Tuesday, November 1, 2011

#27

assalamualaikum gojes plus hensem,
bismillah



manusia v/s lupa;
sikap pelupa memang tidak dapat dipisahkan ,begitu juga manusia,begitu juga aku,here,aku nak share beberapa sifat pelupa aku,
yes,aku admit kadang-kadang aku ni macam nenek-nenek,benda remeh pun boleh lupa,nenek-nenek pun masih kuat ingatan,

#kadang-kadang aku lupa dekat mana aku letak barang tuu
ye memang menyampah tau,letak barang tempat lain,tapi cari tempat lain,kadang-kadang barang tu ada je depan mata,(sentap mak noks)

pernah ada satu kejadian ini terjadi dekat u,memang menduga betul lah ,begini..
bulan puasa yang lalu,ada suatu hari tu,seorang rakan aku bernama pikah mengajak kitaorang tidur di rumah makciknya,makcik dia warden kolej zamrud,sebelah kolej aku je zamrud ni.
then,kiteorang setuju lah sebab makcik dia outstation,memandangkan makcik dia tu pun bujang lagi ,so takde masaalah..

selepas berbuka,pada sebelah malamnya semua orang yang menginap di rumah tu bergembira,menonton tv(makcik dia pasang beyond,lagilah beronok-ronok),yang lain online menggilaa,padahal esok tu ada test cataloging yang menggila

nak dijadikan cerita,lepas subuh,kiteorang tidur sebentar,kemain lagi aku kunci jam pukul 7 nak balik bilik,then tepat pukul 7,aku balik bilik,sampai depan bilik,ku seluk-seluk segenap ruang beg,malangnya tiada,kak yong pulak balik,hampir 3 kali lah aku cari kunci tu dekat rumah mak cik pikah,malangnya takde gak,telefon semua orang,pun cakap takde,,memang cuak habis,nak nagis je rasanya sebab pukul 9 pagi aku ada test,sampai je bilik hanis,hanis tolong carikan,rupa-rupanya kunci tu elok je dekat zip belakang,memang bengang habis lah,ape lagi berlari lah balik mandi

#terlupa nak shut down lappy
yang ni memang aku selalu buat,kau bayangkanlah bila mata dah mengantuk,aku ingatkan dah shut down,so seronoknya tidur,bila pagi nak on lappy tengok lappy dalam sleeping mood,tak bengkak hati kau,battery jangan cakap lah

tu je lah kot buat mase ni benda yang selalu lupa,yang pelik,makan tak pernah lupa pulak,,ahaha

amalkan doa ini untuk mengelakkan lupa,selamat beramal
DOA UNTUK MENGELAK LUPA اللَهُمَّ زِدْنَا وَ لا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا وَلاَ تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلاَ تَحْرِمْنَا، وَآثِرنَا وَلاَ تُؤْثِرْ عَلَيْنَا، وَ ارْضِنَا وَارْضَ عَنَّا.
“Ya Allah , tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, Muliakankah kami, jangan dihina, berilah buat kami, jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami”

No comments: