KTM tanpa rasa bersalah terus duduk bersila sebab takde sit. Haruslah tarik bestfriend sekali buat benda memalukan. Biar malu bersama-sama gitu.



Balik je hometown another day, bestfriend kita lagi sorang belanja Seoul Garden. Hadiah konvo katanya. Mekasih, muah-muah sikit.









Entry yang dah lama terperam dalam draft memang nafsu nak menaip tu makin malas. Anyway, next week dah start final for the first time untuk degree ni. Cuaks. Haha. Jadi di sini saya Fatin Syahirah Bt Pawzi menyusun sepuluh jari andai pernah menyakitkan hati sesiapa. Wish me luck. Dhaaaa




Happy reading ! xoxo