Thursday, August 30, 2012

rezeki

Assalamualaikum,bismillah.

Hari ini hari khamis,dan esok Jumaat. Esok cuti maka berduyun-duyun students balik. Bangun pagi,kedengaran dari tingkap bilik bunyi beg roda ditarik. Sobs aku tak balik,countdown dekat sini je. 

Rezeki pertama:
kelas 207

Hari ini dua kelas,tapi kelas 207 combine dengar kelas B,oleh sebab classmates ramai balik dan skip kelas,kelas aku nampak suram. Maka di dalam kelas 207 tadi berlaku sedikit masalah. Miss marah gila-gila disebabkan satu perkara,lantas dia bagitau "yang datang hari ni,dapat extra mark 2 markah". Woi rasa macam menang loteri woi.

kelas 202
before kelas ni ,ada gap sejam. Sempat lah nak makan atau late breakfast. For sure lagi ramai yang malas nak pergi kelas. Sadis tak sampai 15 orang ,lagi sadis lelaki sorang je. Nasib baik la ada YB, Madam masuk,bagi kerja,pastu suruh submit before habis kelas. Madam pun keluar. Sebelum tu,dia bagitau,yang latihan dia bagi akan ditambah ke dalam carry mark,kalau carry mark kiteorang ni menyedihkan. Yup,yang datang hari ni je dapat. Woi lagi rasa nak melompat lagi,dalam sehari aku kumpul markah free.

Last month pun aku dapat markah free untuk subjek Mama Rash. So pengajaran nya,jangan suka skip kelas,mana tau dapat rezeki ;)


Rezeki kedua:
Habis kelas madam,around 2 petang macam tu,terus rush pergi IFC. Lapar woi,macam biasa hari-hari pening,tatau nak makan apa. So beratur dengan aisyah decide nak makan nasi. Pilihan lauk pun tak banyak yang tinggal,banyak dah habis.Yang tinggal adalah beberapa jenis je.

aku:Acik,yang lauk sosej tu kira macam mana?
acik:oh ambil je dik,acik bagi diskaun.

So,aku pun ambil nasi putih,sambal sosej + sayur kangkung.

Aku: acik berapa semua?
Acik:seringgit je dik. 
Aku: seringgit je acik?biar betul?
Acik: ye dik.Selamat hari raya.

Dengan rasa terkesima dan tak percaya aku ke meja,bagitau aisyah,Dayah.Aku kira hari ini rezeki untuk aku. Alhamdulillah,syukur dan terima kasih Allah. Kau murahkan lah rezeki mereka semua.

muka yang bahagia. Tapi ini bukan gambar tadi



*selamat menyambut kemerdekaan,Merdeka!

No comments: