Friday, May 10, 2013

Big Bad Wolf


Assalamualaikum.
Aku adalah manusia yang dilahirkan untuk mencintai buku dan membenci nombor. Ye aku sangat menyampah mengira,aku tersangat suka membaca. Kalau zaman sekolah dulu semorang dok merungut sejarah tu boring,tapi bagi aku sejarah tu la best. Walaupun matematik moden masa form 4,form 5 Sir Neo (antara cikgu yang paling best) yang ajar, aku tetap tak suka matematik. Eh tapi aku suka akaun.

Okay semalam baca taimlain,ada orang mention pasal Big Bad Wolf dekat  Melaka. I was like, oh REALLY? ARE U SURE? Big Bad Wolf adalah pesta buku di mana engkorang boleh beli english books,novels dengan harga yang TERSANGAT MURAH NAK MAMPOS. Starting from RM5 and above.

Selalu kan kalau masuk bookstore,kalau english novel ni sebuah mesti around Rm30- Rm40 walaupun buku tu nipis. Dekat sana kan matawang dia besar, thats why dekat sini mahal. So, dekat Big Bad Wolf ni novel-novel adalah serendah Rm 8. System dia sangat lah user friendly sebab dorang memang provide kotak ntuk korang sewaktu membeli belah. Buku-buku engkorang tu boleh letak dalam kotak masa engkorang belek-belek buku sebab tersangat murah. Buku untuk kids pun ada. Yang best tadi aku jumpa satu buku ni yang ada pop up. Comel sangat. Alangkah bahagia kalau ada buku-buku NICHOLAS SPARKS dekat sini. (Ewah dalam mimpi je aaa)



Menyesal habiskan baucer awal-awal. Kalau tak dah lama aku memborong buku gamaknya.


 Rambang mata, banyak sangat buku. Tak tau nak pilih




 Muka tetiba serious. Hahah. When it comes to book,memang aku tak pandang kiri kanan dah. Boleh kenyang tatap buku 24/7


Imma a happy kiddo



 Meet Apining. Pergi tadi dengan Fini, Dialah drebar kita . Kita kan manja,nak orang drive, haha. phuii

 Ini paling kelakar. Masa beratur nak bayar ternampak orang ni, Dekat belakang badan dia tu memo. Aku tak tau lah azab dia penat berdiri cemana

Hasil tangkapan. 3 buah buku ni RM24.

Oh ya, kepada orang Melaka or yang berdekatan dengan Melaka,anda boleh lah pergi ke Big Bad Wolf yang terletak di MITC. Dari 9 - 13 Mei ,10 am- 10 pm. Baucer buku 1 Malaysia boleh digunakan di sini.


Esok dah masuk bulan Rejab,lepas tu Syaaban,lepastu Ramadhan. Selamat berpuasa sunat semua.

Till there, dhaaa. Happy reading !

2 comments:

syaidatul nadia binti rahmat said...

nice nice, membaca budaya kita. tapi akk tersangatlaa tak suka membaca, pity me. hahaha.

fatynn said...

sebab akak orang menira. Kita MENYAMPAH mengira hahah