Friday, July 29, 2011

#8


assalamualaikum gojes plus hensem,

isnin depan,ramadhan akan datang menjelma,,haih,rindunya dekat ramadhan,awal ramadhan kali ni aku tak dapat nak sambut dengan family,,takpe,dah biasa,,dulu-dulu pun memang sahur,berbuka,tadarus,terawih pun dengan kawan-kawan,,

rindunya pada tahun-tahun lepas,,if i can back to that time,i will use the moment very properly..nanti sahur ziha yang tolong kejutkan,,dekat rumah tak pernah sahur makan nasi ayam,,tapi dekat hostel,itu perkara normal,,,nanti akan berlumba-lumba sesama ahli gigs untuk khatam cepat-cepat,,haish,,rindu betul,,

rindu nak pergi terawih dengan kawan-kawan,,nanti sebelum berbuka sibuk tanya siapa ustaz yang akan conduct terawih malam tuu,,dulu,kalau ada vote-vote ustad ni,sure ustaz zul akan menang,,sebab ustaz zul selalu baca surah-surah pendek,,pastu ustaz zul buat terawih cepat,,bolehlah siapkan kan homework dengan cepat,,

rindu nak buka sama-sama,,,dulu semua budak sis boleh je turun pergi bazar,,lagipun bazar tak jauhpun,bawah sekolah je,tapi since fom 4 dah tak boleh lagi,,lauk apa yang makcik dewan makan masak,lauk tu lah yang kau kena makan,,dulu masa boleh pergi bazar,kalau boleh,semua air dan semua makanan nak beli,nafsu kan,,bila berbuka,makanan yang kita nampak enak tu,satu pun tak menarik minat kita,,,


rindu nak buat kenduri sama-sama kalau tengah uzur,,,dah tak boleh puasa,siap cari geng buat kenduri makan meggi,,dah meggi je stok makanan yang ada,,,bila balik wajib,selalu suruh mak buatkan sambal kering,,suruh mak buat banyak-banyak,sebab kawan-kawan suke,,lagi pun,best ah,makan sambal kering dengan nasi,,ohh rindunya


rindu,bila nak balik cuti raya,edarkan kad raya yang telah ditulis,gigih,malam-tulis kad raya semata-mata tak nak bagi dorang baca,,nant dah nak balik cuti raya baru bagi,,barulah supriseee{gaya eric leong},,masa nak mintak maaf tu peluk-peluk pastu nangis,,,


rindunyaaa,,lagi rindu dekat arwah makwe,,tahun ni ramadhan pertama tanpa die,dah takde orang nak bising-bising kejut aku lagi masa pagi sahur,,nanti raya lagi sunyi,,tak de orang nak kecoh-kecoh kat dapur lagi uruskan segala persiapan raya,,takde orang nak bising-bising dekat aku,kirin syuhada serta cucu-cucu lelaki suruh buat kerja,,






last but not least,takde orang yang akan duduk dekat tengah-tengah lagi masa ambil gambar family potrait,,dan dah takde orang lagi yang bernama Sity Absah untuk,aku peluk ,cium dan minta ampun lagi di pagi raya,,,yang ada,ialah kami datang menjenguknya di pusaranya dengan linangan air mata dan sedekahkan yassin dah al-fatihah,,moga moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,,amin



*dah,tak nak cakap banyak-banyak lagi,nanti aku nangis,,aku admit,aku dah tak sekuat dulu,,,sekarang aku cengeng

No comments: