JIM1105A
Saturday, June 22, 2013
Sunday, June 16, 2013
Minggu Destini Siswa Part 2
Assalamualaikum,
Entry kali ni padat,mampat tersendat dengan gambar. Sila tatap sampai juling. Malas nak buat sampai part 3, kita sekalikan okay.
Okay masa hari pendaftaran, tepat pukul 4 petang, siswa-dan siswi dah secara rasminya berpisah dengan family. Lepas Asar Minggu MDS telah bermula. Maka abang kakak PM terus bertukar rupa. Jika dari pagi anda semua melihat abang kakak PM ni menjadi manusia yang paling ayu dan handsome, sekarang tidak lagi.*evil laugh*. Manis tetap ada,tapi senyuman tadi sudah bertukar rupa.
"Selamat datang ke Minggu Destini Siswa Uitm Johor bagi sesi Jun- Oktober 2013"
Sepanjang minggu MDS, siswa dikehendaki memakai pakaian formal,kemeja + tie, manakala siswi wajib bertudung,berbaju kurung dan berkasut sukan. Mari gelakkan diri sendiri. Masa aku part 1 dulu,memang annoy gila pakai baju kurung plus sport shoes, tapi which one u want?, kaki melecet or nak kelihatan comel sepanjang masa.?Sudah pasti lah sport shoes pilihan hati.
Ni masa hari ke berapa entah. Aktiviti di Masjid Assyakirin.
Start je MDS, semua biro dah tak menang tangan. Biro disiplin bertempik sana sini demi menguruskan perjalanan adik-adik dari satu tempat ke satu tempat, biro protokol busy menguruskan perjalanan program di dalam dewan,biro makanan memastikan siswa-siswi makan tidak lebih 3 minit,biro medik busy ke sana kemari menguruskan pelajar sakit, etc.
Masa ni tugas TTK dah bermula. Setiap 10 minit dapat call dari HEA, mengatakan terdapat pelajar baru. Maka berrunning man la kami ke HEA,HEP,Bendahari,Kolej,Unit sukan,PENAWAR, dan membawa mereka masuk ke menyertai kawan-kawan mereka yang lain. Setiap hari almost 14-20 pelajar baru yang mendaftar. *lap peluh*
Ni hari Rabu kalau tak silap. Mari kita bersukan
Tengok abang kakak PM pun excited nak bersukan.
Walaupun langit seakan mahu menangis, tapi apedehal. Sukan tetap sukan. Bagi sikit freshie ni kenal padang.Yelah katanya stress dengan MDS,ni lah masanya engkorang nak menjerit,menyepak bola kuat-kuat
Jika petang, adik-adik dah lepas tension, malam kami kakak abang PM di bilik gerakan lain pulak cerita. Masa ni nak tunggu semua PM berkumpul, maka memasing keluarkan handphone. Hp kecik, tapi semua nak masuk inilah padahnya.

Yeay muka iolls nampak dengan clearnya. Inilah yang dinamakan strategi. HAHHA

2
3
4
and finally barulah tak gegar dan clear. Asal kira 1,2,3 je sorang-sorang datang menyelit. Lari selaju yang mungkin untuk memastikan gambar memasing tercapture
Hari perasmian penutup MDS
memasing membighah. "Birah " word yang diperkenalkan oleh Aizam dan menjadi trademark bagi PM
Gelombang ungu.
Majlis penutup kali ni boleh tahan gempak gila, bertemakan James Bond. Semua PM lelaki memakai kaca mata hitam. Memasing masuk dewan dah macam abang long kawasan. Gimik pun not bad. Tanjat Rektor atas pentas sebab gimik dia "wow" sangat. Thanks BIRO PROTOKOL.
Malam di mana siswi di brainwash oleh abang kakak PM. Kami selaku abang-kakak dipertanggungjawab untuk menegur dan memberi nasihat. Yang mana salah ditegur, agar mereka tidak mengulangi nya lagi.Hari Terakhir
Hari dimana abang kakak PM fengfeling artis. Hahah. Takut weolls dikerumuni adik-adik.
Geng jubah katanya.
Masa ni kelakar gila,sebab hari penutu jatuh pada hari Jumaat, maka ramailah PM pakai jubah. Then, ada sorang siswa ni tanya aku "kak, akak semua ni dapat jubah sorang satu eh?"Untunglah dik, kalau kami diberi abaya ke sorang satu. hahaha.
Hari last paling best. PM Siswa semua berbaju melayu siap bersampin. Songkok dan keris je takde. Haha. Lagi best kalau PM reramai pakai baju warna yang sama. Siap buat geng . HAHA
Hakim, abang PM yang paling digilai oleh adik-adik. Entah bila masa dia interframe dekat belakang -.-
Semua PM dipaksa naik ke atas pentas. Rupa-rupanya dapat 3 biji kek dari SR. Awh thanks adik-adik. Siap reramai nyayikan lagu "Kami sayang abang kakak PM". Terharu weolls
Around 7 jugak lah habis Minggu MDS ni. Sebak gila masa salam dan peluk adik-adik ni. Lepas ni diorang dah kena survive sendiri. University's life are quite tough and challenging . U must choose a right friend, think carefully and take care of yourself. This is not a school anymore. It was a beginning of your life.
And for me as a last semester student, being a PM was an unforgettable memory for me. An experience where I can't buy . Meet the PMs and can't believe we can be a family. Will be miss all of you and this memories. Thanks guys.
Till there, happy reading !
Wednesday, June 12, 2013
Minggu Destini Siswa Part 1
Assalamualaikum,
Entry MDS ni akan menjadi 3 part, sebab gambar super banyak gila. Enam hari, banyak aktiviti kan. Kalau aku malas, nanti aku buat 2 je. Okay sebelum tu kita cita progress sem baru sikit. Alhamdulillah, bilik lama, dekat dengan washing machine, peti ais, rumet part 1 sama kos, *senang nak turunkan ilmu*, kelas dah start, dah ada assignment dah.
Ok, back to MDS topic. Yang entry ni, entry tentang sehari sebelum MDS dan hari pendaftaran MDS. Sepanjang MDS berlangsung, seramai 74 PM (Pemimpin Mahasiswa), dibahagikan kepada 7 buah biro iaitu, BIRO PROTOKOL,DISIPLIN,KEROHANIAN,MAKANAN,SUKAN,TUGAS-TUGAS KHAS (TTK),MEDIC. Dan setiap kali MDS,students paling menyampah takut dekat biro disiplin. Ye ah asyik kena marah, kena tempik,kena jerit. Mostly, yang berada dalam disiplin ni adalah Komander dan PM yang garang. Bukan suka-suka diorang nak menjerit,marah, tapi disebabkan bilangan students yang ramai, dan kekangan masa, maka mereka perlulah bertegas sedikit.
So, aku ditugaskan di dalam biro TTK iaitu Tugas-Tugas Khas. TTK ni fleksibel dan boleh tahan penat walaupun kami ada kereta. Biro TTK seramai 6 orang. Yang best TTK,masa hari pendaftaran, kiteorang banyak gila main,melawat kawasan. Naik kereta lagi. Hahahha.. Masa pendaftaran semua PM kecuali TTK terlibat ,while TTK hanya lah tugasnya hantar breakfast, lunch dekat setiap PM. So bila dah free, kiteorang pergi lah merayau kolej ke kolej. Membantu yang mana patut. Rasa boring kolej Sektor A, kiteorang lari pergi kolej Sektor B, lari Sektor C.
Antara main jobs TTK:
*Menguruskan pendaftaran pelajar lewat- dari Hal ehwal Akademik sampai lah ke kolej
*Menghantar pelajar sakit
*Mengambil barang-barang yang dikirimkan parents di Pondok Polis Bantuan dan menghantar barang tersebut kepada pelajar dikolej memasing
*Menghantar makanan biro protokol
*Mengedar, mengutip, mengasingkan borang maklum balas untuk SETIAP PROGRAM
*Membantu semua biro
sehari sebelum MDS
Sehari sebelum MDS, setiap biro dah mula busy. Taklimat dari pagi sampai petang
Semasa hari pendaftaran
Senyuman hari pertama. Paling manis untuk adik-adik. Dari pagi sampai ke petang kena bagi senyuman yang paling manis untuk adik-adik dan parents. Menjawab segala kemusykilan dan kebimbangan mereka.
Pastu kesian tengok parents yang tolong angkat beg berat-berat. Maka, gagahlah kami semua membantu mengangkat luggage anak-anak mereka ke tingkat 3 * terus timbul muscle memasing*
TTK's members. Lela & Afiq. Incomplete without me, Zaidah, Kechik, Dee.
Stok makanan untuk para PM di bilik gerakan. Seriusly sumpah banyak. Tak sempat pun nak kenduri semua ni.
Oh ya,setiap malam, lepas program habis, lepas hantar semua pelajar ke kolej masing-masing, semua PM akan berkumpul semula di bilik gerakan untuk post mortem. Dan standard waktu tidur kami setiap malam adalah pukul 2.30 dan bangun pada pukul 4.30 pagi.
Rasanya stop sampai sini dulu,nanti kita sambung untuk aktiviti students sepanjang MDS. Till there, dhaaaa...
Happy reading !
Sunday, June 9, 2013
Kursus Kepimpinan Pemimpin Mahasiswa
Assalamualaikum people,
How are u doin?Fine? Berhabuk gila blogspot. Ekekeke. Ampunkan saya. Been busy for 2 weeks, and now tadaaa, i'm here babe.
Hujung semester lepas,aku and the kesayangams telah mengisi borang untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa. Just try for fun. Mana tau ada rezeki dapat lah timba pengalaman untuk last semester. Di takdirkan rezeki berpihak kepada kami, ketiga-tiga kami dapat. Alhamdulillah.
Maka, ku korbankan cuti aku selama dua minggu, demi Uitm.Pulang ke Segamat pada hari Selasa. Masa tu pun rush gila, sebab pada hari yang sama Nek Kiah telah dipanggil pergi menemui Sang Pencipta.Rabu keesokannya, berlepaslah kami seramai 80 orang bakal PM ni ke Lotus Desaru Beach Resort selama 3 hari dua malam.. Around 4-5 jam gak ah dalam bas. Kejunggg gila punggung.
Check in bilik.
Bilik yang kami dapat adalah apartment, 3 buah bilik, seramai 8 orang.
Inilah bilik yang dikongsi oleh Ain, Aku, Aishah,Dayah.
Program pun bermula,biasalah kalau mengikuti kursus,aktiviti dia wajiblah LDK,ceramah, games, etc. Setiap meja diprovidekan dengan gula-gula,pensil,kertas, air mineral. Gula-gula tu, belum pun start program dah habis. Trust me.
Aktiviti berkumpulan. Games, ice breaking
beriadah di tepi pantai
Explorace keliling resort. Hahah satu team paling banyak memain, dan kalau boleh nak memegang tempat yang terakhir.
Jadual super pack. Banyak sangat slot, untuk persediaan menyambut adik-adik baru.
Check out.
Housemates. Kawan-kawan baru, alhamdulillah perangai memasing semua masuk air.
Back to uni.Tempat best, makana best, aktiviti best.
Till here, will update about the MDS soon. K, dhaaaa. Happy reading !
Subscribe to:
Posts (Atom)




























































