Wednesday, June 12, 2013

Minggu Destini Siswa Part 1

Assalamualaikum,
Entry MDS ni akan menjadi 3 part, sebab gambar super banyak gila. Enam hari, banyak aktiviti kan. Kalau aku malas, nanti aku buat 2 je. Okay sebelum tu kita cita progress sem baru sikit. Alhamdulillah, bilik lama, dekat dengan washing machine, peti ais, rumet part 1 sama kos, *senang nak turunkan ilmu*, kelas dah start, dah ada assignment dah.

Ok, back to MDS topic. Yang entry ni, entry tentang sehari sebelum MDS dan hari pendaftaran MDS. Sepanjang MDS berlangsung, seramai 74 PM (Pemimpin Mahasiswa), dibahagikan kepada 7 buah biro iaitu, BIRO PROTOKOL,DISIPLIN,KEROHANIAN,MAKANAN,SUKAN,TUGAS-TUGAS KHAS (TTK),MEDIC.  Dan setiap kali MDS,students paling menyampah takut dekat biro disiplin. Ye ah asyik kena marah, kena tempik,kena jerit. Mostly, yang berada dalam disiplin ni adalah Komander dan PM yang garang. Bukan suka-suka diorang nak menjerit,marah, tapi disebabkan bilangan students yang ramai, dan kekangan masa, maka mereka perlulah bertegas sedikit.

So, aku ditugaskan di dalam biro TTK iaitu Tugas-Tugas Khas. TTK ni fleksibel dan boleh tahan penat walaupun kami ada kereta. Biro TTK seramai 6 orang. Yang best TTK,masa hari pendaftaran, kiteorang banyak gila main,melawat kawasan. Naik kereta lagi. Hahahha.. Masa pendaftaran semua PM kecuali TTK terlibat ,while TTK hanya lah tugasnya hantar breakfast, lunch dekat setiap PM. So bila dah free, kiteorang pergi lah merayau kolej ke kolej. Membantu yang mana patut. Rasa boring kolej Sektor A, kiteorang lari pergi kolej Sektor B, lari Sektor C.

Antara main jobs TTK:
*Menguruskan pendaftaran pelajar lewat- dari Hal ehwal Akademik sampai lah ke kolej
*Menghantar pelajar sakit
*Mengambil barang-barang yang dikirimkan parents di Pondok Polis Bantuan dan menghantar barang tersebut kepada pelajar dikolej memasing
*Menghantar makanan biro protokol
*Mengedar, mengutip, mengasingkan borang maklum balas untuk SETIAP PROGRAM
*Membantu semua biro


sehari sebelum MDS

Sehari sebelum MDS, setiap biro dah mula busy. Taklimat dari pagi sampai petang





Semasa hari pendaftaran



 Senyuman hari pertama. Paling manis untuk adik-adik. Dari pagi sampai ke petang kena bagi senyuman yang paling manis untuk adik-adik dan parents. Menjawab segala kemusykilan dan kebimbangan mereka.


 Sebahagian PM yang bertugas di kaunter pendaftaran Sektor B. Dari kiri , Cikoon, Jemah, Kechik, Acap, Cikgu, Aizam & Wan. Penat cemana sekalipun, kena senyum je.

Pastu kesian tengok parents yang tolong angkat beg berat-berat. Maka, gagahlah kami semua membantu mengangkat luggage anak-anak mereka ke tingkat 3 * terus timbul muscle memasing*
 TTK's members. Lela & Afiq. Incomplete without me, Zaidah, Kechik, Dee.

 Stok makanan untuk para PM di bilik gerakan. Seriusly sumpah banyak. Tak sempat pun nak kenduri semua ni.

Oh ya,setiap malam, lepas program habis, lepas hantar semua pelajar ke kolej masing-masing, semua PM akan berkumpul semula di bilik gerakan untuk post mortem. Dan standard waktu tidur kami setiap malam adalah pukul 2.30 dan bangun pada pukul 4.30 pagi.



Suasana dalam bilik gerakan ketika post mortem. Aku asal masuk bilik ni sumpah mengantuk. Dengan air cond dia ,perghhh terbayang katil empuk di bilik. Maka apabila setiap kali ketua biro, menerangkan aktiviti untuk keesokan hari, aku akan curi-curi tidur di belakang Lela.Hahah


Rasanya stop sampai sini dulu,nanti kita sambung untuk aktiviti students sepanjang MDS. Till there, dhaaaa...
Happy reading !

3 comments:

SAMIQA ♥ said...

Wahhhh !! Banyaknya biskut kak !!
Teringin sy nak jadi PM mcm akak juga.. ^^

fatynn said...

Samiqa: tak sempat pun nak makan semuanya. Nanti apply lah jadi PM,pengalaman yang sangat best ;)

brokemal said...

gambar aku, orang paling comel tak ada.. hahhaa