Wednesday, June 12, 2013

Minggu Destini Siswa Part 1

Assalamualaikum,
Entry MDS ni akan menjadi 3 part, sebab gambar super banyak gila. Enam hari, banyak aktiviti kan. Kalau aku malas, nanti aku buat 2 je. Okay sebelum tu kita cita progress sem baru sikit. Alhamdulillah, bilik lama, dekat dengan washing machine, peti ais, rumet part 1 sama kos, *senang nak turunkan ilmu*, kelas dah start, dah ada assignment dah.

Ok, back to MDS topic. Yang entry ni, entry tentang sehari sebelum MDS dan hari pendaftaran MDS. Sepanjang MDS berlangsung, seramai 74 PM (Pemimpin Mahasiswa), dibahagikan kepada 7 buah biro iaitu, BIRO PROTOKOL,DISIPLIN,KEROHANIAN,MAKANAN,SUKAN,TUGAS-TUGAS KHAS (TTK),MEDIC.  Dan setiap kali MDS,students paling menyampah takut dekat biro disiplin. Ye ah asyik kena marah, kena tempik,kena jerit. Mostly, yang berada dalam disiplin ni adalah Komander dan PM yang garang. Bukan suka-suka diorang nak menjerit,marah, tapi disebabkan bilangan students yang ramai, dan kekangan masa, maka mereka perlulah bertegas sedikit.

So, aku ditugaskan di dalam biro TTK iaitu Tugas-Tugas Khas. TTK ni fleksibel dan boleh tahan penat walaupun kami ada kereta. Biro TTK seramai 6 orang. Yang best TTK,masa hari pendaftaran, kiteorang banyak gila main,melawat kawasan. Naik kereta lagi. Hahahha.. Masa pendaftaran semua PM kecuali TTK terlibat ,while TTK hanya lah tugasnya hantar breakfast, lunch dekat setiap PM. So bila dah free, kiteorang pergi lah merayau kolej ke kolej. Membantu yang mana patut. Rasa boring kolej Sektor A, kiteorang lari pergi kolej Sektor B, lari Sektor C.

Antara main jobs TTK:
*Menguruskan pendaftaran pelajar lewat- dari Hal ehwal Akademik sampai lah ke kolej
*Menghantar pelajar sakit
*Mengambil barang-barang yang dikirimkan parents di Pondok Polis Bantuan dan menghantar barang tersebut kepada pelajar dikolej memasing
*Menghantar makanan biro protokol
*Mengedar, mengutip, mengasingkan borang maklum balas untuk SETIAP PROGRAM
*Membantu semua biro


sehari sebelum MDS

Sehari sebelum MDS, setiap biro dah mula busy. Taklimat dari pagi sampai petang





Semasa hari pendaftaran



 Senyuman hari pertama. Paling manis untuk adik-adik. Dari pagi sampai ke petang kena bagi senyuman yang paling manis untuk adik-adik dan parents. Menjawab segala kemusykilan dan kebimbangan mereka.


 Sebahagian PM yang bertugas di kaunter pendaftaran Sektor B. Dari kiri , Cikoon, Jemah, Kechik, Acap, Cikgu, Aizam & Wan. Penat cemana sekalipun, kena senyum je.

Pastu kesian tengok parents yang tolong angkat beg berat-berat. Maka, gagahlah kami semua membantu mengangkat luggage anak-anak mereka ke tingkat 3 * terus timbul muscle memasing*
 TTK's members. Lela & Afiq. Incomplete without me, Zaidah, Kechik, Dee.

 Stok makanan untuk para PM di bilik gerakan. Seriusly sumpah banyak. Tak sempat pun nak kenduri semua ni.

Oh ya,setiap malam, lepas program habis, lepas hantar semua pelajar ke kolej masing-masing, semua PM akan berkumpul semula di bilik gerakan untuk post mortem. Dan standard waktu tidur kami setiap malam adalah pukul 2.30 dan bangun pada pukul 4.30 pagi.



Suasana dalam bilik gerakan ketika post mortem. Aku asal masuk bilik ni sumpah mengantuk. Dengan air cond dia ,perghhh terbayang katil empuk di bilik. Maka apabila setiap kali ketua biro, menerangkan aktiviti untuk keesokan hari, aku akan curi-curi tidur di belakang Lela.Hahah


Rasanya stop sampai sini dulu,nanti kita sambung untuk aktiviti students sepanjang MDS. Till there, dhaaaa...
Happy reading !

Sunday, June 9, 2013

Kursus Kepimpinan Pemimpin Mahasiswa

Assalamualaikum people,
How are u doin?Fine? Berhabuk gila blogspot. Ekekeke. Ampunkan saya. Been busy for 2 weeks, and now tadaaa, i'm here babe. 

Hujung semester lepas,aku and the kesayangams telah mengisi borang untuk menjadi Pemimpin Mahasiswa. Just try for fun. Mana tau ada rezeki dapat lah timba pengalaman untuk last semester. Di takdirkan rezeki berpihak kepada kami, ketiga-tiga kami dapat. Alhamdulillah.

Maka, ku korbankan cuti aku selama dua minggu, demi Uitm.Pulang ke Segamat pada hari Selasa. Masa tu pun rush gila, sebab pada hari yang sama Nek Kiah telah  dipanggil pergi menemui Sang Pencipta.Rabu keesokannya, berlepaslah kami seramai 80 orang bakal PM ni ke Lotus Desaru Beach Resort selama 3 hari dua malam.. Around 4-5 jam gak ah dalam bas. Kejunggg gila punggung.



 Check in bilik.
Bilik yang kami dapat adalah apartment, 3 buah bilik, seramai 8 orang.
 Inilah bilik yang dikongsi oleh Ain, Aku, Aishah,Dayah.
 Program pun bermula,biasalah kalau mengikuti kursus,aktiviti dia wajiblah LDK,ceramah, games, etc. Setiap meja diprovidekan dengan gula-gula,pensil,kertas, air mineral. Gula-gula tu, belum pun start program dah habis. Trust me.


 Aktiviti berkumpulan. Games, ice breaking
 beriadah di tepi pantai

 Explorace keliling resort. Hahah satu team paling banyak memain, dan kalau boleh nak memegang tempat yang terakhir.


 Jadual super pack. Banyak sangat slot, untuk persediaan menyambut adik-adik baru.
 Check out.

 Housemates. Kawan-kawan baru, alhamdulillah perangai memasing semua masuk air.


 Back to uni.Tempat best, makana best, aktiviti best.
Till here, will update about the MDS soon. K, dhaaaa. Happy reading !

Monday, May 13, 2013

currently obsessed with this

 Assalamualaikum,
Well, rutin harian bagi seorang mahasiswi yang sedang berehat-rehat menghabiskan saki-baki semester break yang tinggal seperti aku ini tidak lain tidak bukan adalah seperti menjadi seorang SUPER BIBIK, meluangkan masa movie marathon,membaca novel sambil berangan, 24/7 refresh taimlain, facebook, instagram, keek & etc.

Tapi kalau hari- hari buat benda yang sama, boleh meroyan tahu. So, semenjak- dua menjak ni, aku dah start bosan untuk net surfing ni, entah. Kengkadang memang malas gila nak on lappy. Dan aku manusia yang paling cepat bosan. Ye terpaling cepat bosan. Memandangkan Amin je yang ada dekat rumah, kengkadang aku join sekaki tengok kartoon dengan dia. Tengok dragonball, one piece, blablaba. T_T.

Dulu asal balik rumah bercuti,aku jarang gila tengok tv. Satu hari, tengah lepak minum petang dengan Amin, join la sekali tengok Hawaii 5-O ni dengan dia. Sebelum ni aku  memang tak pernah layan pun cerita ni. Paling- paling AXN layan The Voice, CSI, So You Think You Can Dance, tu je la kot.

Well, first impression masa Amin suruh aku layan cerita ni,aku bising la cakap, alaaa tak best, la yada-yada.Mesti Amin rasa annoying gila.Amin dengan sabar memujuk aku suruh layan cerita ni, katanya lagi best dari CSI aku tu. Aku pun cuba je la layan. Lama- lama rasa syok pulak. Ternyata lagi bes dari CSI. Dan hero dia handsome. Comander  Steven "Steve" McGarrett.Ohhh pengsan.

Ni team dia from left, Comander Steve, Officer Kono , Lieutenant Chin Ho Kelly,Detective Danny 

 Oh bila part Si Steve ni dah pegang pistol, terserlah macho nya dia sebagai anak jantan.





Lagi best, kalau weekend, dia marathon berapa episode sekali, memang aku akan bertapa depan tv. Kalau perasan season 2 perempuan ada 2, tapi season 3 tinggal Kono sorang, Tolonglahhh, nak full series please,buat bekalan balik US nanti. hahah


So,till there, happy reading!
*btw kak syai, tahniah sebab blog anda sudah boleh dikesan ;)

Friday, May 10, 2013

Big Bad Wolf


Assalamualaikum.
Aku adalah manusia yang dilahirkan untuk mencintai buku dan membenci nombor. Ye aku sangat menyampah mengira,aku tersangat suka membaca. Kalau zaman sekolah dulu semorang dok merungut sejarah tu boring,tapi bagi aku sejarah tu la best. Walaupun matematik moden masa form 4,form 5 Sir Neo (antara cikgu yang paling best) yang ajar, aku tetap tak suka matematik. Eh tapi aku suka akaun.

Okay semalam baca taimlain,ada orang mention pasal Big Bad Wolf dekat  Melaka. I was like, oh REALLY? ARE U SURE? Big Bad Wolf adalah pesta buku di mana engkorang boleh beli english books,novels dengan harga yang TERSANGAT MURAH NAK MAMPOS. Starting from RM5 and above.

Selalu kan kalau masuk bookstore,kalau english novel ni sebuah mesti around Rm30- Rm40 walaupun buku tu nipis. Dekat sana kan matawang dia besar, thats why dekat sini mahal. So, dekat Big Bad Wolf ni novel-novel adalah serendah Rm 8. System dia sangat lah user friendly sebab dorang memang provide kotak ntuk korang sewaktu membeli belah. Buku-buku engkorang tu boleh letak dalam kotak masa engkorang belek-belek buku sebab tersangat murah. Buku untuk kids pun ada. Yang best tadi aku jumpa satu buku ni yang ada pop up. Comel sangat. Alangkah bahagia kalau ada buku-buku NICHOLAS SPARKS dekat sini. (Ewah dalam mimpi je aaa)



Menyesal habiskan baucer awal-awal. Kalau tak dah lama aku memborong buku gamaknya.


 Rambang mata, banyak sangat buku. Tak tau nak pilih




 Muka tetiba serious. Hahah. When it comes to book,memang aku tak pandang kiri kanan dah. Boleh kenyang tatap buku 24/7


Imma a happy kiddo



 Meet Apining. Pergi tadi dengan Fini, Dialah drebar kita . Kita kan manja,nak orang drive, haha. phuii

 Ini paling kelakar. Masa beratur nak bayar ternampak orang ni, Dekat belakang badan dia tu memo. Aku tak tau lah azab dia penat berdiri cemana

Hasil tangkapan. 3 buah buku ni RM24.

Oh ya, kepada orang Melaka or yang berdekatan dengan Melaka,anda boleh lah pergi ke Big Bad Wolf yang terletak di MITC. Dari 9 - 13 Mei ,10 am- 10 pm. Baucer buku 1 Malaysia boleh digunakan di sini.


Esok dah masuk bulan Rejab,lepas tu Syaaban,lepastu Ramadhan. Selamat berpuasa sunat semua.

Till there, dhaaa. Happy reading !

Wednesday, May 1, 2013

lelaki besi


Assalamualaikum people,
 By the way, Happy Labour Day to all the workers around the world. *read that statement and insert firework*
Untuk pengetahuan kengkawan, aku tak kerja pun. Hari tu ada problem sikit dengan orang tu. So, for this semester break, i'm proudly announced that i'm a SUPER BIBIK. 
Okay sambung, lelaki besi?apa tu?EUWWW *gaya anwar hadi sikit,pastu buat duckface*. Aku selalu ada problem nak pikir tajuk apa untuk entry baru.Kebelakangan ini,Iron Man 3 dah keluar dekat wayang.So, wajib lah tengok. Then Maya ajak pergi semalam.Plan last minute, memang aku paling suka,sebab terus gerak compare plan berminggu-minggu ,at the end gagal. Supposed Lily join sekali, tapi last minute cancel.

Around 2, Maya datang rumah, terus shoot pergi Uitm Kampus Bandar,sebab Nabila baru habis kelas. Sampai JJ AEON tu around 3 suku kot,terus tengok tiket. Then, Maya cadangkan tengok 3D. baru lah fengfeeling super hero lebih sikit. Remember, i'm a super bibik.Eh?. So, tiket 3D 5.20 petang, kiteorang pun decide nak jalan-jalan. Lepak foodcourt, isi perut,borak-borak. Sebab Nabila nilah satu-satunya manusia yang paling susah nak jumpa. Dia ni selalu memencilkan diri gitu. Gambar pun tak banyak,sebab leka bersembang.




from left Nabila, Maya, Me

 looking for some stationary  



bagi aku dengan nabila, tengok cerita 3D ni macam leceh sikit,sebab kiteorang dua ni kan specky. Pastu kena pakai 3D spect lagi,so rasa macam tak selesa. Next time kena pakai lens kalau tengok 3D. Panggung pun tak ramai,so selesa la kalau aku nak gelak kuat-kuat,nak bercakap,nak makan makanan yang diseludup masuk, nak duduk bersila.


Iron Man 3,  was tooo awesome. Kiteorang tengok 3D,lagi lah bertambah-tambah awesome dia, Aku bagi 10/10. Jalan cerita yang not bad, klimaks dia yang buat aku menjerit-jerit. Hero tua pun hensem tau,cair iolls.Haha. Tapi satu je la yang aku tak puas hati sikit, dah nama pun cerita barat, asal yang mengganas sikit, dituduhnya orang islam,dituduhnya yang terrorist tu islam,Pakistan. -.-

Ni lah Tony Stark, hero tua pujaan iolls. Mat saleh tua-tua pun body still cantik,sador gitu. Pastu ada jambang,perghh hot babe. Orang Malaysia,tok sah la bela jambang,tak hensem. Hahaha.


So,lepaskan mahrib dulu,terus hantar Nabila balik rumah sewa. Ingat kalau tiket awal tadi,boleh lepak makan cendol,cococut shake semua. Tapi apakan daya,kita merancang tuhan menentukan.Eceh.

Till there,dhaaa. Happy reading !