Thursday, August 20, 2015

Gunung Datuk, Rembau

Assalamualaikum,
Kembali lagi dalam entry,  hashtag Kak Paten melihat pokok-pokok.
Kali ini, kita hike dalam bulan syawal dan bukan dengan geng hiking yang selalu. This time kita bawak line up yang tak pernah hike ke Gunung Datuk.

Line up kali ini tak lain tak bukan, Faez, Amin, Arep,Maya, dan Dila. Sebenarnya,kaki dah gatal nak hike. Plan asalnya, nak ajak schoolmate, Zimy pergi hike Gunung Ledang, tapi memandangkan Zimy sibuk dengan intern,dan macam leceh sikit kalau nak hike Gunung Ledang sebab ke book ranjer dan sebagainya, jadi tukar plan.

Tetiba, tinggg! Idea datang menjelma. Kita hike Gunung Datuk, dan kita bawa bebudak ni. Arep, kawan Faez,baru je kenal dan dia pun bebudak outdoor gak,so jom. Lagi cun, Amin dan Arep pernah hike Gunung Datuk, at least dorang tau lah selok belok nak ke peak.

Serba sedikit tentang Gunung Datuk: (sumber dari gugel)
 Nama: Gunung Datuk
Ketinggian: 2900 kaki (870m)
Tempat: Kg Batang Nyamor, Rembau, Negeri Sembilan
Lokasi: 21km dari Pekan Rembau, 15km dari Pekan Tampin
Tol: dari utara; tol Pedas-Linggi, dari selatan; tol Simpang Ampat
Pendaftaran: RM5

Masa Naik: 2 jam (lebih & kurang)
Masa Turun: 1 jam (lebih & kurang)
Tahap: Medium-Easy
Trek: tanah bukit, batu


Masa naik dan masa turun tu, sumber dari gugel. Masa kiteorang naik dan turun tak tengok jam pun, sebab banyak kali stop tunggu yang lain. Beberapa hari sebelum, aku pesan dengan bebudak ni pergilah jog ke apa yang patut. Untuk stamina, memandangkan dorang ni first timer. So risau lah jugak nanti pengsan ke apa.Tak de niat nak kejar sunrise pun since mostly dorang ni first timer, so kita chill je. Teringin gak nak kejar sunrise,mayb next time dengan geng otai.Luls.


So awal-awal lagi dah decide,breakfast & lunch pack biarlah kiteorang yang perempuan ni yang bawak dari rumah. Pinjam haversack abang yang besar gila untuk sumbat makanan, dan paksa bebudak laki ni pikul secara gilir-gilir. Macam biasa, segala ubat-ubat dah standby awal-awal.Start hike around 7. Pada aku, gunung datuk ni macam senang sikit kalau nak compare Bukit Kutu, maybe trek ke Datuk ni berbatu dan kita boleh stop di tepi-tepi untuk berehat.

Sehari sebelum nak ke Datuk, semorang macam risau lagi-lagi abang. Sebab last year kalau tak salah atau last 2 years back ada group yang sesat ke Datuk. So abang macam risau,so aku dengan Amin seboleh-boleh yakinkan abang. Siap cakap dengan abang "kalau kiteorang sesat, sure abang dengan team abang yang akan buat operasi mencari dan menyelamat cari kiteorang dalam ni kan" terus abang ketuk kepala. pfttt











 Take 5. Diela, hari nak pergi baru dia kata nak ikut. Gila budak ni, dengan tak sempat exercise  untuk stamina, buatkan aku risau sepanjang jalan. Tapi takpe, kita bagi dia rasa pengalaman pewai tu macam mana. Hahaha. Yang Arep pula tak breakfast. Hike dengan perut kosong, padahal dah hulur bekas breakfast dekat dia. Entah apa yang dia malukan entah. Haha.



Diela sampai je check point 1, terus give up nak turun. Syukur bila dapat tau dia turun ikut orang. Uncle yang belakang ni baru nak berjinak-jinak dalam outdoor. Umur 40 something. Aku respect gila dengan golongan yang macam ni. Sepanjang  perjalanan, memang banyak gila jumpa uncles & aunties esp chinese yang aku kira umur diorang dalam 50 and above tapi dia punya fit tu, SubhanaAllah buat aku kagum.



 Check point at the peak. So nak naik peak kena naik 3 tangga. Lemah betul kalau jumpa tangga ni.Sebab aku ni gayat sikit. Memula fikir malas nak naik peak. Tapi bila fikir balik,alang-alang dah sampai,teruskan je lah.
 Tangga yang atas sekali ni aku kira paling hardcore. Dia bergoyang. Engkau boleh bayangkan macam mana aku dah fikir macam -macam. Pfttt. Setiap kali dan naik turun, Amin akan pegang tangga tu kasi dia tak bergerak. Mueheheh, sayang jugak dia dekat kakak dia ni. Hiks ;p
 Antara tangga yang perlu dipanjat. Hati-hati gais, keliling ni gaung. Watch your steps.



Akhirnya sampai jugak ke peak. Masa kiteorang sampai ni, ada satu group ni bawak baju raya. Tak terpikir langsung. So kita tumpang lah excited tengok orang sarung baju raya. Yang paling kelakar, kiteorang tinggalkan beg dekat last check point, si Arep ni rasanya dia haus sangat, sanggup dia turun ke beg untuk minum, dan lepastu panjat balik untuk naik ke atas. Kalau aku, memang tidak lah nak panjat tangga ni berkali-kali. T.T







Sepatutnya berenam, takpe Dila, kiteorang bawa semangat kau ke atas. Tak duduk lama pun, bagi bebudak ni bergambar puas-puas dan turun ke bawah untuk makan. Langit pun tengok dah mendung, jangan buat gila nak duduk lama-lama dengan cuaca yang mendung.

Thank you gais. Amacam, best tak hiking?nak repeat lagi?haha

Turun ke checkpoint last, cari port best sikit, bentang surat khabar, kita makan lunch pack. Berbaloi pikul beg yang berat ke atas. Memasing makan senyap je sebab lapar gila. Haha.



Turun bawah, merasa dapat hadiah. 2 lebam besar, sebab turun dalam keadaan berlari dan tersagat kayu tumbang. T.T.  Thank you Arep, belanja air kemenangan,tak lain tak bukan milo ais. Ya Allah dia punya nikmat.






Singgah surau berdekatan untuk mandi dan solat. Biasalah perempuan kan bersiap lambat sikit.Keluar je dari surau, dihidangkan dengan permandangan ni. Penat ye bang? Terus shoot balik Melaka, sempat singgah rumah Arep untuk beraya. Thank you parents Arep untuk duit raya di mana sampul dia sangatlah comel. Glad to meet you Arep, nanti dekat Shah Alam kita hike sesama lagi. Luls



Till there, happy reading !

No comments: